Isnin, 10 Januari 2011

Baby D & Asam Pedas Bangi

Salam,

Cousin hubby saya, joe & fizah baru menerima cahaya mata ketiga, baby D. Tahniah ye, dapat juga korang baby girl. So, lepas solat zuhur kami pergi ziarah mereka di tmn saujana impian.

Pic tak de. Baby D baru tiga hari lagi pun segan la nak kuarkan camera. Anak2 pula kena deman pemalu 1 jam. Asyik nak memerap dgn mama & baba je sepanjang kat umah joe & fizah. Punya la baik Danish & daghfal bawa kuar toys nak tarik perhatian irsyad & batrisyia ajak main…erm..anak2 saya kalau dah terkena jangkitan deman pemalu 1 jam nie…lepas satu jam la baru dia sembuh.

Oh…baby D sangat kecik. 2 kilo lebih je…saya tak brani nak pegang. sangat kecik….oh sekali lagi…baby nie belum ada nama ye…

Memikirkan fizah baru je 3 hari lepas bersalin, kami tak nak lama. Memang dah rancang paling lama pun sejam je atau setengah jam..gerak balik. Kesian lak mama & babynya nak rest bebanyak. Penat oo….lepas bersalin. Habis segala kudrat tenaga tau.

Elok je kami masuk kereta nak gerak balik, anak2 terus sembuh dari deman pemalu. Terus terjerit2, melompat2, berjoget2 buat bising kat belakang. Anak2 mama nie memang kan…pandai berlakon….hehehe

Saya cakap ngan hubby teringin nak makan tahu bakar kat kedai asam pedas bangi. Tahu bakar dia sangat sedap. Nie pun saya teringat-ingat lagi kesedapan tahu bakar tu. Kak wi, ingat dak lagi tahu bakar yg kita makan kat restorant nie…sedap kan ?


pic tahu bakar tak de ye…coz masa makan tahu bakar mama sedang terbakar melayan kelasakan irsyad…hehehe sabo je la..rasanya org2 bangi ramai yg tau kat mana restorant nie kan ? lain kali la ye saya buat entry fasal asam pedasnya…meletup tau !

 on the way balik umah…memasing dgn belon free…

 irsyad sedang berjoget...lagu maher zain

Wassalam.

* apsal saya panggil baby D…coz I’m very sure nama baby girl nie akan bermula dgn huruf D – dania, danisha, dahlia apa saja sebutan tapi pangkal mesti huruf D kan joe & fizah ?

* daghfal sangat gebusss...auntie geram la. rasa nak peluk kuat2 je..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan