Khamis, 2 Disember 2010

Pizza-hut…

Salam,

sape suka makan pizza ?


Cerita makan masa bercinta-cintaan….

Order pizza. awak tenung saya, saya tunduk malu. awak kenyit2 mata, saya tersipu2. order pizza dah sampai atas meja..kita buat tak tau je..

masa makan, awak ambil 1 slice saya ambil 1 slice. gigit skit kat bucu dia pas tu letak balik. borak2, cerita2, ketawa2, senyum main kenyit2 mata, malu2. sudahnya pizza panas jadi sejuk.

gigit pizza lagi skit, kunyah 32 juta kali baru telan. hirup mushroom soup langsung tak de bunyi. hirup air pun seteguk je. 1 slice pizza satu jam baru habis. nak habiskan satu small pan pizza tue 2 jam lebih baru habis. itu pun tak licin.


Cerita makan masa lepas kahwin…..

Order pizza. cerita2 fasal keje, kengkawan & family. pizza sampai panas2 kita makan bersama sambil borak2 lagi. habis licin tak tinggal apa. kita dah mula menghargai setiap sen yg keluar untuk perancangan masa depan.


Cerita makan masa dah ada anak…..

@ pizza hut giant bandar puteri 1 – awal tahun 2010

belikan kakak sweet corn bagi dia makan. so, ontok2 la dia duduk kek situ

 adik kecik lagi, senang baba pegang walaupun mata dia tajam merenung pizza tue. dlm hati dah berkata bila la dapat ngap pizza nie

mama boleh makan dgn rilek je…hikss!!. tapi lepas habis makan kena take over pegang irsyad lak

@ pizza hut giant bandar puteri 2 – pertengahan tahun 2010

Order pizza. Adik masa nie dah start berdiri & amat lasak. Bila air sampai dia sibuk nak panjat meja nak ambik air. sekali, blush !!!!. bukan air tumpah tau…tapi irsyad muntah kat muka mama. habis dari kepala sampai kaki mama kena muntah. tak boleh buat apa dah…mama surrender. baba, bungkus pizza jom balik..!!

@ pizza hut jusco tmn. equine – minggu lepas tahun 2010

Order pizza. Adik melasak yang amat walaupun duduk kat baby chair. menu kat tepi meja tue habis di cabutnya. kakak pulak asyik dok tekan2 button kat meja tue sampai budak pizza tue dah jeling2 kitorang.

Bila order sampai, mula2 kakak baik lagi makan mushroom soup dan adik makan garlic bread dgn penuh sopan santun. tapi tak lama la…lepas 5 minit, kakak masuk bawah meja tarik2 kaki seluar saya. dia ajak main cak-cak kat bawah meja lak. adik lagi best, dia hancurkan garlic bread lepas tue taburkan kat bawah lantai macam bagi ayam makan tue. habis roti dia tabur kat lantai, minta lagi dgn kami roti. tak dapat dia jerit sampai satu pizza hut tue boleh dengar. sempat adik capai piring roti tue. nasib baik mama cepat sambar, kalau tak berderai la piring tue dik oii…

masa ni saya & hubby dah kelam kabut makan. pizza tue 1 slice 3 kali gigit dah habis. meat ball pulak kunyah 2, 3 kali telan je dan mushroom soup tue kalau boleh 1 mangkuk tue nak tuang terus dalam mulut. settle !!.

saya cakap dgn hubby, yg tak sempat makan nie bungkus je la. balik rumah, anak nak tergolek ke, melompat ke, lari2 keliling rumah ke..kami still boleh makan dgn aman cuma mata kena alert je selalu…hehehehe

kepada pengunjung pizza hut tmn equine ahad lepas, kalau perasan family yg makan laju semacam je kami le tue ye…

wassalam

* minggu lepas servis kat pizza hut tmn equine amat lembap. ramai yg merungut. Dah la servis caj & govt tax still kena bayar. Order dekat 1 jam baru dapat. Mungkin org baru dapat gaji so, ramai & banyak order la kot. Nasib baik mama tak bertukar jadi ‘incredible hulk’ walaupun anak2 dah bertukar jadi ‘tarzan’


Tiada ulasan:

Catat Ulasan