Rabu, 26 Januari 2011

Shooting kat site ???

Salam,

saya sedang kumpulkan semua photo project melaka dari start projek sampai hand over project utk simpanan pihak klien.

Tapi kan…baru saya perasan ada beberapa keping photo dari pc site office saya yg agak mencurigakan…

Korang tengok photo2 kat bawah nie ekkk….







Bila saya check ngan senior site supervisor kat site baru dia ngaku ada krew buat shooting tak tau la buat shooting filem ke, drama ke, dokumentari ke kat site masa projek sedang berjalan. Korang tengok site staff saya yg baju putih tue, kemain lagi berposing ngan krew tue.

Oooo….mr. lee, patut la projek lambat siap. U gie shooting flim kat site ye….

Masalahnya kan…HQ lansung tak dimaklumkan mengenai perkara ini. Malah pihak klien pun tak tahu rasanya. Tak ada sebarang surat tue utk makluman buat shooting kat site. Bukan apa, tapak bina ini antara tempat yg berisiko. Org awam tidak boleh sesuka hati keluar masuk tapak bina. Kalau apa-apa berlaku di dalam tapak, siap la kontraktor. Kena mengadap JKKP, Klien, End User, PBT. Padahal dah terang2 sign board kat luar DI LARANG MASUK.

Bukan tak pernah syarikat kena saman. ko bayangkan, kitorang pernah buat projek jalan. Belum siap pun lagi. Belum turap premix lagi. Sebagai langkah keselamatan, off course ada sign board & segala neka benda safety yg dipasang di tapak bina bagi memaklumkan dan menghalang org awam masuk ke kawasan tue. Ada la sorang minah nie. Duduk dekat area projek jln yg kitorang buat. Satu pagi tue, dia terlambat pegi keje. Nak cepat & jln shortcut punya pasal, di bantainya masuk ke kawasan tapak bina kitorang. Dah tue, dia nie tunggang motosikal. Maka jatuh la kat dlm kawasan tapak bina kitorang, patah kaki. Kebetulan pulak dia keje kat off lawyer, di samannya kitorang !
Undang2 kat Malaysia kata, tak kira sapa salah sapa betul, kalau ada org tercedera di kawasan tapak bina, maka kontraktor yg menjalankan kerja di tapak bina tue wajib bayar ganti rugi. Free je minah tue dapat claim insurance kitorang.

So, kepada korang semua kalau nampak tapak pembinaan tue. Jangan la cuba2 nak masuk dlm tue sesuka hati buat lawatan tapak. Jumpa dulu pegawai tapak bina, minta izin. Nie selalu bebudak praktikal main serbu je masuk site ambil gambar. Lain la korang penguatkuasa nak tangkap pendatang tanpa izin. Itu pun korang kena tunjukkan kad kuasa tau.

Wassalam

* Besok pagi Tan Sri Musa Hasan turun site melaka, tabik hormat Tan Sri !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan