Jumaat, 12 November 2010

ayah chik & memey (yg pemalu…)

salam,

semlm ayah chik & memey (bukan pelakon yg kena tangkap basah tue tau !) tido umah kami. dan seperti biasa umah kami yg bersepah macam belukar tue tetiba je…ting!! jadi padang golf yg cantik. hehehe…kami lakibini memang pandai main silap mata.

actually, ayah chik adalah adik beradik seibu & sebapa dgn arwah ibu hubby saya. kiranya pangkat pakcik & memey adalah sepupu kepada hubby saya. mereka dari kuala rompin, pahang dtg bermalam di umah kami sebab esoknya memey ada interview kat uniten/permata. so, antara umah yg paling dekat nak kesana adalah umah kami.

memula plan hubby ajak makan luar mlm tu sambil tunjukkan ayah chik jln nak kesana dari umah kami. tapi sebab saya sampai umah dlm pukul 6.30 ptg & ayah chik masih belum sampai lagi, so saya plan nak masak. seganla....org dtg jauh2 kita ajak makan luar. dah la ayah chik tak pernah sampai umah kami lagi.

so, dgn sekuat tenaga (cehhh…memasak bukan banyak pakai tenaga pun!) saya menunjukkan skil memasak sambal cencaluk. cencaluk je ??? hahaha…brani nak jamu tetamu nasi dgn sambal cencaluk ? menunya adalah ringkas & padat. Sayur lemak kobis, sambal udang, ikan goreng, nasi, kicap (nie pun nak kena declare ke ?) and sudah semestinya sambal cencaluk. sedap weyy…tuang cencaluk, potong cili padi & bawang kecik pastue perah asam limau…fuhh…terangkat ! ayah chik lalu belakang pun x prasan…hehehe

nak ambil gambar ?? ooo…cannot2. nanti ayah chik pelik lak. ape kenala si bini syawal nie, gambar lauk pauk pun nak ambil. nie mesti kes jarang masak nie. ohh tidak ! saya tak sanggup nak melaluinya walaupun hakikatnya betul..hehehe..(masuk kepala bawah meja…I maluu..) ate..balik keje pun dah pukul 7mlm baru sampai umah. kalau nak masak jawabnya pukul 9 mlm la baru makan. pas tue nak cuci pinggan, bersih dapur bagai dah 9.30 mlm. pukul 10.00 dah masuk tido. bila masanya nak main dgn anak2 ?

saya juga sempat la beramas mesra dgn memey yg pemalue itu. tapi rasanya adiknya lagi pemalu kot. bila dah borak2 tue, actually memey x de la pemalu pun. Cuma dia agak pendiam dgn org yg x biasa sangat (akak pun sama juga la dik…) tapi ayah chik mesra orgnya. mungkin selama nie jarang bersembang lama, jadi mlm tue saya nampak sisi lain seorang ‘ayah chik’ (korang faham tak ayat saya nie ?). oo…kakak juga sangat bising dan petah mlm tue. biasa la kakak, dia sangat suka tetamu dtg ke rumah dan beborak dgnnya.

esoknya, pepagi ayah chik & memey bertolak ke bangi & terus balik pahang. gud luck girl !. semoga berjaya dlm interview tue. insha allah, amin.

to ayah chik & memey, jgn serik2 lagi dtg umah kitorang ekk. maafkan jika ada kekurangan dari pihak kami. kalau nak dtg kl lagi, singgahlah kat bsp nie ye..

wassalam.

* setiap tetamu yg dtg ke rumah adalah pembawa rezeki & keberkatan di dalam rumah kita. setiap layanan & memuliakan tetamu itu memberi pahala kepada tuan rumah.

*saya suke kalau tetamu nak dtg rumah coz umah kami yg macam kapal karam tue tetiba je jadi kapal cruise walaupun saya ada sentap2 dgn hubby coz dia ngelat nak cuci toilet !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan