Jumaat, 28 Januari 2011

Mengenali Tan Sri Musa Hasan

Salam,

Hari tue ada pemeriksaan tapak untuk penyerahan projek. So, Tan Sri Musa Hasan turun site lawat projek kami. Memandangkan Tan Sri tidak lagi memegang jawatan Ketua Polis Negara, maka kehadirannya di situ diminta untuk tidak diwar-warkan dan tidak mahu sebarang sambutan dari anggota PDRM. Malah kedatangan Tan Sri Musa Hasan bukanlah di atas nama PDRM tetapi klien projek kami tersebut.

Saya stand by kat site as contractor kan…kang kena tanya tak tahu nak jawab berasap la sensorang kat situ. Dlm bayangan saya, mesti Tan Sri Musa Hasan nie seorang yg tegas, cakap direct, nak jawapan yg cepat & padat. Ye la bekas ketua polis negara kan….

Tapi, rupa-rupanya tidak sama sekali. Tak tau la kalau dgn org lain. Kali pertama berjumpa, walaupun Tan Sri telah berumur 59 tahun tetapi beliau sangat tough orgnya serta tinggi. Malah, jauh dari jangkaan saya, Tan Sri sebenarnya seorang yg friendly, mudah mesra, boleh di ajak bergurau serta bukannya serius 24/7. Namun, ketegasannya tetap terpancar pada wajah dan tingkahlakunya.

Sebelum meeting bermula, kami berbual dan mendengar kisah pengalaman Tan Sri Musa Hasan ketika mula2 berkhidmat dengan PDRM. Tan Sri pernah tinggal di Melaka satu ketika dulu berhampiran tapak projek kami dan masih mengingati bangunan sekitarnya. Tan Sri juga amat menjaga kesihatannya. Tan Sri menceritakan ketika beliau baru selesai menjalani satu pembedahan, Tan Sri menyertai pertandingan marathon sejauh 5km dan telah berjaya mendapat tempat apabila menyempurnakan larian dalam masa 20minit. 5km selama 20minit ?. Kalau saya, putus nafas weyyy….badan gemuk cam nie tak larat nak lari 1 km apatah lagi suruh lari 5 km....fengsannn

Setahu saya Tan Sri seorang heavy smoker, namun sepanjang beliau berada di tapak projek kami tidak sekali pun beliau merokok. Mungkin Tan Sri dah berhenti merokok selepas menjalani pembedahan jantung dahulu.

Ketika meeting berlangsung, Tan Sri meminta dibuatkan kopi o tanpa gula. Selepas meeting saya try tuang secawan & minum kopi o tanpa gula tue…eeee…amat pahit ok !.

Sekitar lawatan tapak bersama Tan Sri Musa Hasan





Oh ya, walaupun Tan Sri tidak lagi memegang jawatan ketua polis negara, namun saya melihat anggota PDRM sangat menghormati Tan Sri Musa Hasan. Mungkin kerana jasa perjuangan dan usaha Tan Sri menjaga kebajikan anggota PDRM ketika memegang jawatan KPN dulu menyebabkan Tan Sri begitu dihormati walaupun ada juga yg tidak suka. Biasa la, bila kita di atas pasti ada yg suka dan ada juga yg membenci.

Apa pun pada saya ini adalah pengalaman yg amat menarik dlm hidup saya mengenali seorang bekas ketua polis negara satu ketika dulu.

Wassalam.

* Tan Sri Musa Hasan memberi nasihat agar mengurangkan gula dlm pemakanan serta mengamalkan cara hidup sihat....saya cuba ye Tan Sri......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan