Salam,
sape dah pegi tengok konsert J2011 ? Angkat tangan sambil goyang2 macam dlm filem hantu kak limah tue….hehehe
Kebanyakan respon atau maklum balas menyatakan agak tidak berpuas hati atau tidak bersetuju dgn pemilihan lagu yg kurang popular….
Ermmm….rasanya abg Jamal dah inform kan dia ingin mencuba kelainan utk konsert kali ini dgn membawa lagu2 dari albumnya yg agak kurang popular. Ye lah, selama ini asyik bawa lagu2 popular je. Sampai peminat ingat itu je lagu2 yg abg Jamal ada. Pada hal banyak lagi lagu2 dari album2nya. Cuma tidak diketengahkan sahaja.
Tapi pada saya, penonton membayar tiket untuk melihat & mendengar apa yg mereka suka dan bukannya memaksa mereka menerima apa yg penyanyi itu sendiri suka. Apa pun ia ada pro & kontranya.
'Konsert J2011-Legenda' Hebat Tapi Kurang Menyerlah
Oleh KEMALIA OTHMAN
Dengan perhiasan pentas yang agak sederhana, persembahan yang diadakan khas kepada media pada malam Khamis, kurang menyerlahkan kehebatan penyanyi tersohor itu. Selain itu, dapat dilihat momentum persembahan yang diberikan juga kurang menarik perhatian penonton untuk turut berhibur bersamanya selama lebih kurang dua jam itu. Konsert J2011-Legenda itu berlangsung pada Jumaat hingga Isnin ini di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur ditaja sendiri oleh syarikat Jamal iaitu Bintang Channel Sdn Bhd. Konsert dengan iringan Orkestra Simfoni Kebangsaan pimpinan Eddie Marzuki itu terbahagi kepada tiga segmen. Bagi segmen pertama, penonton diperdendangkan dengan alunan lagu-lagu dalam koleksi album Jamal Abdillah bersama Medley lagu-lagu hitnya. Keseluruhannya Jamal menampilkan kira-kira 23 buah lagu popular daripada album-albumnya. Antara lagunya yang popular ialah Seniman Menangis, Sepi Seorang Perindu, Cinta Yang Terbiar, Takdir Penentu Segala, Sepi Seorang Perindu dan sebuah lagu baru iaitu Sueraya. Kehebatan persembahan berkenaan agak merudum apabila Jamal membariskan lagu-lagunya yang kurang hits seperti Cinta Selayang Pandang, Kalipso Tropikana, Kelukaanku Kerana Mu, Antara Yakin Dan Curiga dan Sikapmu Meragukanku. Manakala, Datuk Ahmad Nawab turut membuat penampilan khas di segmen kedua apabila turut mengiringi Jamal dengan iringan lagu-lagu bersama tiopan saksafon. Sementara bagi segmen ketiga, nostalgia lagu-lagu popular yang pernah dinyanyikan penyanyi kegemaran Jamal seperti Tan Sri P. Ramlee, M. Bakri, S. Affendi, Ismail Harun, Eddy Silitongga dan Datuk Ahmad Jais. Bagaimanapun, kemerduan suara penyanyi ini sememangnya tidak dapat dinafikan mampu menarik peminat setianya untuk datang ke setiap persembahan yang diadakan. Tiket-tiket bagi menyaksikan persembahan berkenaan dijual dengan harga RM85, RM105, RM135, RM255 dan RM305. Konsert tersebut berlangsung di Istana Budaya bermula 7 Januari sehingga 10 Januari ini. |
petikan berita dari mStar Online. Pic & news credit to mStar Online
Wassalam
* hari nie last day…korang pegi tak ??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan