Assalamualiakum,
Sempena anniversary ke lapan kami, menjadi rutin tahunan kami bertukar hadiah sebagai simbolik kasih sayang. Cuma tahun nie x de kek je. Oh, sekarang memasing nak jaga kesihatan diri dan kurangkan makan manis-manis a.k.a takut gemuk kan...
Hadiah dari hubby....
Dah setengah tahun x de jam tangan sebab malas pakai + jam rosak + duduk spital lama sangat. Terima kasih atas jam tangan nie, lepas nie saya akan lebih menepati masa. hahahah....tipu !
Kalau abg ambil daun kelapa, lepas tue anyam buat bentuk jam tangan & sarungkan kat tangan saya pun saya terima dgn ikhlas dan redha. hahahaha.....tipu lagi !
Boleh online memalam tanpa gangguan & berebut galaxy tab dgn kakak batrisyia
So, sebagai balasan nie utk abg ye...
Hadiah untuk suami. sebab abg selalu keje kat site kan, nie utk bagi wangi skit...gitu !
Terima kasih abg. Walau apa pun, kasih sayang, saling percaya mempercayai, kesetiaan, kesabaran adalah lebih bermakna dan penting lagi dari hadiah-hadiah kat atas tue kan. Itulah antara pengikat & pengukuh ikatan kita sehingga hari ini.
Semoga kekal ke nafas terakhir...amin...
Wassalam.
* sangat susah nak cari hadiah untuk lelaki kan ? jam tangan, baju, cincin, wallet, tali pinggang, minyak wangi, semua dah bagi. Gadget macam DSLR, hp, galaxy tab semua hubby dah ada. Hujung tahun nie birthday hubby, pening kepala pula nak beli hadiah apa. Kalau tanya nak apa ? minta motor besar....amboiiiii...!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan