Selasa, 11 Januari 2011

Tanya Sama Itu Hud Hud…..

Salam,

Masa menonton siaran langsung AJL25 hari tue, M.nasir ada perform lagu yg dia menang pada AJL 1994 iaitu lagu ‘Tanya Sama Itu Hud-Hud’. Masa dia bertanding lagu nie, saya baru berumur 14 tahun. Masa tue saya tak faham langsung dgn maksud lagu nie…ye la bebudak sekolah pendek akal lagi kan. saya ingat fasal cerita pahlawan yg kena bunuh, pancung kepala bagai. So, saya tertanya-tanya la apsal lak lagu kejam cam nie boleh menang AJL masa tue. Rupa-rupanya maksud di sebalik lagu ini….

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

       
Ada sebuah hadis yg diriwayatkan Rasulullah s.a.w pernah menyatakan bahawa umat Nabi Muhammad nanti akan terpecah kepada 73 golongan. Walau bagaimanapun hanya 1 golongan sahaja yg akan masuk syurga manakala 72 golongan lagi akan ke neraka. Kemudian para sahabat pun bertanya: "Siapa mereka ya Rasulullah?". Rasulullah menjawab: "Mereka yang mengikutiku dan sahabat-sahabatku".

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

         
Rangkap yg ini pula adalah berdasarkan karya Mantiq Al-Tayr (Musyawarah Burung) dari Fariduddin Attar. Di dalam karya ini ia menceritakan kisah perjalanan sekawan burung untuk mencari raja burung yang panggil Si Muraq di puncak Gunung Kaf. Sebelum mencari raja burung tersebut, mereka bermusyawarah dahulu. Perjalananan mencari raja burung tersebut dipimpin oleh burung hud-hud. Untuk sampai ke Gunung Kaf, burung2 itu perlu melalui tujuh lembah. Walau bagaimanapun, yg sampai ke Gunung Kaf dan berjaya menemui raja burung hanya 30 ekor sahaja.

karya Mantiq Al-Tayr 

Sebenarnya, cerita burung ini adalah simbolik dari pengalaman penulis karya tersebut, Fariduddin Attar di dalam mencari hakikat hidup sebenarnya. Tujuh lembah yang dikisahkan dalam cerita itu melambangkan tingkatan-tingkatan keruhanian yang telah dilalui Attar selama berkelana mencari hakikat hidup. Ketujuh lembah yang harus ditempuh untuk dapat bertemu dengan Sang Khalik itu adalah lembah pencarian, lembah cinta, lembah keinsafan, lembah kebebasan dan kelepasan, lembah keesaan murni, lembah kebingungan dan lembah ketiadaan.

Memandangkan saya tidak pernah membaca karya ini, saya tidak berani untuk mengulas lanjut. korang boleh la cari atau rujuk kepada pihak yg lebih arif ye…
              
Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih

Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

                  
Fariduddin Attar mencapai usia lebih dari 70 tahun dan meninggal dunia ketika berlakunya pembunuhan beramai-ramai bangsa Mongol Nishabur pada bulan April 1221. Makam Fariduddin Attar terletak di Nisyapur. Ia dibina oleh Ali-shir Nava'i pada abad 16 - sumber Wikipedia

Rangkap ini sebenarnya menceritakan kisah ketika Fariduddin Attar menjadi tawanan tentera Mongol semasa kempen Nishabur. Kisah kematiannya tidak dapat dipastikan kerana banyak bercampur lagenda dan spekulasi. Sebuah cerita terkenal tentang kematiannya, semasa Fariduddin Attar menjadi tawanan tentera Mongol seseorang telah  datang dan cuba untuk menebus dia dengan seribu keping perak. Fariduddin Attar menyarankan Mongol untuk tidak menjual dia untuk harga seperti itu kerana dia bernilai lebih dari itu. Tentera Mongol berfikir untuk mendapatkan jumlah wang yang lebih besar telah menolak perak tersebut. Kemudian, datang pula seorang yang lain, kali ini hanya menawarkan sekarung jerami untuk membebaskan dirinya. Fariduddin Attar kemudian mengatakan kepada tentera Mongol untuk menjual dia, kerana hanya untuk itu saja yang layak baginya. Marah kerana merasa seperti diperbodohkan, tentera Mongol telah memenggal kepala Fariduddin Attar.

Kerana peristiwa inilah, dituliskan ‘dalam kalut ada peraturan, peraturan cipta kekalutan..’ Algojo ni maksudnya tukang pancung kepala.

Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai

"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari"

"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari"


Bagi rangkap ini pula, saya dah terjemahkan maksud separuh lagu yg pertama..apa kata korang fikir pula rangkap2 terakhir nie…yg mana akhirnya ia adalah ditujukan pada diri kita sendiri….fikir-fikirkan lah ye…
Bagi maksud ‘Lang mensilang, Kui mengsikui’ maknanya orang tak macam orang, hantu tak macam hantu. Betul tak mr. ng ??? korang tanya la jiran2 1 malaysia korang ye…

Oh ya, kerana lagu ini juga saya mendapat ilham menulis sebuah puisi pada tahun 1995 dan menghantarnya ke syarikat penerbitan. Puisi tersebut telah disiarkan di dalam majalah Dewan Pelajar tahun 1995. Bayaran yg saya terima dari DBP utk puisi tue RM 30.00 je…Nanti la saya selongkar balik stor rumah kek palong tue yo nak cari balik majalah tue kalau ada…

Jgn tak caya ye anak2 mama semua, dulu mama kamu nie kuat berangan. Suka tulis puisi, cerpen & novel k…lepas kahwin dgn baba dulu, memula masuk rumah baba pening tengok buku2 puisi, novel2 yg penuh berkotak2. hiks…to my hubby…peringatan nie tau…sila jgn buang buku saya…kang saya bertukar jadi raksaksa gorgon nanti !

Wassalam.

* teringat kata2 m.nasir masa dia menang AJL 2009 untuk lagu ‘Andalusia’, katanya ‘akhirnya ada juga yg memahami & mengerti lagu saya ini’

Tiada ulasan:

Catat Ulasan