Ahad, 2 Januari 2011

Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia - Takziah kepada keluarga Faizal Yusof

Salam,


Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia

KUALA LUMPUR 1 Jan (Bernama) — Pelakon, Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak di sini akibat serangan jantung.

Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira 9 pagi akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan.

Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan. — Bernama

sumber – utusan Malaysia.

Saya bukanlah peminat allahyarham faizal yusof nie, tapi yg ingin saya ambil iktibar adalah di usia yg boleh dikatakan muda lagi ajal telah menjemputnya. Jadi, sama-sama la kita bermuhasabah diri ye…

wassalam

* to someone who know that I love u, please think 1,000,000 times before u want smoking more, more and more without stop. pleaseeeee………

Tiada ulasan:

Catat Ulasan