Ahad, 2 Januari 2011

Pendaftaran syarikat / register company

Salam,

01.01.11 nombor cantik kan…sape kahwin arie nie ???

So, bersempena nombor yg cantik ini saya mengambil peluang mendaftarkan perniagaan. sebenarnya dah lama nak register, tapi tengok cuti tahunan yg dah habis saya ingat nak register tahun depan. Bila saya dengar Suruhanjaya Syarikat Malaysia buka pada tarikh 1 jan 2011, terus saya register company. kalau korang nak tahu, pada hari-hari istimewa mean tarikh yg cantik & menarik, SSM akan buka kuanter pendaftaran bagi sesiapa yg berminat nak dapatkan pendaftaran pada tarikh tersebut. No extra charges ok…baik hati SSM nie…


Maka, kami sefamily gigih ke plaza alam sentral, shah alam nak daftarkan syarikat. Lepas ambil kakak dari orentasi kindergarten terus ke shah alam. Sepanjang jalan saya masih blur lagi nak letak nama company apa….pada saya gamble je pegi, sampai sana isi borang apa yg terlintas itulah yg akan saya tulis. Kalau masa tue, saya teringat periuk belanga, periuk belanga enterprise la saya letak. kalau saya tengah lapar teringat mushroom soup, mushromm super enterprise la saya tulis. Belasah je kan….hahaha…tak sememeh. Sebab pada saya nama company mungkin membayangkan identiti…tapi memandangkan ini adalah business permulaan & kecil-kecil, maka yg lebih penting adalah business itu sendiri & income yg masuk. Bila business dah maju baru tukar ke syarikat sendirian berhad & letak la nama gempak skit…tak gitu ???

Tapi, hubby saya skit punya stress nak fikir nama….bininya nie buat muka seposen je…hehehehe

SSM Cawangan Shah Alam

ok, pada korang yg baru nak register company atau daftarkan syarikat, cara-cara nak daftar syarikat memula korang boleh la check kat website SSM. korang google la ye…confirm kuar punya..akak tongah maleh nie ha…..

kat bawah nie adalah form-form yg korang kena isi nanti, tapi percayala…sonang yg amat…

memula isi form 42…korang kena letak tiga nama company pilihan korang. Attachkan dgn salinan ic korang depan belakang. Ini utk company enterprise milikan tunggal. kalau korang lakibini nak ada share kat company enterprise tue, korang kena attachkan sekali salinan surat perjanjian. Ye la…ini untuk security. kita tak tahu apa yg bakal berlaku di masa depan kan..

bila korang submit form tue, dia akan bagi nombor giliran & form tue boleh letak terus kat kaunter coz dia nak check nama company tue available ke tak. Pada masa yg sama korang kena isi form A – Pendaftaran Perniagaan Baru. Form ni lebih detail. Korang kena isi maklumat perniagaan, tarikh beroperasi, alamat, jenis perniagaan, cawangan dan detail pemilik.

lepas tue kalau nama yg korang bagi tadi available, pegawai akan panggil korang and inform. pas tue nama tue korang letak dlm form A tadi submit & bayar terus. Utk company enterprise, RM 70 setahun. murah je kan

Lepas tue korang boleh la main kejar-kejar (mengejar) dgn anak2 korang kat dlm tue…belum sempat korang dapat tangkap anak korang yg tengah berlari ke pintu keluar tue…sijil dah siap print. hehehe…korang mulakanlah business korang dgn lafaz Bismillah…insha allah…berjaya…

nie adik sedang berhenti rehat sebelum sambung balik main ‘polis sentri’ dgn baba kat SSM.  


wassalam.

* kitorang buat business apa ? jual belacan ngan potai yo dikk….cayo tak nie ????


Tiada ulasan:

Catat Ulasan