Salam,
Hari sabtu hari tue saya try buat kuih lapis kacang merah. Inti kacang merah memang saya dah buat lama sebabnya cadang nak buat pau kacang merah. Tapi sebab sifat malas lebih banyak dari sifat rajin dlm diri saya tetambah lak saya nie perasan sibuk je sepanjang masa maka projek tue tertangguh la.
Mlmnya saya cadang nak ke seremban rumah mak cik saya, so buat la kuih lapis kacang merah ntahapaapantah nie…
resipinya saya cilok dari kak MaDiHA. Kak, minta izin copy paste ye kak…
bahan-bahan kena sediakan.....
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
200ml santan
sedikit garam
1/2 cawan gula
400 gram pes kacang merah
pewarna merah dan kuning star brand
1 cawan air panas untuk larutkan gula
3 cawan air biasa
Cara nak masak :-
1 cawan tepung beras
200ml santan
sedikit garam
1/2 cawan gula
400 gram pes kacang merah
pewarna merah dan kuning star brand
1 cawan air panas untuk larutkan gula
3 cawan air biasa
Cara nak masak :-
1. Larutkan gula dengan 1 cawan air panas.Masukkan santan dan 3 cawan air.
Masukkan tepung dan kacau hingga sebati.Tapis adunan untuk hilangkan bintil-bintil yang tidak larut.
2. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Pertama, warnakan dengan 1/4 sudu teh pewarna merah, yang kedua ditambahkan dengan pes kacang merah dan dikacau hingga sebati, dan yang ketiga warnakan dengan 1/4 sudu teh pewarna kuning (yg nie saya tak de...tue yg putih pucat je tue)
3. Panaskan periuk pengukus & biar cukup panas. Sapu loyang dengan minyak masak supaya kuih tak melekat pada loyang nanti. Masukkan setengah daripada adunan warna merah ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit.
4. Buka penutup pengukus dan lap wap air pada penutupnya. Masukkan setengah daripada adunan yang dicampur pes kacang merah. Kukus 5 minit.Buka penutup pengukus dan lap wap air pada penutupnya.
5. Masukkan setengah daripada adunan warna kuning. Kukus 5 minit.Ulang langkah di atas untuk lapisan pes kacang merah, kuning dan akhir sekali merah.Setelah selesai semua lapisan, kukuskan lagi selama 30 minit.
6. Tunggu hingga BETUL2 SEJUK barulah dipotong. (sebab saya dah lambat nak gie rumah mak cik saya...pepanas saya potong...hancur...hiks!)
Nie lak kerepek pemberian mak cik saya. Mungkin dia nak balas balik kuih lapis ntahapaapantah saya tue kot...
Korang nak buat boleh ikut resipi asal kak MaDiHa tue ye. Tapi sebab saya tak de pewarna kuning, saya hentam je biar putih pucat. Tue gambar pun tengok cam tak der selera je nak makan kan … rasanya ..??? yg nie kena tanya juri masakan…anak2 saya & hubby. Anak2 sume, kalau korang komplen tak sedap mama majuk tak nak masak satu minggu tau ! hehehe…macam la hari2 masak….
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan