Khamis, 8 Mac 2012

Elite Highway – Accident lagi…


Assalamualaikum,

Ingat lagi entry saya nie

Tak sampai seminggu, berlaku lagi accident kat elite highway. Pagi tadi hujan, keluar ke tol Bandar Saujana Putra masuk elite highway tengok dah jammed. Patut la saya tengok banyak kereta mengundur ke belakang. Rupanya nak cuba keluar dari elite highway yg jammed tue.

Bila saya buka siaran radio, dengar info traffic kata ada kemalangan maut kat simpang putra height. Kepala saya masih terbayang lagi lalu sebelah mayat sabtu lepas.

Elite highway sekarang nie dah jadi tempat yg merbahaya. Terutamanya pada penunggang motosikal. Macam saya cakap dlm entry saya yg lepas, banyak lori-lori besar yg laju-laju lalu kat kawasan elite highway ini. Tambahan pula, elite highway adalah jalan penghubung utara ke selatan. Juga jalan ke KLIA. Memang banyak kenderaan industry akan melalui tempat nie.

Jadi, kepada pengguna highway nie berhati-hati la. Terutamanya penunggang motorsikal yang sering menjadi mangsa. Kadang-kadang bukan mereka tidak berhati-hati tetapi kenderaan-kenderaan lain yg bawa kenderaan macam nak berlumba nie yg banyak menyebabkan kemalangan jalan raya.

Dan oh ya, hari ini adalah hari wanita peringkat antarabangsa. Selamat hari wanita kepada semua wanita di dunia ini tak kira dimana anda berada. Kepada wanita tulen 100% je tau. Yg celop-celop & x berapa nak tulen tue tak kira.

Wassalam

* Tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan