Selasa, 30 November 2010

TV Al-hijrah

Salam,

Tahukah anda kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri ada membuat pelaburan bagi membiayai TV Al-Hijrah yang dikendalikan oleh syarikat Al-Hijrah Media Corporation. Yupss…dlm keadaan penyakit sosial di Malaysia yg semakin parah ini ada juga usaha dari pihak kerajaan untuk menyeimbangkan kembali lambakan hiburan barat di kaca tv Malaysia.

TV Alhijrah yg bakal beroperasi di di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur adalah siaran tempatan pertama yang bercirikan Islam.

TV Al-Hijrah yang memulakan siarannya pada 1 November lalu dan akan menemui semua penonton pada 7 Disember (1 Hijrah) ini bakal beroperasi pada pukul 3 petang hingga 12 tengah malam setiap hari Isnin hingga Khamis manakala siaran hujung minggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad bakal bersiaran pada pukul 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.

Frekuensinya adalah seperti berikut,

1.      Lembah Klang – siaran CH55, frekuensi 743.25 MHZ
2.      Pantai Timur – siaran CH41, frekuensi 631.25 MHZ
3.      Johor – siaran CH40, frekuensi 623.25 MHZ
4.      Sarawak – siaran CH37, frekuensi 599.25 MHZ
5.      Sabah – siaran CH37, frekuensi 599.25 MHZ

Bagi pelanggan astro, tak payah tekan2 remote dulu sebab TV Al-Hijrah kini sedang dalam perundingan dengan pihak Astro bagi mendapatkan sebuah saluran dalam platform Astro. Belum confirm lagi. Insha Allah dijangka Disember ini akan dimuatkan di dalam siaran astro.

Syabas dan tahniah di atas usaha ini. semoga ia dapat menarik kembali para remaja & dewasa kita kini yg semakin hanyut.

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan