Khamis, 29 Mac 2012

Sekadar update...

Assalamualaikum,

lama x update blog kan...

x de benda yg best pun berlaku. hari-hari rutin yg sama je. nak taip pepanjang, semangat rajin x der nie...
ok, nie catatan utk ingatan saya nanti, bukan peristiwa penting pun actually...

Balik pahang

2 minggu lepas balik pahang. lamanya x balik. tapi saya  rasa lama juga x balik palong. nak balik minggu nie mak x der pergi perlis...ermmm...

Saman MPSJ

office saya kat bandar puteri puchong bawah jajahan MPSJ. Sehari parking RM4. tue bayar buta-buta je tue. kereta ko kena langgar ke, kena hempap dekat signboard kedai ke, kena calar ke, semua tue tanggung sendiri k. Walaupun parking selalu full, kekadang tue kalau keluar office time lunch bila balik macam nak gila mencari parking pun x jumpa, MPSJ x peduli. Selagi ko parking kat tanah jajahan dia, bayarlah RM4 sehari tue.

Minggu lepas, saya kena saman sebab x letak tiket parking. Ok, saya accept coz memang salah saya. 3 hari lepas tue kena saman lagi sebab LETAK TIKET PARKING ATAS DASHBOARD KERETA !. Memang saya mengamuk kat office MPSJ tue. Kot ye nak collect duit org buta-buta, beretika la sikit. Yg tukang saman tue, kalau nak komisen lebih skit pun, berpada-pada la.

Tender....tender....tender....

Sepanjang minggu lepas saya agak sibuk siapkan tender. Boleh kata hari-hari lewat balik dari biasa. Nak kejar dateline siapkan tender. Bila siap je tender, nak pergi present kat bos, tahu apa bos saya kata...

"oh, i'm so sorry forgot to inform u this tender actually has been cancelled"

apa kami boleh buat sengih je la. nak marah pun bos. tengok jam dah pukul 5, off pc, air-cond, lampu...balik !!

wassalam

* next week bzday kakak batrisyia la...nak bagi hadiah apa ekk..?

Rabu, 28 Mac 2012

@ 10.30 pm – mama ada masak apa-apa ?

As-salam,

pukul 10.30 mlm sepatutnya adalah masa untuk masuk tido.

masa saya nak offkan lampu dapur, tetiba kakak masuk dapur…

mama, mama ada masak apa-apa ?

masak apa ?

masak apa-apa la….

masak apa kakak, tadi kan mama dah masak nasi dgn lauk. lagi pun kita baru je lepas makan nasi tadi kan.

kakak lapar lagi la mama. rasa nak makan apa-apa la…

korang tengok selera anak saya sekarang…kakak sekarang selera makan dia tinggi. hari tue dia boleh habiskan nasi goreng sepinggan kat kedai selamba je…emmm…anak mama dah besar ye kakak.

macam nie, lepas makan nasi, sebelum tido kita kena ambik supper dulu ye ….

punah la harapan mama untuk berdiet kakak !

wassalam

Jumaat, 16 Mac 2012

Kita Bukan Tuhan Untuk Terus Menghukum…

Assalamualaikum,

Seminggu dua nie bermacam-macam berita gempar yg di siarkan di media. Hampir kesemuanya adalah berita sedih penuh pengajaran.

Di sebalik kegemparan berita sedih itu, saya melihat para pengguna internet dlm pelbagai medium tak kisahlah sama ada twitter, facebook, ruangan forum atau yang lain-lain meluahkan pendapat dan pandangan serta simpati mereka. Tetapi, dlm pada itu lebih ramai yg mencaci maki dan terus menghukum keluarga mangsa.

Kes ibu lumpuh yg ditinggalkan di hotel itu. Bila terkeluar sahaja berita itu, pelbagai reaksi pantas sama ada bersimpati atau memaki bertaburan internet. Yg menyedihkan mereka tidak kenal pun siapa mak cik tue, siapa anak dia dan apa masalah mereka sebenarnya. Rata-rata semua terus memaki hamun anak si ibu tua itu. Malah ada yg berani menjatuhkan hokum sebagai anak derhaka kepada si anak. Pada hal, kenal pun tidak anak si ibu tua tue. Bila esoknya si anak tampil menjelaskan keadaan, masing-masing terkedu. Namun, ada juga yg keras kepala masih mengganggap si anak adalah anak yg tak tahu mengenang budi.

Begitu juga pada kes adik Dirang. Sehingga kini masyarakat tidak henti-henti menyalahkan si ibu yg sudah tidak berdaya lagi menanggung bebab kehilangan anaknya itu. Bayangkan ibu itu, baru habis berpantang melahirkan anak, kehilangan pula anak kesayangan kemudian dicaci maki oleh masyarakat sekeliling. Sebagai wanita, dia adalah seorang yg lemah apatah lagi fizikalnya yg baru melahirkan anak belum cukup kuat untuk menanggung beban berat itu serentak. Tak kan kita sebagai manusia langsung tidak ada sekelumit pun perasaan kesian pada ibu itu. Jgnlah menambahkan beban ibu itu. Benar, dia telah pun mengakui kelekaannya dan dia juga telah pun dihukum atas kelekaannya. Kita ambil perkara tersebut sebagai peringatan dan pengajaran.

Saya tengok di ruangan forum, Masya Allah x sanggup saya membacanya. Mereka menulis seolah-olah tiada perasaan pun. Malah ada yg dijadikan bahan jenaka. Kita kena ingat, dunia ini bulat. Hari ini kita di atas, esok lusa mungkin kita di bawah. Pernah dengar x org kata, dunia akhir zaman nie tuhan bayar cash je. Hari ini kita melukakan hati org lain, mencaci maki, menghina org lain, mentertawakan org lain….x lama selepas itu, kira sendiri akan merasa kembali apa yg kita telah buat pada insan lain tue. Beringatlah…

Macam kes tersebarnya video gambar bogel artis. Betapa tergamaknya pengendali blog itu mendedahkan aib org lain semata-mata menaikkan rating blog. Siap buat pengakuan terbuka video tersebut adalah asli. Diorang ke yg rekod video tue sampai berani mengaku video tersebut adalah asli ? Tambah memalukan mereka adalah org islam. Bukan ke sebagai org islam kita dituntut menutup aib sesame islam ? Tak ada rasa bersalah langsung pada wajah mereka.

Bila itu semua terjadi kita sebagai masyarakat sebenarnya turut menyumbang kepada perkara tersebut. Isu ibu lumpuh yg ditinggalkan di hotel itu, kalau korang perasan si anak ada berkata, “kita cuma tinggal berdua. Susah senang kita berdua yg menanggungnya. Org luar tidak ambil tahu”. Org luar tue siapa ? kita la, sebagai masyarakat tempat si ibu tua nie & anaknya tinggal. Tapi kita pura-pura buta & pekak. Tak pernah ambil tahu, x pernah nak membantu, tak pernah peduli pun hingga terjadinya perkara tersebut. Bila dah terjadi, yg kita tahu Cuma menyalahkan si polan & si polan. Kita ? kononnya adalah sebaik-baik umat…  

Kes arwah adik Dirang pun sama. Kalau masyarakat prihatin, bila ternampak je perkara yg tidak kena terus lapurkan pada polis mungkin ada nyawa yg boleh diselamatkan.

Kes video bogel tue, kalau kita sebagai pengguna internet, bila ternampak video itu di muat naik dlm blog, cepat-cepat kita maki hamun pengendali blog tue sebab tunjukkan bahan lucah, dedahkan aib org lain. Kita nasihatkan berbakul-bakul si pengendali blog, sure video tersebut akan di padamkan dan tidak disebarkan ke tempat lain. Ini tidak, rata-rata ramai menyokong malah siap ada ucap terima kasih lagi sebab dedahkan sikap sebenar artis tersebut. Sebab sokongan korang semualah si pengendali blog berani tampil ke depan menyatakan video tersebut adalah asli tanpa skit pun perasaan malu.

Bila semua perkara di atas terjadi di Malaysia nie, saya rasa ada yg tak kena dengan masyarakat Malaysia akhir-akhir ini….

Wassalam.

Isnin, 12 Mac 2012

Selamat tinggal BAU, Welcome BELLA

Assalamualaikum,

Korang suka layan telenovela ?

Haa…sekarang dah ada kat BELLA saluran 133. Start 5 Mac ari tue…

Saya x brape nak layan la. Mana ada masa. Dgn anak lagi, baby syirah lagi, nak kemas rumah lagi…saluran movie HBO apa semua tue pun saya dah jarang nak layan. Kecuali ada movie yg best je saya layan kejap sambil lipat kain.

Telenovela nie adalah drama bersiri bagi negara sepanyol kan. Kalau kat Malaysia kita panggil drama bersiri macam drama Tentang Dhia tue (oh, nie pun saya x layan).  Saya layan drama bersiri masa duduk spital dulu je. Itupun sebab mlm x de benda nak buat, jadi layan drama bersiri la. Masa tue tengah tayangkan citer Jiwa Lara, Cinta Elysa, lagi satu citer kontroversi fasal eman manan berlakon jadi ustaz yg kahwin sampai 4 tue. Haa…Tahajjud Cinta. Tapi, keluar je dari spital terus saya x tengok lagi.

Drama bersiri kat Indonesia di panggil sinetron. Masa saya berpantang kat kampung, mak saya layan sinetron. Ye la, mak & ayah saya duduk kg x de aktiviti kan. Tghari laya sinetron la. Ptg pergi berkebun kat depan rumah, tanam pokok bunga, siram pokok nak keluarkan peluh kan. Masa saya kat kg, mak saya layan sinetron Putri Yang Ditukar & Lagu Cinta Nirmala. Saya memula tengok ok lagi boleh layan. Masuk 3 hari saya rasa macam tak logic citer dia. Heroinnya terlalu lah baik sebaik-baik umat. Org pukul, kidnap, cuba nak rogol dia. Dia tetap x buat laporan polis, malah siap maafkan pulak org tue. Kan x logic kat situ. Watak jahatnya pulak memang sejahat-jahat manusia sampai ko rasa macam nak tembak je dia. Tapi dlm sinetron tue dia langsung tak kena apa-apa. Kena tangkap polis pun tidak.

Lepas tue, sinetron nie dia ikut permintaan peminat. Kalau peminat suka cerita tue, watak yg dah mati pun dia boleh hidupkan balik. Masuk seminggu saya layan sinetron, rasa macam diperbodohkan pulak. Jadi rasa stress lak layan cite mengarut tue. Minggu depannya bila mak saya buka tv layan sinetron, saya terus lelapkan mata.  

Tapi, kalau cite korea memang saya la hantunya. Hhehehe…cerita best, heroin cun, hero handsome, lagu pun best. Memang meleleh air mata kalau tengok. Kalau dia buat lawak, memang ketawa memanjang je. Saya bukan peminat kpop. Tapi citer korea dari dulu lagi memang saya layan. Ingat lagi masa memula kahwin dulu, balik keje hubby pergi kuliah. Saya sensorang duduk rumah memang layan cite korea je la sambil lipat baju. Kalau hubby cuti, time tue ada cite korea. Tv memang saya x bagi tukar channel. Kalau hubby nak ajak keluar pun kena tunggu cite korea habis dulu. Sampai hubby pernah panggil chen chung keq..hahahah…oh, itu adalah nama watak hero dalam drama bersiri Stairway To Heaven. Ala citer korea yg Filipina tiru tue. Tajuk pun dia tiru sebijik. Banyak gak drama korea yg saya layan masa tue, Full House, Stairway To Heaven, Princess Hour, Winter Sonata, My Girl, Jewel In The Place dan paling menyentuh hati adalah kisah yg diadaptasi dari kisah benar seorang budak yg mengidap penyakit ….(saya dah lupa la..). One Litre Of Tears. Drama nie pun Indonesia tiru dgn tajuk Buku Harian Nayla.

Eh.. korang suka layan mana satu ek..telenovela ke, sinetron ke, citer korea ke atau drama bersiri kat Malaysia nie ?

Wassalam.

Sabtu, 10 Mac 2012

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang ku bayangkan...

Assalamualaikum,

tengah layan lagu nie la...




Dan lagu nie juga...






Aku Maafkan Kamu..- Jamal Abdillah feat Malique

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Kenapa awak tak pukul mereka?
Saya tak suka pada keganasan
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

Wassalam.

* faham tak maksud lagu nie ? tak faham buka kamus k...


Jumaat, 9 Mac 2012

Comel sangatttt….kena gigit la

Assalamualaikum,

Dulu adik saya yg bongsu, ira masa kecik memang comel. Satu family sayangkan dia, bongsu kan…

Satu hari ada kenduri dekat blok saya nie (kat felda memang ada blok-blok ye..). Ingat lagi anak cikgu zila basiran gigit tangan ira sebab geram sangat tengok tangan ira yg kecik comel waktu tue. Masa tue ira umur 2 tahun. Korang tengok tangan budak umur 2 tahun memang kecik je kan…

Kecoh kejap kat kenduri tue sebab ira melalak sebab tangan dia lebam kena gigit..

Dan kini…tragedy itu berlaku lagi….

Kali nie kena kat anak bongsu saya pulak, baby syirah.

Ada budak umur 2 tahun lebih kurang baya abg irsyad gigit hidung baby syirah. Dia geram sangat tengok hidung syirah yg kecik tue. Memula dia duduk sebelah basyirah nak memain. Baby syirah kan suka berborak. Lepas tue, dia cium-cium. Lelama dia geram agaknya terus gigit hidung syirah..


Walaupun hidung syirah comel…tapi jgn la geget ye..
(masih boleh senyum walaupun hidung dah kena geget !)

Kesian baby syirah.

Wassalam

Khamis, 8 Mac 2012

Elite Highway – Accident lagi…


Assalamualaikum,

Ingat lagi entry saya nie

Tak sampai seminggu, berlaku lagi accident kat elite highway. Pagi tadi hujan, keluar ke tol Bandar Saujana Putra masuk elite highway tengok dah jammed. Patut la saya tengok banyak kereta mengundur ke belakang. Rupanya nak cuba keluar dari elite highway yg jammed tue.

Bila saya buka siaran radio, dengar info traffic kata ada kemalangan maut kat simpang putra height. Kepala saya masih terbayang lagi lalu sebelah mayat sabtu lepas.

Elite highway sekarang nie dah jadi tempat yg merbahaya. Terutamanya pada penunggang motosikal. Macam saya cakap dlm entry saya yg lepas, banyak lori-lori besar yg laju-laju lalu kat kawasan elite highway ini. Tambahan pula, elite highway adalah jalan penghubung utara ke selatan. Juga jalan ke KLIA. Memang banyak kenderaan industry akan melalui tempat nie.

Jadi, kepada pengguna highway nie berhati-hati la. Terutamanya penunggang motorsikal yang sering menjadi mangsa. Kadang-kadang bukan mereka tidak berhati-hati tetapi kenderaan-kenderaan lain yg bawa kenderaan macam nak berlumba nie yg banyak menyebabkan kemalangan jalan raya.

Dan oh ya, hari ini adalah hari wanita peringkat antarabangsa. Selamat hari wanita kepada semua wanita di dunia ini tak kira dimana anda berada. Kepada wanita tulen 100% je tau. Yg celop-celop & x berapa nak tulen tue tak kira.

Wassalam

* Tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia !

Rabu, 7 Mac 2012

Milk A Deal lagi ?? ko nie duta Milk A Deal ke apa ??

Assalamualaikum,

First, jgn salah faham k. Milk A Deal x melantik saya jadi duta dia. Malah saya juga tidak dibayar utk buat iklan Milk A Deal. Saya melantik diri saya sendiri menjadi duta Milk A Deal bleh ? hahahaha...

Dah saya buka Milk A Deal je ada offer. Buka je ada offer. Saya rasa macam sale sepanjang tahun lak kat MAD nie.

Kali nie saya beli apa...? tadaaaa.....


 4 keping poster size 12R nie cuma RM19.00 je. Sangat murah kan....   


Korang jgn komplen pic saya tak lawa ok....kang saya merajuk x nak update blog kang...(perasan !!!)

Ini adalah hasil last minit. Saya kan suka buat keje last minit. Hari nie last day tebus voucher, hari nie juga la saya kelam kabut nak donwload software, nak register, pilih picca, pilih design, nak send. Semua kelam kabut. Mujur la nak donwload software & nak register x sampai pun 10 minit. Yg lambatnya nak pilih gambar. Berpinar tengok gambar banyak sangat. Saya tengok masa dah x sempat, saya sumbat je masuk mana gambar yg agak-agak ok skit.

Apa-apa pun saya sangat puas hati dgn servis dari wedoo nie. Selain dari poster diorang juga buat photobook (tapi dah beli photobook dari company lain la, nie pun belum insert picca lagi). Sangat senang. Segalanya hanya dihujung jari je. Korang boleh join diorang kat  http://www.facebook.com/wedoophotobook

Nak tengok offer lain lak....

Wassalam.

* Last 2 weeks hubby beli desktop baru kat The Mines dapat free voucher RM20 utk print picture. Voucher valid sampai 30 April 2012. Confirm last minit lagi nie...

Isnin, 5 Mac 2012

Menyemburrrrrr....!

Assalamualaikum,

Betul ke org-org tua kata kalau baby kuat menyembur / main air liur, rambut si ibu akan gugur ?

Sejak 2 menjak nie baby syirah suka sangat menyemburrrrr…habis mulut & baju dia basah. Kalau duduk depan dia, agah-agah dia, confirm la kena sembur. Kesannya rambut mama berguguran macam daun kering yg gugur dari pokok (perumpamaan bajet macam sasterawan je kan…nan ado !) rimas ok rambut gugur nie, hari-hari nak kena sapu / vacuum rumah (rajin sangat ke ?). Kekadang kalau malas vacuum rumah tue, saya kutip je selai-selai atas lantai….(nie ter over rajin ke terlebih malas ?)


burrrrrr......tengok penuh air liur kat mulut dia sampai ruam bagai


So, far saya guna tonik rambut yg beli kat salon kawasan rumah nie. Tapi macam x berkesan je.


Selain itu, saya juga makan vitamin utk kuatkan rambut dari akarnya.

Kalau ikut masa kakak batrisyia & abg irsyad dulu, memang bila diorang menyemburrrr masa baby…rambut saya akan gugur. Tapi bila diorang dah makin besar, dah x menyembur…rambut tue automatic akan stop gugur dgn sendirinya…

Tapi, sementara nak menunggu baby syirah stop menyemburrr…& rambut stop gugur…korang ada cara lain x macam mana nak stopkan rambut gugur nie. Sangat rimas la…


kalau duduk dekat depan muka syirah, syirah sembur la......


Wassalam.

* Mama : baasyirahhhh..senyum cayang
   Basyirah : bbrrurrrrrrrrrrr…..
   Mama : -basah muka kena sembur-

Elite Highway...

Assalamualaikum,

Sabtu - 3.3.12

Sabtu lepas saya kerja half day. Masuk kerja pukul 9 tapi keluar rumah pukul 8.50 pagi walaupun rumah ke office saya 20 minit perjalanan (kalau x jammed). Baguskan pekerja macam nie....hehehe berkejar nak siapkan 3 org anak saya nak hantar taska. Kelam kabut jap.

Keluar je tol bandar saujana putra, saya tengok elite highway dah jammed. Ah sudah ! x leh merempit la jawabnya. Elite highway jarang jammed kecuali ada kereta/lori rosak atau accident.

Saya nak masuk exit putra height je yg cuma 2 km dari tol bandar saujana putra. Tapi perjalanannya dekat setengah jam.

lepas 1km nampak accident. Saya lalu betul-betul sebelah mayat yg dah bertutup tue. Penunggang motosikal. Then, ternampak lori. Berhenti kat bahagian tepi jalan. Bagaimana kemalangan tue berlaku, saya tidak pasti. Saya pun tak sure jantina & kaum mangsa terbabit. Apa pun takziah buat keluarga mangsa.

Lepas dari kawasan accident tue, hilang terus niat saya nak merempit. Terus insaf bawa keta berhati-hati. Biar lambat asal selamat...

Isnin - 5.3.12

Sape lambat dtg keje tadi sebab jammed kat elite highway.....saya !! hehehe

Mood pepagi tadi tengah baik sebab keluar rumah awal. Saya dah rancang nak breakfast kat office nanti. Tapi keluar je tol bandar saujana putra...oh tidak...jammed again !

Tapi kali nie saya bawa kereta dgn cermat sebab teringat lagi accident sabtu lepas. Dekat nak sampai simpang putra height tue nampak kereta kenari tayar pancit. then, jalan ke depan tue terus ok je...

la...apa la pemandu kat malaysia nie kan. asal ada benda je terjadi kat highway, semua nak ambil tahu. tolongnya tidak.

dan hari nie saya lambat sampai office.

wassalam.

* kepada semua pemandu kat malaysia nie bawalah kereta berhati-hati ye.
* Kat elite highway tue, lori besar2 kemain laju lagi. macam berlumba je..

Khamis, 1 Mac 2012

Manjakan diri di Andamai Spa – Milk A Deal

Assalamualaikum,

Hari tue saya ada beli voucher spa dekat Milk A Deal. 2 bulan saya duduk spital. Lepas tue berpantang pulak. Pantangnya  bukan macam pantang saya sebelum nie sebab kali nie saya ceaser kan...kalau pantang sebelum nie memang saya berlulur la dlm pantang. Tapi kali nie x...

So, habis pantang badan memang berkerak la. Hubby pun kekadang tolong sentalkan badan sebab banyak daki. Rimas k....

Jadi saya beli voucher Milk A Deal nie. First, dah tentula murah yg amat. Then, spa nie melayu punya. Dlm Milk A Deal, banyak lagi offer spa yg murah. Tapi semuanya chinese spa. Ko nak berkemban depan amoi ? no...no...not me k...and yg penting dekat je kat Shah Alam.



Voucher dah nak expiry, saya baru terhegeh-hegeh nak tebus kan. Saya nak booking sabtu, tapi dah full. Yg ada ptg. Saya x nak ptg. Masa tue urat dah kembang & tegangkan.Saya lebih prefer pagi, badan fresh lagi. Beautician pun segar lagi nak layan customer. Ptg diorang dah penat kan. So, booking Isnin pagi ambil cuti terus.

Pepagi Isnin tue drive keta lepas pukul 9 pagi memang x jammed la kan. Appointment saya pukul 10 pagi. Kejap je dah sampai. Andamai Spa nie kat area belakang Stadium Melawati Shah Alam.

Tepat pukul 10 pagi saya masuk…











  




So, far tempat dia memang best. Memula isi form dulu, nak tengok korang ada allegik ke, nak massage kuat ke lembut. Sebab saya baru lepas ceaser kan, mesti pilih massage yg x kuat. Then, masuk bilik tukar baju bagai dia massage dulu. Seronok sembang dgn adik beautician tue. Saya tanya dia, so far customer paling tua pernah datang spa kat sini umur brape ? dia jawab 64 tahun. Terkejut saya. Kalau saya la panjang umur macam tue, rasanya saya duduk umah buat amal ibadat je kot. Nak pergi spa badan berkedut, ermmm…x kot. Tapi tak tau la kalau Allah nak duga saya bagi rezeki melimpah ruah banyak sampai saya lupa diri. Insya Allah, semoga saya akan lebih kuat beramal bila dah tua nanti.

Lepas massage, lulur satu badan. Tapi adik nie lulur kurang kick skit. Paling best saya pergi lulur masa nak kahwin dulu. Kakak tu tau saya nak kahwin lagi seminggu, memang dia sental cukup-cukup badan saya. Sebulan gak lepas kahwin badan saya rasa licin je…hehehe..

Utk sauna saya x masuk sebab sauna dia duduk dlm bilik & jenis kering. Saya kan baru lepas ceaser & baby syirah masih menyusu badan. Nanti buat sauna kering nie boleh mengurangkan produktiviti susu saya (ha…perkataan macam apa ntah). Lagi pun kat rumah saya ada sauna sendiri. Bila-bila masa nak sauna, on je suis duduk la ontok-ontok kat dlm sauna tue kan…

Then, saya mandi susu dlm jakuzi. Dia campur dgn garam laut apekebendentah. Memang best mandi dlm jakuzi. First time saya mandi dlm jakuzi. Sangat-sangat best dgn buih melimpah ruah sampai saya tenggelam dlm buih hehehe.. memang sangat recommend korang cuba mandi susu + garam laut apekebendentah dlm jakuzi nie.

Adik beautician tue dtg balik tengok saya dah hilang dlm jakuzi. Tenggelam dlm buih !

Lepas mandi susu, bilas & dia sapukan dengan krim moisturizers. Bila saya keluar, owner Andamai Spa nie yg layan. Macam biasa last mesti bagi minum teh utk segarkan badan kan. Owner dia sangat baik & peramah. Next time boleh dtg sini lagi la…

Saya masuk pukul 10 pagi, pukul 1.30 tghari baru keluar. Lama sungguh rasa. Oh ya saya x buat facial sebab baru je hari tue saya buat facial kat selayang masa attend kursus CIDB. Nanti saya story fasal tue ye…

Keluar je, terus pergi kat café tutti frutti. Masa datang tadi saya nampak dah café tue sebaris dgn Andamai spa. Apa lagi, tghari panas, baru lepas keluar spa, makan benda sejuk sangat la heaven kan…


Nie la benda yg saya mengidam masa duduk kat spital dulu. Nak suruh hubby beli takut sampai spital dah cair…sudahnya baby syirah dah keluar baru dapat makan..


Dia ada banyak perisa. Saya ambil perisa red velvet (kan perisa nie tengah famous skarang kan…) + separuh buah strawberry + bubble perisa mangga (bila korang gigit dlm mulut dia meletup keluar air). Sangat la sedapnya. Rege ?? Saya ambil bekas paling kecik saiz S plus benda2 kat atas tue RM 10.50. Terbeliak biji mata masa nak bayar. Dgn RM 10.50 tue saya boleh beli nasi kandar ayam + teh o ais limau makan sampai kenyang tau. Tapi mengidam punya fasal kan (baby dah keluar pun ngidam lagi ke ? nie bukan mengidam namanya, ini nafsu !). 5 Minit makan dah habis. X kenyang saya gigit kotak & telan sudu tue skali. Benda mahal kan….hehehe



Lepas tue misi kedua pergi mengadap jumpa guru disiplin LHDN. Banyak nau surat cinta saya dapat dari LHDN. Saya hutang RM 2++ macam hutang ratus ribu je. Nasib baik officer kat LHDN Shah Alam sangat baik hati & membantu. Terus saya buat mohon pertukaran fail saya. Ye la, duduk puchong. Keje pun kat puchong. Apa hal lak fail saya kat seremban kan…

Then, sebab saya parking kat Kompleks PKNS terus pegi pos office kat dlm tue nak masukkan duit ASB anak saya. Dekat sejam saya dok meround dari kedai ke kedai sementara nak tunggu no. saya sampai tapi bila dtg balik kat pos office tue baru 5 nombor je gerak. Saya fikir, lagi lama saya kat situ nanti lama-lama nafsu saya tewas dan saya terbeli baju yg cantik-cantik lak kat situ.

So, cepat-cepat saya keluar dari kompleks PKNS pegi Maybank. Nasib baik bank buka lagi cuma ASB dia dah close. X pe, ada urusan lain lagi boleh buat. Saya bayar habis income tax yg tertunggak & buka akaun SSPN utk semua anak-anak saya. Penat tau isi borang bebanyak.

Balik rumah ptg tue, walaupun pagi dah pergi spa tapi bila balik ptg dah belengas pula. hubby lak kata…eh, putihnya badan mama.

Oit..oit…nie perli ke apa ?

Wassalam

* Bos pepagi tue dah call. Ingat saya pergi interview ke ????