Khamis, 2 Februari 2012

Balik Palong

Assalamualaikum,

Nie citer masa cuti panjang CNY lepas. Dah tentu la balik kg kan. Kami satu family balik Palong.

Sabtu pepagi lepas subuh terus gerak balik. Anak-anak tengah tido, kami angkat terus masuk dlm kereta. Balik pepagi sejuk je rasa, jalan pun lengang je.

Dekat nak sampai senawang, anak2 dah mula bangun. Jam pun dah dekat pukul 8 pagi. Tengok la gelagat anak2 saya nie…


Kakak tengah leka main galaxy tab. Dia tengah refresh balik ‘Iqra yg belajar sekolah.



Baby syirah lepas minum susu

Abg irsyad duduk depan. Ambil alih tempat mama jadi co-pilot baba. Nanti bila baby syirah dah besar, abg irsyad turun pangkat balik ye…




Nie pic saya ambil sepanjang jalan ulu bendul ke kuala pilah. Berkabus je kan. Bestnya duduk rumah tepi gunung. Sejuk je pepagi.

Sampai Juaseh dah dekat pukul 9 pagi. Macam biasa kami mesti berhenti breakfast kat kedai bawah pokok lepas simpang 4 juaseh. Banyak pilihan kat situ terutamanya kuih muih melayu. Tapi sayang masa kami sampai kuih semua dah habis. Tapi x pe, banyak pilihan lain lagi macam roti canai, bubur nasi, mee goreng, nasi goreng, bee hun goreng, nasi lemak dll.

Sampai rumah, tengok mak dah siapkan nasi lemak ayam utk anak & cucu dia. Tak sempat nak jumpa adik saya Ajid’s family coz diorang pepagi dah bertolak ke Kelantan. Ptgnya, sebab tak de sesiapa yg balik anak2 saya jadi boring terutamanya kakak x de kawan. Jadi, bawak diorang pergi pasir besar sebab plan asal nak sunatkan baby syirah tapi kena dtg esok. Ramai sangat org kat klinik tue. Then, kami jenjalan kat gemas. Patah balik kat pasir besar sebab ada pasar mlm kat situ kan…oghang palong tau la pasar nie kan. 

Esoknya, pepagi kami dah keluar rumah. Pergi klinik Nashrah sunatkan baby basyirah. Saya selesa dgn doctor kat sini. Dulu kakak pun bersunat kat sini juga. Dia buat dgn lembut. Baby syirah pun Cuma jerit skit je. Lepas tue terus senyap.

Then, terus gerak ke kg talang, anak mak teh & pak cik buat aqiqah & cukur jambul. Jgn tak tau yg sepupu saya semuanya baby lagi. Sebaya anak saya je. Majlis sebelum Zuhur, tapi cuaca sangat panas. Kesian baby syirah asyik merengek je x selesa. Eh, lauk kat situ sangat sedap. Anak saya berselera makan. Lauk kg je…tapi sangat sedap (ke saya tengah lapar sangat ?).

Besoknya, kami semua kebosanan sebab tak tahu nak buat apa. Terutamanya anak2 saya. Tak de sesiapa pun yg balik kg cuti panjang kali nie. Kakak batrisyia mati kutu kat umah atoknya. Nasib baik atok rajin layan cucu dia nie. Uwan pulak suka memasak, kakak tak de keje asyik kacau wan dia la yg tengah masak kek coklat & kek pelangi tuk cucu dia tue.

Hari selasa, kami plan nak balik pagi takut jem teruk. Masa saya bangun pukul 4.30 pagi tengok kat dapur mak saya tengah kupas kelapa nak masak. Ya Allah, mak saya memang sangat rajin. Kalau cucu & anak dia balik, memacam benda yg dia nak masak. Sebab tue semua adik beradik pompuan saya x pandai masak. Semua mak yg buat. Termasuk la saya. Hikkss ! tapi dah kahwin & ada anak nie, kena la pandai masak. Tak tahu resepi, google je kat internet kan.

Bangun pagi, tengok kat meja dah siap nasi goreng. Hubby pegi lak bungkus roti canai. Kat dapur mak dah masak nasi, gulai ayam, sup ayam utk cucu dia, sambal terung, ikan masin. Tue tak campur lagi kek coklat, kek pelangi, keropok ikan, keropok sayur, keropok ubi pedas utk cucu dia. Semua tue mak bungkus suruh bawak. Mak cakap nanti kalau jalan jam, perut lapar makan la semua makanan tue. Begitu la mak saya setiap kali saya atau adik beradik saya yg lain balik. Mak memang best. Terima kasih mak. Jasa-jasa mak tak mampu kak lang nak membalasnya.

Pukul 11 pagi kami gerak balik. Tengok jalan kat kuala pilah macam jammed. Kami masuk jalan short cut dari gentam terus ke purun, kg talang. Kalau org kuala pilah mesti tau jalan short cut nie kan. Tapi sebab nak cepat punya pasal, nak lari dari jammed kat jalan pilah kami tersangkut kat jln kampong. Kami sorang je pulak jammed kat jalan tue.


Kami jammed sebab lembu

Memula jumpa satu group lembu. Tuan dia tukang halau ke tepi. Boleh lalu lagi. X lama kemudian, jumpa lagi satu group lembu. Kali nie x der tuan. Satu group tue dekat 20 ekor pulak tue. Buat derk je bila kitorang hon. Sape la tuan lembu nie ye. Kalau lembu mati kena langgar kat jalan pun korang x tau agaknya. Kalau anak-anak saya tengok lembu nie mesti diorang seronok...tapi sayangnya....


baby syirah mestila tidur je kan...

 
abg irsyad pun lentok gak...
laa...kakak terbaring terus...sumernya tido je..

Ada satu soalan, kalau korang jumpa duit dlm note RM 10 ke, RM 50 ke, korang kutip tak ? Masa keluar simpang dari tanjung ipoh tue, kitorang nampak note RM 10 betul2 kat tengah jalan yg kereta semua laju2 belaka. X de siapa yg ambil. Bahaya oo…semata nak ambil duit tue, boleh terbang nyawa kena langgar.

Sampai simpang seri menanti kami berhenti. Kakak teringin nak makan lempeng pisang kat restoran warisan berdepan dgn pintu gerbang seri menanti. Ini memang tempat persinggahan kali setiap kali balik bsp. Kak wi yg bagi tau lempeng pisang dgn aiskrim dia sangat sedap.

 
kakak dgn lempeng pisangnya. tengah ralit tengok kartun la tue
abg irsyad ambik lempeng kepala baba...kemain makan lempeng pakai sudu ye..

nampak tak mangkuk besar tue ? tue ABC mama. lepas gian habis pantang. besar tul mangkuknya. rege baru RM 4. saya makan separuh dah hongeh dah. tak boleh masuk lagi. sangat banyak isinya memang puas hati la kalau makan...nie pun rasa macam nak makan lagi je...

Habis je makan, baby syirah berak lak. Kakak pulak x tahan nak buang air. Irsyad merengak nak susu. Ada anak nie macam nie la ye rutin bila berjalan. Bila dah settle semua, baru sedar botol susu syirah tinggal kat restauran tue. Bila tanya adik waiters tue dia boleh kata x de. Pada hal memang saya confirm tertinggal atas meja. Malas nak bertekak, halal kan je la....

Alhamdulillah, ptg kami dah sampai rumah dgn selamatnya.

Mlm, adik saya dari Kelantan singgah berehat jap. Kesian anak adik saya Fatin yg baru umur setahun, 7 jam perjalanan dlm kereta. Lepas berehat & tido kejap kat umah kami, diorang gerak pukul 12 mlm balik JB. Pukul 3.30 pagi baru sampai JB. Kalau kami satu family macam tue dgn baby lagi, boleh pengsan dibuatnya.

Wassalam.

* kak ramlah, minta maaf ye kak saya x dapat hadir majlis kesyukuran kat umah akak sabtu hari tue. Kami satu family balik kg la kak. Insya Allah, kalau ada kelapangan nanti saya ziarah akak ye.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan