Selasa, 25 Januari 2011

Malam Jumaat…apam balik special

Salam,

korang jgn teruja terlebih pulak ekk….

saya sebelum nie asyik merengek kat laki saya nak makan apam balik. oit..nie tak der maksud tersirat tau !

so, jumaat mlm ada pasar tani kat putrajaya kan. Org putrajaya tau la kat mana. Depan kementerian kewangan tue. Tapi, coz masa nie adik dah ngantuk sangat nak tidur, maka jenjalan kat pasar tani/pasar mlm putrajaya adalah amat menyesakkan jiwa.

kami just beli buah, barang makan & kuih-muih sejuk beku tuk buat breakfast. bagi memujuk adik irsyad yg dah ngamok cam apa ntah, baba belikan la dolphin bagi dia tenang skit. tapiii….tak de makna nye nak tenang kalau irsyad dah ngantok.


nie dolphin yg dah terbiar kat umah tak dipedulikan. cam biasa pink kakak biru irsyad punya.

Dgn irsyad yg dah ngamok & baba yg resah nak tengok Raja Lwak 5 yg dah start, kami gegas balik. Nasib baik baba sempat belikan apam balik utk mama.

Sampai umah, bila saya buka apam balik, fuhh…meleleh coklat cair dan jagung manis. Rupanya baba belikan apam balik special. Memang special pun. Selain sangat sedap, ia juga berupaya menambah lemak & membesarkan lagi badan….

Pic tak de. Saya makan apam balik special sambil layan Raja Lawak 5 kat astro. Eh..apsal ekk lawak diorang saya rasa cam tak mengikut tema je. Lagi satu rasa macam lawak duplicate balik idea peserta raja lawak sebelum nie. Dan otak saya amatlah lembap nak menangkap peribahasa ke, simpulan bahasa atau bahasa kiasan David Teo. Perah otak saya tengok raja lawak nie….nak memikirkan apa maksud komen David. Saya rasa la kan…peserta raja lawak tue pun bukannya faham sangat apa david teo cakap..kan..kan

Dan di sebabkan saya perah otak tengok raja lawak nie, tambah lak lawak ulangan peserta terdahulu perut saya lapar balik…

Baba….mama teringin nak makan rojak buah pulak la…ada rojak buah special tak ??? hikss..!

wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan