Ahad, 30 Januari 2011

Kuih lapis ntahapaapantah…..

Salam,

Hari sabtu hari tue saya try buat kuih lapis kacang merah. Inti kacang merah memang saya dah buat lama sebabnya cadang nak buat pau kacang merah. Tapi sebab sifat malas lebih banyak dari sifat rajin dlm diri saya tetambah lak saya nie perasan sibuk je sepanjang masa maka projek tue tertangguh la.

Mlmnya saya cadang nak ke seremban rumah mak cik saya, so buat la kuih lapis kacang merah ntahapaapantah nie…


resipinya saya cilok dari kak MaDiHA. Kak, minta izin copy paste ye kak…

bahan-bahan kena sediakan.....

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
200ml santan
sedikit garam
1/2 cawan gula
400 gram pes kacang merah
pewarna merah dan kuning star brand
1 cawan air panas untuk larutkan gula
3 cawan air biasa

Cara nak masak :-

1. Larutkan gula dengan 1 cawan air panas.Masukkan santan dan 3 cawan air.
Masukkan tepung dan kacau hingga sebati.Tapis adunan untuk hilangkan bintil-bintil yang tidak larut.

2. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Pertama, warnakan dengan 1/4 sudu teh pewarna merah, yang kedua ditambahkan dengan pes kacang merah dan dikacau hingga sebati, dan yang ketiga warnakan dengan 1/4 sudu teh pewarna kuning (yg nie saya tak de...tue yg putih pucat je tue)

3. Panaskan periuk pengukus & biar cukup panas. Sapu loyang dengan minyak masak supaya kuih tak melekat pada loyang nanti. Masukkan setengah daripada adunan warna merah ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit.

4. Buka penutup pengukus dan lap wap air pada penutupnya. Masukkan setengah daripada adunan yang dicampur pes kacang merah. Kukus 5 minit.Buka penutup pengukus dan lap wap air pada penutupnya.

5. Masukkan setengah daripada adunan warna kuning. Kukus 5 minit.Ulang langkah di atas untuk lapisan pes kacang merah, kuning dan akhir sekali merah.Setelah selesai semua lapisan, kukuskan lagi selama 30 minit.

6. Tunggu hingga BETUL2 SEJUK barulah dipotong. (sebab saya dah lambat nak gie rumah mak cik saya...pepanas saya potong...hancur...hiks!)

 Nie lak kerepek pemberian mak cik saya. Mungkin dia nak balas balik kuih lapis ntahapaapantah saya tue kot...


Korang nak buat boleh ikut resipi asal kak MaDiHa tue ye. Tapi sebab saya tak de pewarna kuning, saya hentam je biar putih pucat. Tue gambar pun tengok cam tak der selera je nak makan kan … rasanya ..??? yg nie kena tanya juri masakan…anak2 saya & hubby. Anak2 sume, kalau korang komplen tak sedap mama majuk tak nak masak satu minggu tau ! hehehe…macam la hari2 masak….

Wassalam.

Jawapan apakahhh ????

Salam,

di satu mlm yg hening….

si isteri sedang leka membasuh pinggan mangkuk…tetiba terdengar suara sang suami…

suami : sayang, kenapa perut abg nie tak turun2 ? dah penat berkayuh berpuluh-puluh kilometer. Perut nie tak turun pun..makin besar ada la…

tanya sang suami yg dah makan 2 pinggan nasi ketika makan mlm bersama keluarganya mlm itu dan kemudian keluar ke kedai membeli ‘oblong’ untuk supper dan ketika ini sedang mengunyah buah pisang sambil minum kopi susu yang manis lemak berkrim….

pada pendapat korang la kan…apakah ayat paling baik, mantap dan penuh jujur bagi menjawab pertanyaan sang suami tanpa melukakan hatinya..??

hikss..i'm sorry honey...

wassalam

Jumaat, 28 Januari 2011

Mengenali Tan Sri Musa Hasan

Salam,

Hari tue ada pemeriksaan tapak untuk penyerahan projek. So, Tan Sri Musa Hasan turun site lawat projek kami. Memandangkan Tan Sri tidak lagi memegang jawatan Ketua Polis Negara, maka kehadirannya di situ diminta untuk tidak diwar-warkan dan tidak mahu sebarang sambutan dari anggota PDRM. Malah kedatangan Tan Sri Musa Hasan bukanlah di atas nama PDRM tetapi klien projek kami tersebut.

Saya stand by kat site as contractor kan…kang kena tanya tak tahu nak jawab berasap la sensorang kat situ. Dlm bayangan saya, mesti Tan Sri Musa Hasan nie seorang yg tegas, cakap direct, nak jawapan yg cepat & padat. Ye la bekas ketua polis negara kan….

Tapi, rupa-rupanya tidak sama sekali. Tak tau la kalau dgn org lain. Kali pertama berjumpa, walaupun Tan Sri telah berumur 59 tahun tetapi beliau sangat tough orgnya serta tinggi. Malah, jauh dari jangkaan saya, Tan Sri sebenarnya seorang yg friendly, mudah mesra, boleh di ajak bergurau serta bukannya serius 24/7. Namun, ketegasannya tetap terpancar pada wajah dan tingkahlakunya.

Sebelum meeting bermula, kami berbual dan mendengar kisah pengalaman Tan Sri Musa Hasan ketika mula2 berkhidmat dengan PDRM. Tan Sri pernah tinggal di Melaka satu ketika dulu berhampiran tapak projek kami dan masih mengingati bangunan sekitarnya. Tan Sri juga amat menjaga kesihatannya. Tan Sri menceritakan ketika beliau baru selesai menjalani satu pembedahan, Tan Sri menyertai pertandingan marathon sejauh 5km dan telah berjaya mendapat tempat apabila menyempurnakan larian dalam masa 20minit. 5km selama 20minit ?. Kalau saya, putus nafas weyyy….badan gemuk cam nie tak larat nak lari 1 km apatah lagi suruh lari 5 km....fengsannn

Setahu saya Tan Sri seorang heavy smoker, namun sepanjang beliau berada di tapak projek kami tidak sekali pun beliau merokok. Mungkin Tan Sri dah berhenti merokok selepas menjalani pembedahan jantung dahulu.

Ketika meeting berlangsung, Tan Sri meminta dibuatkan kopi o tanpa gula. Selepas meeting saya try tuang secawan & minum kopi o tanpa gula tue…eeee…amat pahit ok !.

Sekitar lawatan tapak bersama Tan Sri Musa Hasan





Oh ya, walaupun Tan Sri tidak lagi memegang jawatan ketua polis negara, namun saya melihat anggota PDRM sangat menghormati Tan Sri Musa Hasan. Mungkin kerana jasa perjuangan dan usaha Tan Sri menjaga kebajikan anggota PDRM ketika memegang jawatan KPN dulu menyebabkan Tan Sri begitu dihormati walaupun ada juga yg tidak suka. Biasa la, bila kita di atas pasti ada yg suka dan ada juga yg membenci.

Apa pun pada saya ini adalah pengalaman yg amat menarik dlm hidup saya mengenali seorang bekas ketua polis negara satu ketika dulu.

Wassalam.

* Tan Sri Musa Hasan memberi nasihat agar mengurangkan gula dlm pemakanan serta mengamalkan cara hidup sihat....saya cuba ye Tan Sri......

Tak puas ati tau….

Salam,

saya sangat tak puas hati tau...

Dia kata tak pandai masak. o.k. Sama cam saya juga la..

Tapi kan….setiap kali dia cuba resipi baru mesti menjadi tau. Malah kengkadang tue rasa masakannya dah macam chef hotel 4 bintang pulak. padahal baru first time masak katanya….

Kalau buat gubahan pun sama. Dia kata tangan keras tak de seni. Saya pun ok la tak de rasa rendah diri sangat coz saya memang tangan tak berseni. Kidal pulak tue !

Tapi kan…setiap kali dia buat gubahan atau decoration semua menjadi. Cantik sangat. Kalau ambil gambar memang sejibik macam dlm majalah.

So, sebenarnya dia tue memang tak pandai tapi ada bakat atau sekadar menjaga hati saya saja ???

Eeeee….tak puas hati la.

wassalam.

Rabu, 26 Januari 2011

Shooting kat site ???

Salam,

saya sedang kumpulkan semua photo project melaka dari start projek sampai hand over project utk simpanan pihak klien.

Tapi kan…baru saya perasan ada beberapa keping photo dari pc site office saya yg agak mencurigakan…

Korang tengok photo2 kat bawah nie ekkk….







Bila saya check ngan senior site supervisor kat site baru dia ngaku ada krew buat shooting tak tau la buat shooting filem ke, drama ke, dokumentari ke kat site masa projek sedang berjalan. Korang tengok site staff saya yg baju putih tue, kemain lagi berposing ngan krew tue.

Oooo….mr. lee, patut la projek lambat siap. U gie shooting flim kat site ye….

Masalahnya kan…HQ lansung tak dimaklumkan mengenai perkara ini. Malah pihak klien pun tak tahu rasanya. Tak ada sebarang surat tue utk makluman buat shooting kat site. Bukan apa, tapak bina ini antara tempat yg berisiko. Org awam tidak boleh sesuka hati keluar masuk tapak bina. Kalau apa-apa berlaku di dalam tapak, siap la kontraktor. Kena mengadap JKKP, Klien, End User, PBT. Padahal dah terang2 sign board kat luar DI LARANG MASUK.

Bukan tak pernah syarikat kena saman. ko bayangkan, kitorang pernah buat projek jalan. Belum siap pun lagi. Belum turap premix lagi. Sebagai langkah keselamatan, off course ada sign board & segala neka benda safety yg dipasang di tapak bina bagi memaklumkan dan menghalang org awam masuk ke kawasan tue. Ada la sorang minah nie. Duduk dekat area projek jln yg kitorang buat. Satu pagi tue, dia terlambat pegi keje. Nak cepat & jln shortcut punya pasal, di bantainya masuk ke kawasan tapak bina kitorang. Dah tue, dia nie tunggang motosikal. Maka jatuh la kat dlm kawasan tapak bina kitorang, patah kaki. Kebetulan pulak dia keje kat off lawyer, di samannya kitorang !
Undang2 kat Malaysia kata, tak kira sapa salah sapa betul, kalau ada org tercedera di kawasan tapak bina, maka kontraktor yg menjalankan kerja di tapak bina tue wajib bayar ganti rugi. Free je minah tue dapat claim insurance kitorang.

So, kepada korang semua kalau nampak tapak pembinaan tue. Jangan la cuba2 nak masuk dlm tue sesuka hati buat lawatan tapak. Jumpa dulu pegawai tapak bina, minta izin. Nie selalu bebudak praktikal main serbu je masuk site ambil gambar. Lain la korang penguatkuasa nak tangkap pendatang tanpa izin. Itu pun korang kena tunjukkan kad kuasa tau.

Wassalam

* Besok pagi Tan Sri Musa Hasan turun site melaka, tabik hormat Tan Sri !!

BSP - NILAI 3 – SENAWANG – PORT DICKSON

Salam,

Hujung minggu yg best & tak best.

Yang bestnye…

Hari sabtu mama nak jumpa supplier ambil barang. Memula janji nak dtg rumah tapi tak jadi. Akhirnya hello, hello…jumpa la kat Nilai 3. Sebab family kami nie jarang sangat berjalan, maka kat Nilai 3 pun boleh sesat okeyy..

Thanks kak Linda. Jumpa juga kita akhirnya. Cuma tak boleh lelama je coz anak2 mama amatlah tak memberi peluang tuk mama beramas mesra ngan kak Linda. Insha Allah kak, nanti kita jumpa lagi ye. Thanks juga utk zuraida yg sudi jemput dtg ke rumah. Nanti kita beramas mesra dlm kedai kat sinun tue ye…

Dari Nilai 3 kami pecut ke senawang jumpa mak teh dan customer. Saya baru nak memulakan langkah business nie, so agak kelam kabut dan lintang pukang skit urusan. Tak pe, belajar dari pengalaman. Apa pun sangat seronok sebenarnya buat business. Semoga Allah memberkati usaha ini, memberi kesabaran dan kekuatan melaksanakan urusan ini dan memurahkan rezeki saya. Ini semua demi anak-anak dan keluarga yg sangat saya sayangi. Amin….

Plan asal sebenarnya dari senawang saya ajak hubby pergi lepak kat pantai PD. Petang nanti baru balik rumah. Tapi hubby call adik dia tanya ada bilik kosong tak coz adik hubby keje kat hotel Port Dickson. Sekali tengok ada bilik kosong, maka kitorang tido la kat PD, kat sini…

 Adik hubby keje kat sini so, kitorang dapat rate yg teramat la murahnya. Korang jgn tanya berapa kang tersedak lak kang...hehehe.....nak murah ??? gie la ngorat adik ipar saya tue. dengarnya single lagi....

 nak tidur, kami tolak katil bagi bercantum dapat la saiz besar dari king size. Cukup la empat beranak tido sekatil.

 Masa nie baru sampai. Kakak dah tukar baju nak gie mandi kolam. Macam biasa, bebudak nie kalau tidur kat hotel tak sah kalau tak bergusti adik beradik & main lompat2 atas katil..

 Ruang makan...simple je kan...

Ruang dapur. Tapi tak de dapur gas la...korang rajin sangat ke memasak ??? Akak nie pemaleh dikk...

 Ruang tamu. Cuba tengok meja tue. Habis runtuh kat bahagian bawahnya dikerjakan dek anak2 saya. Eh, Din tolong kawtim ngan hotel ekk..tak boleh nak control la bebudak nie..

Nie anak2 saya dok berjoget lagu nobody, nobody but u....

 TV yg tak sempat pun nak tengok

Lepas check in & solat Asar, hubby terus bawa anak2 mandi kolam. Kemain seronok lagi bebudak nie padahal memasing sangat la lapar coz tak makan tengahari sebab sibuk ikut mama buat business…

Makan malam kat Nasi Kukus Ayam Panggang Batu 4 dgn adik ipar saya, Adik Din. Sebab kami sekeluarga tak sempat makan tengahari, makan nasi kukus itu sangatlah sedapnya sampai kakak & baba tumpahkan air sendiri ye…..eh, din bila nak naik pelamin ye ? kerry dah tak lama...

Malamnyer, pukul 9 lebih semua dah tido. Sangat letih & ngantuk.

Bangun pepagi, turun ke pantai nak breakfast.

kakak yg dah puas tido. kemain lagi tak sabar nak mandi kolam ye..

mama, cepat la skit...bebel kakak

adik ajak main ba..cak !!

adik tengah usha pasir kat situ

tengok tue, irsyad nak lepas tangan. tak mau org pegang dia....

irsyad dapat pasir macam dapat ais-krim. puas kakak tolong bersihkan tangannya

dua beradik je ker...??? irsyad comot la..

kakak peluk irsyad kekuat tak mau bagi adik main pasir

irsyad & baba

tengok tue...irsyad jerit nak lepaskan diri coz dia tak boleh tahan tengok pasir tue. 

mama take over pegang irsyad pulak...

korang agak la kan....apa yg tengah difikir dek budak kecik nie....

menu breakfast mama

menu breakfast baba. kakak lak makan telur rebus je campur kicap. jgn tak caya 3 biji telur dia boleh habis sekali hadap

Kitorang breakfast beehun goreng kosong, nasi lemak sambal sotong, telur rebus 2 biji, teh tarik & milo tarik. total semua rm 9.00. mahal kan ?. masa saya pegi bayar tue terdengar staff dia beborak. mungkin budak tue baru keje so dia tanya la kat budak sorang lagi tue berapa rege nak bagi customer. korang tau jawapan dia apa ? kalau org sini nasi lemak biasa rm1.50. org luar rm 2.00. patutkah macam tue...dik, ko tak adil la dik. pilih kasih. kalau akak nie dari oversea boleh la caj cenggitu. nie akak org local. akak asal negeri sembilan tau...akak bukannya jutawan power root dik nak caj memahal...ceh ! tetiba jutawan power root lak kan....


Lepas breakfast terus pergi kolam berendam. Irsyad sangat berani. Dia tak nak pakai pelampong. Umur baru setahun, tapi dia nak berlari & melompat dlm kolam tue tanpa org pegang. Geram betul ngan Irsyad nie. Dah tue siap nak panjat tangga naik main gelongsor air tue. Sikit pun tak takut gelongsor tue tinggi. Kalau umur setahun dah macam nie perangai, mama boleh bayangkan lagi setahun dua mesti sompot dado den ni haa…




Saya & hubby bagi anak2 main kolam sampai letih. Tapi masalahnya matahari dah naik panas terik, anak2 tak nak keluar gak dari kolam….

Tengah hari check out dari hotel. Thank's pak teh coz sudi layan kitorang sepanjang kat hotel nie.
Ok la…

Yang tak best nye…

emmm…..apa ye…baba tolong isi tempat kosong nie….

wassalam

Selasa, 25 Januari 2011

Malam Jumaat…apam balik special

Salam,

korang jgn teruja terlebih pulak ekk….

saya sebelum nie asyik merengek kat laki saya nak makan apam balik. oit..nie tak der maksud tersirat tau !

so, jumaat mlm ada pasar tani kat putrajaya kan. Org putrajaya tau la kat mana. Depan kementerian kewangan tue. Tapi, coz masa nie adik dah ngantuk sangat nak tidur, maka jenjalan kat pasar tani/pasar mlm putrajaya adalah amat menyesakkan jiwa.

kami just beli buah, barang makan & kuih-muih sejuk beku tuk buat breakfast. bagi memujuk adik irsyad yg dah ngamok cam apa ntah, baba belikan la dolphin bagi dia tenang skit. tapiii….tak de makna nye nak tenang kalau irsyad dah ngantok.


nie dolphin yg dah terbiar kat umah tak dipedulikan. cam biasa pink kakak biru irsyad punya.

Dgn irsyad yg dah ngamok & baba yg resah nak tengok Raja Lwak 5 yg dah start, kami gegas balik. Nasib baik baba sempat belikan apam balik utk mama.

Sampai umah, bila saya buka apam balik, fuhh…meleleh coklat cair dan jagung manis. Rupanya baba belikan apam balik special. Memang special pun. Selain sangat sedap, ia juga berupaya menambah lemak & membesarkan lagi badan….

Pic tak de. Saya makan apam balik special sambil layan Raja Lawak 5 kat astro. Eh..apsal ekk lawak diorang saya rasa cam tak mengikut tema je. Lagi satu rasa macam lawak duplicate balik idea peserta raja lawak sebelum nie. Dan otak saya amatlah lembap nak menangkap peribahasa ke, simpulan bahasa atau bahasa kiasan David Teo. Perah otak saya tengok raja lawak nie….nak memikirkan apa maksud komen David. Saya rasa la kan…peserta raja lawak tue pun bukannya faham sangat apa david teo cakap..kan..kan

Dan di sebabkan saya perah otak tengok raja lawak nie, tambah lak lawak ulangan peserta terdahulu perut saya lapar balik…

Baba….mama teringin nak makan rojak buah pulak la…ada rojak buah special tak ??? hikss..!

wassalam

Jumaat, 21 Januari 2011

travel, travel, travel….

salam,

Saya rasa sangat letih. Dah dekat 3 minggu asyik travel je tetiap minggu. Bangun pepagi, pukul 7 pagi dah keluar rumah untuk outstation. Mujur la ada super daddy yg boleh handle situasi kelam-kabut waktu pagi. tq sooooo…..much hubby. I luv u tau…

Tetiap minggu saya turun melaka attend meeting dgn Datuk, site inspection, site valuation, dan segala benda tion…tion…tion…

Ada satu meeting yg paling saya tension, pukul 9 pagi dah kena terpacak kat bangunan xxxxxxxxxx, melaka. Tapi meeting start pukul 9.30 pagi walaupun dlm memo kata pukul 9 pagi. Lepas tue meeting bla,bla, bla dlm 5 ke 10 minit. Berhenti makan breakfast dulu yg dah sedia atas meja. Saya ingatkan sambung meeting balik. Rupanya habis terusss !!! Korang bayangkan meeting 5 minit je…saya punyalah berkejar dari KL nak ke melaka…5 minit je meeting. Memang la….eeeeeeiii…

Tapi hari nie memang saya amat letih coz saya kena pandu kereta sendiri. Biasanya saya pergi dgn contract manager atau buss. dev. manager. Tapi hari nie pandu kereta sendiri coz  cm saya kena direct ke johor. Mujurla saya tak sesat dlm melaka. Tapi saya rasa drive kat melaka senang je. Mana2 ko pergi ada sign board. Cuma berpusing-pusing je la…

Saya drive hari nie sangatla mengantuknya. Boleh pagi tadi pukul 5 Irsyad bangun ajak tengok tv. Kitorang mata dah macam zombie dah waktu tue tengok Irsyad. Sudahnya, saya buat susu tutup lampu biar Irsyad mengomel sensorang dia dlm gelap tue. Oh, Irsyad sekarang sangat becok. Tak macam kakak masa kecik dulu. Irsyad nie dia akan bercakap je kengkadang tue non stop lama plak tue. Irsyad tak peduli org faham ke tak faham cakap dia…dia akan terus bercakap. Banyak juga perkataan yg dia dah boleh sebut. Malah dia faham bila kita bagi sesuatu arahan tue pada dia. Tapi, bila korang dengar irsyad membebel bahasa dia memang comel…

On the way balik tadi, saya singgah jap kat hentian ayer keroh arah utara. Lapar + ngantuk weyy…7 pagi keluar rumah tak makan apa sampai pukul 12 tgh.

 Nie tempat makan kasta tinggi

Nie tempat makan org kebanyakan…

Hehehe…korang jgn caya propa saya tue. Cuma saya rasa kat atas tue tempat ekslusif skit kot. Rege tak tau plak coz saya makan kat tempat org kebanyakan. Sebenarnya saya cari gerai tepi jln yg ada jual memacam benda seperti buah, makanan ringan, dodol, cencaluk, etc…tapi tengok kat jln dah clear tue yg masuk kat dlm tue tinjau apa ada. rupanya diorang dah dipindahkan masuk kat situ. Tapi yg paling tak patut gerai buah di letakkan di tempat tersorok. kat hujung tempat makan tue…mengadap ke toilet pulak tue. Kalau org tak pergi toilet tak tau situ ada gerai buah…rasanya sesuatu perlu dilakukan di situ…

 saya beli sesuatu…ce teka apa dia ???

cencaluk & belacan bakar ! akak nie selera kg dik..

cencaluk nie kalau potong bawang, hiris cili padi, perah sikit asam limau pas tu gaul. Makan dgn nasi panas…fuhh…sodap tau..!!

Tapi kan apsal saya rasa cam mahal je dua barang nie. Cencaluk sebotol RM 3.50 belacan bakar RM 2.50. Standard price ke ??? tak kot coz pasar mlm lagi murah rasanya….

Saya drive balik dgn kelajuan 110km/j. Tak kuasa akak nak tekan minyak 140km/j dik. Kena saman kang dah tak de diskaun dah…

Ingat…biar lambat cam kengkura tapi Insha Allah selamat…daa…

Wassalam

 * next week kena out-station lagi pepagi…huhuhu…tak pe la. sekurang-kurangnya saya masih ada kerja kan...alhamdulillah.

Rabu, 19 Januari 2011

Org buta jalan…cenggini la ye..

Salam,

walaupun saya nie duk kat selangor dan selalu gie kl, tapi tiap kali nak masuk kl sure sesat punya. Semalam saya kena ke consultant office submit claim kat Wisma Central. Sebab saya nie buta jalan…so guna la technology yg ada ni kat hp nie ha..cik garmin.

Masalahnya cik garmin nie….ada mengong skit. Dah lepas simpang masuk baru suruh turn left la…turn right la…pas tue bila saya ikut jalan lain…dia tak kira suruh gak saya pusing balik ikut jalan dia. Ada satu kali kat jalan sultan ismail tue, di suruhnya rempuh bangunan. Nak saya accident apa ?? pas tue bila jalan jammed, tak henti-henti suruh jalan pulak. Bila lalu bawah pokok, no coverage….

Sudahnya saya sesat dlm kl dekat 40 minit gak. Padahal nak ke wisma central tue je yg sebelah klcc. Puas la saya mendongak cari mana la puncak bangunan tertinggi Malaysia tue…

Time kasih la cik garmin ye buat saya sesat lagi menyesatkan…hehehe

Wassalam

Selasa, 18 Januari 2011

Cerita hujung minggu

Salam,

hari minggu adalah hari sentap…

sebab saya mengada-ngada nak sentap ngan laki sendiri kan…duduk la kek umah ontok2 ngan anak2 ye…nak tunjuk perasaan la tue….

tapi kan…kalo dah lakibinidudukserumah tak de makna nye ko nak tunjuk2 perasaan nie. kejap je…lepas tue baik balik la…

bagi merawat jiwa…cehh…tampar diri sendiri !. Hubby bawa la makan kat restaurant alisara. Org puchong mesti tau kan kat mana restaurant nie..ala depan tapak pasar mlm puchong perdana. Korang cari lokasi ani sup utara, restaurant nie kat bangunan depan belah hujung skali.

Restaurant nie masakannya memang meletup. best sangat…tapi pada menu yg saya pernah makan la. Menu yang saya belum pernah try, tak tau lagi la sedap ke tidak..

tapi regenya boleh tahan gak…semua around RM8 – RM puluh2 la juga. Bayangkan, ko makan sayur campur je dah RM8.90. so, kalo nak makan budget nak order sayur, tom yam, ikan…tunggu awal bulan la ye. melainkan korang nie gaji ribu riban, x komitmen apa2, nafsu besar, jaga status, tetiap mlm korang boleh makan kat sini ye…

Kitorang order siakap asam pedas, udang goreng tepung, telur dadar, nasi putih 3, teh o ais limau & sirap bandung. Total semua RM 52.70. Tapi pak cik tokey kedai nie dia genapkan (rounding adjustment) RM 52.00. Fuhh…terbaiklah pak cik punya penggenapan…hehhe I like ! kalo sume syarikat gergasi cam tnb ke, telekom ke, celcom ke buat penggenapan cam nie kan bagus…banyak jimat ooo…astro ??? jgn harap la nak buat cam nie !


Asam pedas yg memang pedassssss…kalah masak lomak cili api omak den ! Dia punya kuantiti memang banyak. Kitorang siap boleh tapau bawak balik lauk nie sebab tak larat nak habiskan…tue yg esoknya bila saya panaskan balik lauk nie terdengar suara sumbang tue….eh..sedapnya mama masak mlm nie. sebijik macam kat restaurant alisara !

Best la cam nie, setiap kali sentap dapat makan sedap2. Cam nie tetiap minggu la nak sentap.hahaha…nanti laki saya jeling karang dgn maksud minah nie nak kena lempang ke apa…hahaha....

sekian, cerita sentap hujung minggu…

wassalam

Jumaat, 14 Januari 2011

Kisah Aqiqah & pertunangan

Salam,

Nie sebenarnya entry tertangguh. Tak sempat nak kemas kini kan entry nie coz saya perasan busy kalah pak menteri…..

Sebenarnya 25 dec hari tue adalah hari pertunangan adik saya yg bongsu dan kenduri aqiqah. Kami buat serentak sekali.

Saya and hubby awal2 lagi dah ambik cuti 24 dec tue. Walaupun saya tahu cuti tahunan bagi team project yg tengah kritikal & rushing di bekukan, saya tetap hantar juga leave form kat bos. Alhamdulillah…cuti diluluskan.

Kami balik palong awal sebab nak tolong apa yg patut. Pepagi jumaat tue, subuh2 kami angkat anak2 yg sedang tido masuk kereta. Terus gerak balik. Kami memang suka gerak pepagi. Jalan tak jammed, tenang je. Sejuk pulak tue. Seronok tengok suasana berkabus kat jln bukit putus.

Irsyad & batrisyia bangun sedar2 dah ada kat juaseh. Memang tempat biasa kitorang berhenti breakfast kat kedai bawah pokok lepas simpang traffic light juaseh. Karipap kat sini sodap tau !!. Hubby siap tapau bawak balik palong. Pic tak ado yo kengkawan. Kalau kek kg, makan kek gerai topi jln pun nak ambil gamba memang kono chop alien banda la korang ! Lagi pun adik sibuk ajak main gelongsor kat kaki mama & baba. Biasa la bebudak. korang kalau ada anak kecik, tapi bilo time makan duduk ontok2 kek mejo makan tak bergerak memang la korang bertuah !!. Sama ado budak tue dari baka yg terdidik baik atau something wrong somewhere……

Time potang, sume adik beradik saya dah sampai. Last skali sampai adik lelaki saya Ajib’s family dari JB. Kitorang  sume geram tengok kegebuan baby Fatin Nabilah. So, pe lagi reramai la berebut nak pegang & peluk dia. Baby Fatin baru sampai, apalagi terkejut terus meraung tak ingat punya. Dokek sejam la juga dia meraung. Lepas Fatin berhenti menangis, kitorang terus tak berani nak pegang lagi. Tengok & main cak cak dari jauh je la…

Baby fatin ngan ummi dia

Nie la lembu yg nak dikorbankan. tengok anak abg long saya, Saad yang bahagia tengok dok memfirekan lembu tue. Lembu tue mesti dok cakap dlm hati…hek eleh..den kono tambek cam nie buleh la ko nak fire-fire. Acu try tengok den kono lopeh an. Brani tak brani ko nak fire den….

Hubby & Amin tengah berusaha mengeluarkan peluh yg tersimpan selama ini….

Esoknya pepagi pak Imam dah dtg nak sembelih lembu. Kami buat juga majlis cukur jambul untuk baby Alisya pagi tue. Aqiqah kami buat kongsi buat utk anak2 adik beradik saya….

Irsyaduddin Mohd Syawal
Zaid Shaharnisam
Fatin Nabilah Jibnurdin
Jibnurdin Saharudin
Aleesya Syaqeera Ariana Ali Hanafiah

Terlebih 7 bahagian ?? zaid anak abg long saya dia dah buat 1 bahagian kambing masa umur 21 hari ari tue…

kumpulan marhaban....kerry & niah, korang golak an yo pak cik...?

Baby aleesya dlm buaian

Ni la baby Aleesya..mata ko dikk..takut mak lang !
     
 irsyad dgn pak ngah..habis tumpah air milo kat baju irsyad

irsyad & rizqi main bersama tapi.....main masak2 ! ko biar betul dikk....

 nie family belah hubby dari rompin, pahang. tengok batrisyia, tak mandi lagi tu, jumpa nabila bukan main seronok dia...
           
Tengah hari majlis pertunangan adik saya Ira. Kira ini adalah last majlis pertunangan dlm family saya. Tahun ini rasanya bulan oktober nanti majlis nikahnya. Insha Allah.

 nie cincin tunang yo, bukan cincin lord of the rings tau...
yo lah, yo lah, ese paham tue..

 kiro eh nie confirm la yo..bulan 10 kita langsung an...

 sarung cincin...family lelaki dari simpang renggam, johor

dah beso adik bongsu saya nie. dulu masa dia baby saya la yg basuh lampin apa semua. dulu mana ada pampers pakai buang...kakaknya nie la yg dok sental baju muntah, lampin buang air semua...

nie hantaran dari pihak perempuan...
         
Pic makanan memang tak sempat nak ambil. Dgn irsyad lagi, sedara mara, nak melayan tetamu maka camera terbiar je kat bilik. Apa pun pada adik saya Ira selamat bertunang dan semoga cepat di satukan…..

jom tengok anak2 saudara saya....

baby Aleesya yg baru lepas cukur rambut. baru 40 hari umo dia

baby zaid baru 8 bulan
      
baby fatin nabilah baru 5 bulan
    
irsyad fengsan lepas kenduri...1 tahun 4 bln
    
rizqi baru bangun dari fengsan...1 tahun
anak2 saudara saya semua nyer kocik-kocik laie...paling besar pun sumayyah 6 tahun. so, kalau balik kg, memasing dok dukung anak je kejenye. Lepas habis kenduri hari tue, cuaca memang panas semua baby2 nie pakat-pakat buka baju tak tahan panas. cuma baby aleesya je sebab dlm pantang lagi.
Yg penting majlis habis dgn selamat....amin.
wassalam.