Isnin, 10 Januari 2011

Raja Lawak – Season 5

Salam,


Raja Lawak kembali lagi….

Episod pertama ok la…boleh gelak lagi. Walaupun ada beberapa peserta tue macam copy paste gaya & idea peserta raja lawak terdahulu, ada juga yg memang lawak original terbaik dari ladang. Tapi ada juga yg dari start lawak sampai habis satu hape saya tak faham atau mungkin lawaknya level tinggi tahap langit ke tujuh kot…

Lagi satu, walaupun dah diberi tema tapi para peserta rasanya buat hentam keromo atau lawak tersebut tidak mengikut tema yg diberikan. Atau mungkin tak sampai pada penonton. Tapi overall memang boleh gelak lagi la….

Kejutan yg bob lokman buat tue tak menjadi la…..nampak sangat lakonannya. Coz sebelum nie kat news paper pun dah announce sape jadi juri…so, org dah boleh agak kan

Lagi satu, kombinasi juri satu Malaysia tue, ermmm…david teo jadi juri ??? musykil skit. bila masa dia jadi pelawak atau ada pengalaman berlawak ??? dia buat ‘flim’ boleh la…saya takut bila dia komen tak sampai pada peserta…



Apa pun mungkin ini minggu pengenalan, maka kita tunggu minggu-minggu seterusnya nanti…..

Wassalam
* hubby sanggup tak pegi kayuh mlm tue semata2 nak tengok raja lawak. hahahaha…
* dlm gelak2 tue korang kena fikirkan juga kata2 bob lokman sebelum dia keluar, ‘kalau banyak ketawa cepat pula perginya……’

Tiada ulasan:

Catat Ulasan