Sabtu, 30 April 2011

Saya wajib kurus !!

As-salam,

Ha…dah tahap wajib dah tue….

saya kini sangat la gemuk. kalau saya mengadap cermin, seluruh badan saya penuh lemak ! lengan, peha, betis, tapak kaki pun macam dah mengelembung je dah. kalau bahagian atas jgn cerita la…pipi macam kulum biji durian, leher antara nampak dgn tidak je, tang perut dah macam org pregnant 6 bulan. kalau ada bahagian yg kurus pun saya rasa kat jari kelingking saya je. mungkin lemak tak sampai situ lagi kot. bak kata kawan saya, bahasa kasarnya dah macam tenuk ternak lemak !

dulu, berat saya maintain 45kilo je. dah kahwin naik 3 kilo. tengah bahagia kan…lempeng hangus pun nampak macam pizza. tue yg selera semacam je tue. setahun lepas tue, pregnant. 2,3 bulan pertama ok la asyik muntah je. makan pun tak berselera. masuk 6,7 bulan…haa…baru tau langit tinggi rendah ye tak..sabun mandi pun berselera je nak telan. lepas tue pulak, 1st time pregnant dok asyik fikir baby dlm perut tak cukup khasiat la, takut kalau tak dapat makan nanti lahir-lahir air liur meleleh je (nie org tua selalu takutkan saya !) so, apa teragak nak makan, bedal je semua. ada sekali tue pukul 1 pagi ajak hubby gie mamak nak makan chicken chop. bukan sekali, berkali-kali pulak tue ! dapat pulak laki suka melayan…makin godang la badan nie

sudahnya, masa nak lahirkan anak pertama dulu dari berat 48 kilo naik 75 kilo. mak gajah tengok pun boleh pengsan tau !. masa pantang, selera makan pula tak de. turun la balik 52 kilo.

masuk anak kedua pun sama kes. masa nak melahirkan irsyad berat saya 76 kilo. tapi boleh turun 56 kilo je..dgn tinggi saya yg bawah skit dari pokok kelapa bantut tue…pemandangannya amatlah menyeksakan mata. dah sekarang berat tue dah bertambah beranak pinak pulak

family saya kalau boleh setiap hari nak ada air manis dlm freeze. tak kira la air apa, air sirap ke, air bandung ke, air cincau ke, air kopi ke, air teh ke…mesti nak ada. habis tue setiap kali haus, buka freeze teguk air manis. jajan macam biskut, keropok, coklat, ais krim jgn cerita la…tak banyak skit mesti ada stok.

perut saya nie pulak dah ikat kontrak sebagai stok barang simpanan makanan untuk anak2 saya. kalau makan kat luar, tak habis sumbat dlm perut mama. makan ais krim tak habis sumbat dlm perut mama. kat rumah pun sama, makanan tak habis, mama yg kena habiskan. nak buang sayang. jadi, perut saya nie dah ‘mengandungkan’ benda tue semua

semenjak dua menjak nie hubby pun asyik bagi hint je,

mama, jom la sauna
mama, meh abg sapu krim lumpur kat perut tue. lepas tue pakai barut ye
mama, gie la kayuh basikal kat luar tue

tapi sebab saya nie setiap kali pandang cermin yg saya nampak cuma jelmaan angelina jolie je, jadi saya masih perasan saya kurus. hahaha…dasar tak leh terima kenyataan kan

tapi sekarang saya rasa saya perlu insaf. saya wajib kuatkan diri untuk berdiet & kurus. sebabnya…

saya dah benci bila berjalan peha asyik berlaga je

separuh baju-baju dlm wardrobe saya sudah tak boleh pakai lagi

semua seluar slack & jeans saya dah tak muat. kalau pakai pun, cuma boleh zip separuh tapi tak boleh nak butangkan. nangisss….

bila beli baju, kena beli saiz L, XL, XXL….dah la semua baju cecantik saiz S & M je. terasa kejamnya dunia ini pada ku….

saya cepat penat, mengah bila buat kerja-kerja rumah. punggung saya makin berat bila nak bangun

saya tak nak ditertawakan sebab saya gemuk…

saya kena kurus sekarang sebab saya nak gemuk balik (pregnant la..). kalau saya gemuk sekarang, masa pregnant sure saya dah macam……….---- sila isi tempat kosong sendiri.

saya WAJIB kurus. MESTI !!!

wassalam


Ahad, 17 April 2011

Maharaja Lawak – Muzikal Komedi


As-salam,

Kesian lak tengok kumpulan Wai & No Entry terkeluar semlam. Ye la, diorang dah prepare utk show muzikal komedi, tetiba terkeluar kan. Wai tue memang dah di jangka akan terkeluar. Banyak gossip mengatakan idlan dgn kumpulan kecik tak sebulu & sering tak puas hati. Lain dirancang lain yg berlaku atas pentas coz ada yg buat spoil. Tapi tengok pun dah tau, idlan org utara, kump. kecik org sabah/sarawak. mana nak ngam kan ? But, kumpulan No Entry saya nampak kesungguhan mereka buat lawak. Cuma punch line mereka kurang menjadi. Berbanding Amir yg sentiasa ke laut je. Amir pada saya tiada perubahan langsung. Dari zaman Raja Lawak sampai la ke Maharaja Lawak ini. Sentiasa buat konsep lawak yg sama. Lawak memalukan diri sendiri di atas pentas. Tak peduli la org gelak ke tak..yg penting dia sensorang happy atas pentas tue.

Tema minggu nie, Muzikal Komedi. Pada saya yg paling berjaya Nabil & kump. sepah. Yang lain-lain ok la…boleh layan. Tapi Amir memang la ke laut. Saya ketawa bukan sebab lawak dia, tapi sebab kelakar tengok juri yg macam nak pengsan dengar Amir menyanyi dan gitaris shah yg hulur gitar suruh Amir main sendiri coz dia hentam buat apa yg dia suka.

Cuma, saya kurang berpuas hati bila kump. R2 terkeluar. Kalau nak compare persembahan Amir & kump. R2, mereka dua kali ganda lagi mantap dari persembahan Amir yang ntah apa-apa ntah. Terfikir juga, format permarkahan Maharaja Lawak 50% juri & 50% undian SMS. Tak kan la, undian SMS Amir banyak sangat sebab kalau markah juri memang out la saya rasa. Mungkin Astro ada agenda dia sendiri kot…

Apa pun, sape yg tak de Astro Warna korang boleh la tonton dlm youtube. Sejam dua lepas habis siaran langsung, dah ada dah dlm youtube kan….

Wassalam

Selasa, 12 April 2011

kakak yang pemurah ???


As-salam,

sempena bezday kakak hari tue, baba dia ada belikan pencil box dua set. Satu yg pic princess warna pink & satu lagi pencil box besi supaya dia boleh simpan pensil. tak de la kakak simpan pencil bawah sofa, celah pintu, bawah tv, dlm bakul kain, tempat pinggan, dlm sinki & peti sejuk pun pernah dia simpan pencil & colour pencil dia !

tapi korang tau, baru sehari benda tue dia bawa sekolah dah hilang !

pencil box yg paling dia suka pulak tue. pencil box princess. bila tanya mana pencil box kakak, selamba je dia jawab…kawan kakak suka pencil box tue jadi kakak bagi la kat dia….

kakak…kakak…..hadiah bezday kakak tue. walaupun tak de la mahal sangat tapi pencil box tue yg kakak paling suka. tapi boleh je dia bagi kawan dia macam tue je...baba yg dapat tau marah la. lepas tue suruh minta balik. kakak kata kawan dia nak pinjam je…tapi esoknya bila tanya kakak lagi, dia kata kawan dia lupa nak bawa ke sekolah…

sudahnya sekarang nie dah seminggu dah benda tue hilang. kakak kata kawan dia lupa nak bawak. tapi kan….saya musykil pulak. tak kan mak ayah budak tue tak tahu atau tak check beg sekolah anak dia ? atau tak kan la anak dia menipu mak ayah dia..

pada saya isu nie bukan la besar sangat. saya tak kisah pun pencil box tue hilang ke…coz rege dia bukanlah beratus pun. insha allah boleh beli lain lagi walaupun itu adalah hadiah bezday kakak. Cuma, pada saya tak patut la seorang anak kecil dah belajar mengambil barang org lain & family buat dekkk je. saya & hubby setiap mlm mesti pastikan, kalau bukan saya mesti hubby akan check beg kakak. ada kerja sekolah tak, mana yg tak siap. apa ada dlm beg sekolah dia, apa yg dia bawa balik. kalau saya jumpa benda pelik-pelik hatta sebiji guli pun saya akan tanya kakak…siapa punya nie ? kenapa dlm beg kakak ? kalau bukan hak kakak…saya akan suruh pulangkan balik. saya pesan banyak kali pada kakak, jgn meminta2 hak org lain, kalau nak sangat minta pada mama & baba. insha allah ada rezeki kakak, mama & baba akan belikan. Jgn sesekali ambil barang org lain. Berdosa, masuk api neraka. Makanan kakak boleh la berkongsi, barang2 boleh la bagi pinjam dgn kengkawan….tapi bukan bagi je semua apa yg kakak ada. Macam tue pengsan la mama & baba !

sebelum nie dah banyak kali dah…mama, kawan kakak suka sharpener kakak. dia nak pinjam…sampai sekarang saya tak nampak dah sharpener tue…mama, kawan kakak suka pemadam princess kakak….dari enam biji yg saya beli, sekarang tinggal separuh je dari sebiji tue. Hari tue masa kakak buat homework kat rumah, mengamuk baba. Dia tulis guna pencil yg panjangnya sama dengan jari kelingking kakak. korang bayangkan la pendek mana pencil tue. Punya la banyak pencil yg baba beli, tak tahu mana perginya…

saya rasa sekarang saya kena tegas pada kakak. kena ajar & tanamkan sikap amanah & bertanggungjawab pada barang-barang dia dan diri dia sendiri. Memang la benda-benda yg hilang tue benda kecik je. Tapi kalau saya tak tegas mulai sekarang, esok lusa kakak akan hilangkan pula benda-benda yg lebih berharga yg tak mungkin dapat diganti semula. Nauzubillah min zalik !

Wassalam.

Jumaat, 8 April 2011

Saya lupa saya ada blog....bleh ?????

As-salam,

lamanya tak update blog

sebenarnya banyak benda berlaku nak dirakamkan

tapi saya boleh terlupa saya ada blog...!!!

atau dgn maksud tersiratnya, saya pemalas...hahahaha

ok la....saya update balik semua isu-isu tertunggak dulu tu

memula nak upload habis pic yg melambak masa majlis kerry hari tue....

stay tune.....

wassalam