Sabtu, 30 April 2011

Saya wajib kurus !!

As-salam,

Ha…dah tahap wajib dah tue….

saya kini sangat la gemuk. kalau saya mengadap cermin, seluruh badan saya penuh lemak ! lengan, peha, betis, tapak kaki pun macam dah mengelembung je dah. kalau bahagian atas jgn cerita la…pipi macam kulum biji durian, leher antara nampak dgn tidak je, tang perut dah macam org pregnant 6 bulan. kalau ada bahagian yg kurus pun saya rasa kat jari kelingking saya je. mungkin lemak tak sampai situ lagi kot. bak kata kawan saya, bahasa kasarnya dah macam tenuk ternak lemak !

dulu, berat saya maintain 45kilo je. dah kahwin naik 3 kilo. tengah bahagia kan…lempeng hangus pun nampak macam pizza. tue yg selera semacam je tue. setahun lepas tue, pregnant. 2,3 bulan pertama ok la asyik muntah je. makan pun tak berselera. masuk 6,7 bulan…haa…baru tau langit tinggi rendah ye tak..sabun mandi pun berselera je nak telan. lepas tue pulak, 1st time pregnant dok asyik fikir baby dlm perut tak cukup khasiat la, takut kalau tak dapat makan nanti lahir-lahir air liur meleleh je (nie org tua selalu takutkan saya !) so, apa teragak nak makan, bedal je semua. ada sekali tue pukul 1 pagi ajak hubby gie mamak nak makan chicken chop. bukan sekali, berkali-kali pulak tue ! dapat pulak laki suka melayan…makin godang la badan nie

sudahnya, masa nak lahirkan anak pertama dulu dari berat 48 kilo naik 75 kilo. mak gajah tengok pun boleh pengsan tau !. masa pantang, selera makan pula tak de. turun la balik 52 kilo.

masuk anak kedua pun sama kes. masa nak melahirkan irsyad berat saya 76 kilo. tapi boleh turun 56 kilo je..dgn tinggi saya yg bawah skit dari pokok kelapa bantut tue…pemandangannya amatlah menyeksakan mata. dah sekarang berat tue dah bertambah beranak pinak pulak

family saya kalau boleh setiap hari nak ada air manis dlm freeze. tak kira la air apa, air sirap ke, air bandung ke, air cincau ke, air kopi ke, air teh ke…mesti nak ada. habis tue setiap kali haus, buka freeze teguk air manis. jajan macam biskut, keropok, coklat, ais krim jgn cerita la…tak banyak skit mesti ada stok.

perut saya nie pulak dah ikat kontrak sebagai stok barang simpanan makanan untuk anak2 saya. kalau makan kat luar, tak habis sumbat dlm perut mama. makan ais krim tak habis sumbat dlm perut mama. kat rumah pun sama, makanan tak habis, mama yg kena habiskan. nak buang sayang. jadi, perut saya nie dah ‘mengandungkan’ benda tue semua

semenjak dua menjak nie hubby pun asyik bagi hint je,

mama, jom la sauna
mama, meh abg sapu krim lumpur kat perut tue. lepas tue pakai barut ye
mama, gie la kayuh basikal kat luar tue

tapi sebab saya nie setiap kali pandang cermin yg saya nampak cuma jelmaan angelina jolie je, jadi saya masih perasan saya kurus. hahaha…dasar tak leh terima kenyataan kan

tapi sekarang saya rasa saya perlu insaf. saya wajib kuatkan diri untuk berdiet & kurus. sebabnya…

saya dah benci bila berjalan peha asyik berlaga je

separuh baju-baju dlm wardrobe saya sudah tak boleh pakai lagi

semua seluar slack & jeans saya dah tak muat. kalau pakai pun, cuma boleh zip separuh tapi tak boleh nak butangkan. nangisss….

bila beli baju, kena beli saiz L, XL, XXL….dah la semua baju cecantik saiz S & M je. terasa kejamnya dunia ini pada ku….

saya cepat penat, mengah bila buat kerja-kerja rumah. punggung saya makin berat bila nak bangun

saya tak nak ditertawakan sebab saya gemuk…

saya kena kurus sekarang sebab saya nak gemuk balik (pregnant la..). kalau saya gemuk sekarang, masa pregnant sure saya dah macam……….---- sila isi tempat kosong sendiri.

saya WAJIB kurus. MESTI !!!

wassalam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan