Isnin, 10 Januari 2011

Keputusan AJL25…

Salam,


Ramainya tak puas hati bila si ana raffali menang kan ?

Masa saya tengok barisan juri and M. Nasir pulak jadi ketua juri, saya dah terfikir yg band indie tak kan jadi juara mlm nie. M. Nasir kan suka lagu jiwa yg penuh dgn simbolik dan bahasa metafora. Lagu-lagu yg penuh puitis dan memberi maksud yg berdalam pasti akan menang. Tapi tak pulak saya sangka yg si ana raffali yg akan menang…


Yang lain-lain saya boleh accept lagi, but bila ana raffali juara….erm…apa lagi nak di kata. Dah rezeki dia kan..Keputusan kontroversi nie mengulangi kembali keputusan pada AJL 2002 di mana nurul & ajai menang besar dgn lagu keliru mengalahkan siti nurhaliza, ziana zain & liza hanim yg lagu mereka 10x mantap dari lagu keliru tersebut. Rasanya sampai sekarang peminat AJL masih tidak dapat menerima kemenangan keliru pada mlm tersebut.

Bab pengacara pulak, rasanya cukuplah setakat ini trio 3 org tue. Pada saya mlm tadi gimik mereka tidak menjadi, lawak yg tak ada sesiapa yg gelak kecuali lawak broken English yg ala-ala je…info tak banyak selain dari mengutuk sesame sendiri.

Lenlain, best la. Pentas pun cantik…persembahan mantap & bertenaga.

Kalau saya jadi juri (bagi la saya berangan jap kengkonon pandai muzik…) keputusan saya..

Pertama : Hanyut – Faizal Tahir
Kedua : Drama King – Meet Uncle Hussein
Ketiga : Cinta Sempurna - Yuna

Vokal terbaik : Black – Sofea Jane
Persembahan terbaik : Hanyut – Faizal Tahir

Apa pun, keputusan dah diumumkan. Suka atau tidak kita kena terima. Kalo tak puas hati, korang sila buat lagu sendiri, masuk bertanding pulak tahun depan ye…

Wassalam

* kesian ana raffali, masa perform lepas announce dia menang ramai penonton pakat booo, membaling kerusi dan pakat reramai keluar stadium tanda tak puas hati. Penonton Malaysia…jgn la macam tue….sian kat ana raffali tue…trauma dia nanti weyy…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan