Selasa, 11 Januari 2011

Beruk Malaysia….tak fasal-fasal je kan…

Salam,

rasanya ramai yg dah tahu kan….ok la bagi yg tak tahu cuba korang buat nie..

buka google search..taip beruk…tengok apa benda pertama yg keluar ?

 walaupun aku beruk tapi.....

Korang gelak ye…kena saman kang weyy…

Rasanya ini bukan isu konspirasi pihak google tapi berpunca dari sifat lepas kata pihak tersebut. Ingat lagi pada kata-katanya ketika berucap menggulung perbahasan di perhimpunan Pemuda Umno di PWTC ?. “Saya cabar pembangkang, jangan jadi beruk-beruk di jalanraya tetapi bertanding dalam gelanggang pilihanraya umum," Dia telah mem’beruk’kan peserta perhimpunan Bersih ketika itu.

Akibatnya, ramai blogger politik terutamanya tidak berpuas hati dgn kenyataan tersebut. Apa saja entry berkaitan dia telah disinonimkan dgn beruk. Itu tidak termasuk forum-forum sedia ada yg melawakkan peristiwa tersebut dan memasukkan namanya dgn perkataan beruk. Oleh kerana terlalu banyak words namanya dan perkataan beruk di satukan, enjin pencarian google membacanya sebagai beruk. Itulah yg keluar bila korang search beruk di google.

Mungkin kata2 itu lebih tajam dari mata pedang. Pena yg menulis juga lebih berkuasa dari sebilah pisau…dan kini jgn lupa pada kuasa blogger internet !

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan