Isnin, 5 Mac 2012

Elite Highway...

Assalamualaikum,

Sabtu - 3.3.12

Sabtu lepas saya kerja half day. Masuk kerja pukul 9 tapi keluar rumah pukul 8.50 pagi walaupun rumah ke office saya 20 minit perjalanan (kalau x jammed). Baguskan pekerja macam nie....hehehe berkejar nak siapkan 3 org anak saya nak hantar taska. Kelam kabut jap.

Keluar je tol bandar saujana putra, saya tengok elite highway dah jammed. Ah sudah ! x leh merempit la jawabnya. Elite highway jarang jammed kecuali ada kereta/lori rosak atau accident.

Saya nak masuk exit putra height je yg cuma 2 km dari tol bandar saujana putra. Tapi perjalanannya dekat setengah jam.

lepas 1km nampak accident. Saya lalu betul-betul sebelah mayat yg dah bertutup tue. Penunggang motosikal. Then, ternampak lori. Berhenti kat bahagian tepi jalan. Bagaimana kemalangan tue berlaku, saya tidak pasti. Saya pun tak sure jantina & kaum mangsa terbabit. Apa pun takziah buat keluarga mangsa.

Lepas dari kawasan accident tue, hilang terus niat saya nak merempit. Terus insaf bawa keta berhati-hati. Biar lambat asal selamat...

Isnin - 5.3.12

Sape lambat dtg keje tadi sebab jammed kat elite highway.....saya !! hehehe

Mood pepagi tadi tengah baik sebab keluar rumah awal. Saya dah rancang nak breakfast kat office nanti. Tapi keluar je tol bandar saujana putra...oh tidak...jammed again !

Tapi kali nie saya bawa kereta dgn cermat sebab teringat lagi accident sabtu lepas. Dekat nak sampai simpang putra height tue nampak kereta kenari tayar pancit. then, jalan ke depan tue terus ok je...

la...apa la pemandu kat malaysia nie kan. asal ada benda je terjadi kat highway, semua nak ambil tahu. tolongnya tidak.

dan hari nie saya lambat sampai office.

wassalam.

* kepada semua pemandu kat malaysia nie bawalah kereta berhati-hati ye.
* Kat elite highway tue, lori besar2 kemain laju lagi. macam berlumba je..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan