Khamis, 18 November 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha, selamat hari lahir

Salam,

Cite hari lahir saya & hari raya aidiladha.

pepagi dah bangun masak kuah mee jawa yg tak berapa nak jawa & buat triffle 3 bekas.

so, inilah menu di pagi raya.

 mee jawa / rebus (x tau mana satu coz nak masak mee nie 3 resipi saya guna), brownies & sherperd pai (ija bawa)

 kek marble, nasi impit, kuah kacang, triffle & rendang ayam

 rendang ayam

 kuah kacang

kuah mee jawa / rebus

 kuih raya aidiladha yg sempat buat - popiah serunding

sebenarnya saya sentap coz hubby lupa nak wish birthday kat saya. tapi sebab smlm dia tolong jaga rendang satu kuali & tido lewat so boleh la dimaafkan. dia wish pun dah petang.

tetamu yg pertama sekali sampai ija’s family. ija bawa brownies & shepherd pie. dia dah tempah sesiap. kalau ko masak sendiri, memang tabik spring la ja. then, tetamu jejiran dekat2 umah je. rupanya kak susi depan rumah nie pernah satu office dgn hubby ija si amin. Alahai…kecik je dunia nie rupanya. Jgn tanya mana pic jiran2 saya. saya bukan blogger tegar. kang saya snap pic jiran2 saya sume tobat tak nak datang umah saya lagi !

Malam, family along sampai. Batrisyia dapat kawan, apalagi lupa diri kejap dia. lupa pulak nak snap pic zaid yg dah makin membesar. Dekat pukul 10 mlm family hubby lak yg sampai. Mizi, niah, adik, kerry & anak2nya.

nie la anak2 kerry. bukan yg kat luar tue ye, tue anak saya ngan anak kak long. anak kerry yg dlm sangkar tue. Geram !! rasa macam nak picit je...

Kami masuk tido dekat pukul 1 pagi. Rasa macam tak der kaki & tangan dah. hubby kata tobat la lepas nie nak masak sendiri…lain kali pakai catering la…

Ye ke tobat ?? memang letih tapi saya puas & suka. Bukan senang nak main masak2 tengah malam berdua bersama hubby dgn penuh kasih sayang gitu ! hikss…daaaaaa

Wassalam

* selamat hari raya korban semua. apakah pengorbanan anda untuk agama, bangsa & negara ?
* hadiah birthday ? syyhhhhhh……!!!
* good bye 2…welcome 3…..acik dah tuo !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan