Jumaat, 16 Mac 2012

Kita Bukan Tuhan Untuk Terus Menghukum…

Assalamualaikum,

Seminggu dua nie bermacam-macam berita gempar yg di siarkan di media. Hampir kesemuanya adalah berita sedih penuh pengajaran.

Di sebalik kegemparan berita sedih itu, saya melihat para pengguna internet dlm pelbagai medium tak kisahlah sama ada twitter, facebook, ruangan forum atau yang lain-lain meluahkan pendapat dan pandangan serta simpati mereka. Tetapi, dlm pada itu lebih ramai yg mencaci maki dan terus menghukum keluarga mangsa.

Kes ibu lumpuh yg ditinggalkan di hotel itu. Bila terkeluar sahaja berita itu, pelbagai reaksi pantas sama ada bersimpati atau memaki bertaburan internet. Yg menyedihkan mereka tidak kenal pun siapa mak cik tue, siapa anak dia dan apa masalah mereka sebenarnya. Rata-rata semua terus memaki hamun anak si ibu tua itu. Malah ada yg berani menjatuhkan hokum sebagai anak derhaka kepada si anak. Pada hal, kenal pun tidak anak si ibu tua tue. Bila esoknya si anak tampil menjelaskan keadaan, masing-masing terkedu. Namun, ada juga yg keras kepala masih mengganggap si anak adalah anak yg tak tahu mengenang budi.

Begitu juga pada kes adik Dirang. Sehingga kini masyarakat tidak henti-henti menyalahkan si ibu yg sudah tidak berdaya lagi menanggung bebab kehilangan anaknya itu. Bayangkan ibu itu, baru habis berpantang melahirkan anak, kehilangan pula anak kesayangan kemudian dicaci maki oleh masyarakat sekeliling. Sebagai wanita, dia adalah seorang yg lemah apatah lagi fizikalnya yg baru melahirkan anak belum cukup kuat untuk menanggung beban berat itu serentak. Tak kan kita sebagai manusia langsung tidak ada sekelumit pun perasaan kesian pada ibu itu. Jgnlah menambahkan beban ibu itu. Benar, dia telah pun mengakui kelekaannya dan dia juga telah pun dihukum atas kelekaannya. Kita ambil perkara tersebut sebagai peringatan dan pengajaran.

Saya tengok di ruangan forum, Masya Allah x sanggup saya membacanya. Mereka menulis seolah-olah tiada perasaan pun. Malah ada yg dijadikan bahan jenaka. Kita kena ingat, dunia ini bulat. Hari ini kita di atas, esok lusa mungkin kita di bawah. Pernah dengar x org kata, dunia akhir zaman nie tuhan bayar cash je. Hari ini kita melukakan hati org lain, mencaci maki, menghina org lain, mentertawakan org lain….x lama selepas itu, kira sendiri akan merasa kembali apa yg kita telah buat pada insan lain tue. Beringatlah…

Macam kes tersebarnya video gambar bogel artis. Betapa tergamaknya pengendali blog itu mendedahkan aib org lain semata-mata menaikkan rating blog. Siap buat pengakuan terbuka video tersebut adalah asli. Diorang ke yg rekod video tue sampai berani mengaku video tersebut adalah asli ? Tambah memalukan mereka adalah org islam. Bukan ke sebagai org islam kita dituntut menutup aib sesame islam ? Tak ada rasa bersalah langsung pada wajah mereka.

Bila itu semua terjadi kita sebagai masyarakat sebenarnya turut menyumbang kepada perkara tersebut. Isu ibu lumpuh yg ditinggalkan di hotel itu, kalau korang perasan si anak ada berkata, “kita cuma tinggal berdua. Susah senang kita berdua yg menanggungnya. Org luar tidak ambil tahu”. Org luar tue siapa ? kita la, sebagai masyarakat tempat si ibu tua nie & anaknya tinggal. Tapi kita pura-pura buta & pekak. Tak pernah ambil tahu, x pernah nak membantu, tak pernah peduli pun hingga terjadinya perkara tersebut. Bila dah terjadi, yg kita tahu Cuma menyalahkan si polan & si polan. Kita ? kononnya adalah sebaik-baik umat…  

Kes arwah adik Dirang pun sama. Kalau masyarakat prihatin, bila ternampak je perkara yg tidak kena terus lapurkan pada polis mungkin ada nyawa yg boleh diselamatkan.

Kes video bogel tue, kalau kita sebagai pengguna internet, bila ternampak video itu di muat naik dlm blog, cepat-cepat kita maki hamun pengendali blog tue sebab tunjukkan bahan lucah, dedahkan aib org lain. Kita nasihatkan berbakul-bakul si pengendali blog, sure video tersebut akan di padamkan dan tidak disebarkan ke tempat lain. Ini tidak, rata-rata ramai menyokong malah siap ada ucap terima kasih lagi sebab dedahkan sikap sebenar artis tersebut. Sebab sokongan korang semualah si pengendali blog berani tampil ke depan menyatakan video tersebut adalah asli tanpa skit pun perasaan malu.

Bila semua perkara di atas terjadi di Malaysia nie, saya rasa ada yg tak kena dengan masyarakat Malaysia akhir-akhir ini….

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan