Ahad, 2 Januari 2011

Pengalaman Kali pertama anakku masuk sekolah…

Salam,

Tetiba rasa sebak sangat. Rasanya baru semalam saya meneran kesakitan melahirkan anak pertama. Hari ini, dia telah melangkah masuk ke sekolah. Teringat saya hari pertama saya menghantar batrisyia ke taska selepas habis cuti bersalin 2 bulan, saya menangis kat office & resah tak tentu hala mengingatkan anak saya yg ditinggalkan di taska waktu tue….

Begitu cepat masa berlalu….kakak batrisyia kini dah berumur 4 tahun. kalau tahun 2011 dia dah berumur 5 tahun. Kami sepakat nak masukkan dia ke Krista Kindergarten kat Saujana Putra ni. Kindergarten nie kat belakang taska dia & adik duduk sekarang. Walaupun smart reader dekat dgn rumah kami kat area crystal nie, tapi kami lebih prefer Krista. Kami juga tak nak hantar dia ke kindergarten awal sangat. Takut dia cepat bosan kalau terlalu lama kat kindergarten. Dah la lepas tue berapa tahun pula dia akan menghabiskan alam persekolahan…tambah lagi sambung kat u/kolej. Jadi, biarlah dia bermain, bebas dan merasa seronok dulu. Mama tak kisah sayang, walaupun mama2 lain ramai yg bangga anak mereka umur 3 tahun dah pandai membaca. Mama nak anak mama jalani hidup dgn seronok, bahagia & tidak terlalu menekan di usia kanak2 nie. Tapi, kalau nak ambik SPM esok pun memain, haa…yg nie memang mama tak bagi muka tau..!!!

Orientation day bagi Krista Kindergarten pada 1 Jan 2011 arie tue. Hari sebelumnya saya dah ambilkan uniform, sport wear & beg tuk kakak batrisyia kat kindergarten tue. Tengok nie…kakak sangat excited dgn uniform & beg dia….



So, masa hari orentasi tue pepagi lagi kami dah bersiap. Siapkan kakak, bagi dia minum susu dulu then pakaikan kasut. Sebenarnya pepagi tue saya ada urusan. Urusan apa ?? korang baca kat next entry ye…tapi sebab ini adalah hari pertama anak saya akan bersekolah, tak kisahlah sekolah memain ke, sekolah makan ke..yg penting hari pertama dia ke sekolah saya mesti menemaninya untuk bagi semangat. hehehe…mama pulak terlebih excited kakak…


kakak request ngan mama suruh ambil pic dia sebelum pegi sekolah. kalau kakak tak request pun mama akan ambil pic kakak juga buat kenang-kenangan…


pic dlm keta. kitorang tak sempat pasang carseat adik..dekat je pun..tak sampai 5 minit. kakak yg nampak risau..adik lak tengah ‘usha’ beg kakak


tengok..! adik geram tak dapat beg la tue

Sampai kat kindergarten tue dah ramai parents yg ada. Mujur saya teringat ketika hari pertama setiap tahun persekolahan, ayah saya mesti letakkan tangan atas kepala saya. Dulu saya selalu mengelak. Bila tanya mak, rupanya ayah nak mendoakan saya. So, hari pertama persekolahan anak saya nie, saya buat perkara yg sama. Saya letak tangan atas kepala batrisyia dan berdoa agar terang hatinya, lapang dadanya dlm menerima ilmu, baik budi pekertinya di dalam pergaulan, mendengar kata guru dan semoga menjadi insan yg berguna kelak.
 

Hari pertama cikgu tolong bukakan kasut…hari kedua, ketiga dan seterusnya buka sendiri la kakak ye..


kakak kat pintu, muka cemas je…


tengok muka kakak…tak senyum langsung !

Anak saya agak gemuruh, sukar & tidak pandai memulakan perkenalan dgn kengkawan yg baru. Tapi bila dah kenal, ligat dia. Sebab tue, bila dia dikelilingi kengkawan yg baru, dia jadi sangat pendiam & pasif. Tak tau la terlalu pemalu atau kurang keyakinan diri…


sementara kakak di dalam kelas, adik seronok bermain di luar ye…


nie papan kenyataan kat luar kindergarten tue. Info pasal Krista tue. Krista nie banyak cawangan ye. korang boleh layari website dia kat http://www.krista.com.my/ . Banyak info boleh dapat fasal Krista nie.

kami tengok kakak dlm setengah jam, pas tue bagi tau kami balik dulu. Kakak nampak ok je…bebudak lain pun ok je. Cuma sorang je yg menangis…biasa la…bebudak kan..

Orentasi nie dari pukul 9 – 11. Sementara nak tunggu pukul 11 tue dada kami berdebar rasanya. Kitorang takut kalau balik nanti kakak cakap, ‘mama, kakak tak nak pergi sekolah tue la…’ haa…sudah, bukan senang nak pujuk kalau macam tue nanti. kaedah paksaan tidak sesuai dipraktikan, takut dia memberontak…

Tepat jam 11, kami pergi ambil kakak. First words yg keluar dari mulut comel kakak..

‘Mama, kakak seronok sekolah baru nie mama. Kakak belajar mewarna. Lepas tue cikgu bagi makan donut dgn minum air milo. Tapi kawan kakak kata air teh o. Kakak ada kawan baru mama tapi kakak tak tahu sape namanya…’

Alhamdulillah…lega mama bila kakak cakap macam tue. kawan kakak yg confuse air milo & air teh o tue tak pe la...esok bila pegi sekolah nanti cikgu tunjuk ajar dia. kawan kakak yg tak tahu nama tue, esok boleh tanya. yg penting esok kakak nak pergi sekolah lagi....

Saya juga pesan pada batrisyia kalau nak buang air, angkat tangan cakap dgn cikgu minta izin nak pergi toilet. Kalau jumpa kawan baru, salam tangan dan bagi tau nama dia pada kawan baru. Saya malas nak pesan bebanyak, dia kanak2 lagi…nanti stress lak…

Apa pun, pengalaman pertama nie pada saya amat teruja. Agaknya kalau hari pertama kakak masuk darjah satu nanti, mau mama pasang khemah depan sekolah tunggu kakak balik ! hehehe…mama kan jenis kelam-kabut & teruja tak tentu fasal…..

wassalam

* penduduk Bandar Saujana Putra…sape hantar anak dia kat Krista Kindergarten nie ? meh la kita berkenal-kenalan….

* kakak, bila kakak dah besar nanti kakak bacalah entry mama nie sayang. kakak akan tahu betapa excitednya mama bila anak mama mula bersekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan