Salam,
Nie sebenarnya entry tertangguh. Tak sempat nak kemas kini kan entry nie coz saya perasan busy kalah pak menteri…..
Sebenarnya 25 dec hari tue adalah hari pertunangan adik saya yg bongsu dan kenduri aqiqah. Kami buat serentak sekali.
Saya and hubby awal2 lagi dah ambik cuti 24 dec tue. Walaupun saya tahu cuti tahunan bagi team project yg tengah kritikal & rushing di bekukan, saya tetap hantar juga leave form kat bos. Alhamdulillah…cuti diluluskan.
Kami balik palong awal sebab nak tolong apa yg patut. Pepagi jumaat tue, subuh2 kami angkat anak2 yg sedang tido masuk kereta. Terus gerak balik. Kami memang suka gerak pepagi. Jalan tak jammed, tenang je. Sejuk pulak tue. Seronok tengok suasana berkabus kat jln bukit putus.
Irsyad & batrisyia bangun sedar2 dah ada kat juaseh. Memang tempat biasa kitorang berhenti breakfast kat kedai bawah pokok lepas simpang traffic light juaseh. Karipap kat sini sodap tau !!. Hubby siap tapau bawak balik palong. Pic tak ado yo kengkawan. Kalau kek kg, makan kek gerai topi jln pun nak ambil gamba memang kono chop alien banda la korang ! Lagi pun adik sibuk ajak main gelongsor kat kaki mama & baba. Biasa la bebudak. korang kalau ada anak kecik, tapi bilo time makan duduk ontok2 kek mejo makan tak bergerak memang la korang bertuah !!. Sama ado budak tue dari baka yg terdidik baik atau something wrong somewhere……
Time potang, sume adik beradik saya dah sampai. Last skali sampai adik lelaki saya Ajib’s family dari JB. Kitorang sume geram tengok kegebuan baby Fatin Nabilah. So, pe lagi reramai la berebut nak pegang & peluk dia. Baby Fatin baru sampai, apalagi terkejut terus meraung tak ingat punya. Dokek sejam la juga dia meraung. Lepas Fatin berhenti menangis, kitorang terus tak berani nak pegang lagi. Tengok & main cak cak dari jauh je la…
Baby fatin ngan ummi dia
Nie la lembu yg nak dikorbankan. tengok anak abg long saya, Saad yang bahagia tengok dok memfirekan lembu tue. Lembu tue mesti dok cakap dlm hati…hek eleh..den kono tambek cam nie buleh la ko nak fire-fire. Acu try tengok den kono lopeh an. Brani tak brani ko nak fire den….
Hubby & Amin tengah berusaha mengeluarkan peluh yg tersimpan selama ini….
Esoknya pepagi pak Imam dah dtg nak sembelih lembu. Kami buat juga majlis cukur jambul untuk baby Alisya pagi tue. Aqiqah kami buat kongsi buat utk anak2 adik beradik saya….
Irsyaduddin Mohd Syawal
Zaid Shaharnisam
Fatin Nabilah Jibnurdin
Jibnurdin Saharudin
Aleesya Syaqeera Ariana Ali Hanafiah
Terlebih 7 bahagian ?? zaid anak abg long saya dia dah buat 1 bahagian kambing masa umur 21 hari ari tue…
kumpulan marhaban....kerry & niah, korang golak an yo pak cik...?
Baby aleesya dlm buaian
Ni la baby Aleesya..mata ko dikk..takut mak lang !
irsyad dgn pak ngah..habis tumpah air milo kat baju irsyad
nie family belah hubby dari rompin, pahang. tengok batrisyia, tak mandi lagi tu, jumpa nabila bukan main seronok dia...
irsyad & rizqi main bersama tapi.....main masak2 ! ko biar betul dikk....
nie family belah hubby dari rompin, pahang. tengok batrisyia, tak mandi lagi tu, jumpa nabila bukan main seronok dia...
Tengah hari majlis pertunangan adik saya Ira. Kira ini adalah last majlis pertunangan dlm family saya. Tahun ini rasanya bulan oktober nanti majlis nikahnya. Insha Allah.
nie cincin tunang yo, bukan cincin lord of the rings tau...
yo lah, yo lah, ese paham tue..
kiro eh nie confirm la yo..bulan 10 kita langsung an...
sarung cincin...family lelaki dari simpang renggam, johor
dah beso adik bongsu saya nie. dulu masa dia baby saya la yg basuh lampin apa semua. dulu mana ada pampers pakai buang...kakaknya nie la yg dok sental baju muntah, lampin buang air semua...
nie hantaran dari pihak perempuan...
Pic makanan memang tak sempat nak ambil. Dgn irsyad lagi, sedara mara, nak melayan tetamu maka camera terbiar je kat bilik. Apa pun pada adik saya Ira selamat bertunang dan semoga cepat di satukan…..
jom tengok anak2 saudara saya....
jom tengok anak2 saudara saya....
baby Aleesya yg baru lepas cukur rambut. baru 40 hari umo dia
baby zaid baru 8 bulan
baby fatin nabilah baru 5 bulan
irsyad fengsan lepas kenduri...1 tahun 4 bln
rizqi baru bangun dari fengsan...1 tahun
anak2 saudara saya semua nyer kocik-kocik laie...paling besar pun sumayyah 6 tahun. so, kalau balik kg, memasing dok dukung anak je kejenye. Lepas habis kenduri hari tue, cuaca memang panas semua baby2 nie pakat-pakat buka baju tak tahan panas. cuma baby aleesya je sebab dlm pantang lagi.
Yg penting majlis habis dgn selamat....amin.
wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan