Isnin, 20 Disember 2010

Novel Ramlee Awang Murshid

Salam…

Hari tue pepagi dah dapat satu bungkusan.


Bila buka…


koleksi novel ramlee awang murshid

Saya beli novel terpakai nie dari kak azian. tq kak. saya beli ye…

Saya adalah peminat novel tulisan ramlee awang murshid selain dari noor suraya, habiburrahman el-shirazy dan taufiqurrahman al-azizy. Buku pertama RAM yang saya baca adalah Mandatori yg dipinjam dari seorang kawan. Sejak itu saya membaca dan mengumpul semua koleksi tulisan RAM.

Antara koleksi RAM yang masih dicari adalah :-

  1. Igauan maut – tiada
  2. Anugerah pertama
  3. Pei pan – tiada
  4. Tombiruo
  5. Semangat hutan
  6. Tombiruo terakhir
  7. Ranggau
  8. Mandatori – dah baca tapi tiada naskah simpanan
  9. Adam
  10. Satu Janji
  11. Bagaikan puteri
  12. Rahsia Perindu
  13. Hatiku di harajuku – tiada
  14. Cinta sang ratu
  15. Hijab sang pencinta
  16. Ungu karmila
  17. Mikhail – tiada
  18. Personal Justice (Adam versi inggeris) - tiada
  19. 9 nyawa
  20. Cinta sufi
  21. Rayyan fantasi – tiada

Novel RAM bukanlah novel yg bertemakan cinta mendayu2 tapi lebih kepada thriller dan dalam pada itu menekankan unsur Islam dan dakwah itu sendiri. Setiap novelnya hidup, segala peristiwa dikupas dan diterangkan secara terperinci sehingga pembaca seolah-olah masuk ke dunia ciptaannya. Malah, trilogi kisah laksamana sunan itu ada pembaca yg menganggap laksamana sunan itu wujud dan sebahagian dari sejarah Malaysia. hehehe…sampai macam tue sekali penangan novel RAM.

Jangan tak tahu yg RAM adalah antara novelis pertama yg mempunyai kelab peminatnya sendiri. Ingat artis AF je ke yg ada kelab peminat ??. Kalau nak join boleh la ke laman nie ye - http://www.kelabram.com/

nie la En. RAM

Apa pun, syabas & tahniah buat RAM kerana menghasilkan novel yg berkualiti didalam lambakan novel2 cinta di Malaysia ini.

Wassalam.

* En. RAM, tak terfikir ke nak filemkan trilogi laksamana sunan tue ??? Remy ishak jadi heronya ye…sure meletupss !!!!

* sesape yg nak jual novel RAM yg saya tak de kat atas tue email la saya ye…

3 ulasan:

  1. awk nk jual x nvel RAM..
    cinta sang ratu..
    n..
    hijab sang pencinta ..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf ye, setakat nie saya masih belum berniat nak jual lagi. Kalau saya tetiba berniat nak jual nanti saya war-war kat blog nie ye...

      Padam
  2. tergamam sekejap saya rasa... Sungguh memang sama minat kita! :) Saya pun peminat RAM dan Noor Suraya... kedua2 penulis ni penulis yang paling saya minat. Dan novel RAM yang pertama saya baca pun Mandotari dan saya pinjam dari bapa saudara saya... Lepas saya baca novel ni terus saya jadi peminat setia RAM!... saya ada hampir kesemua koleksi novel beliau cuma Personal Justice, Igauan maut, anugerah pertama dan pei pan sahaja yang belum saya jumpa dan masih tercari2 lagi... :D

    BalasPadam