Rabu, 16 Mei 2012

Selamat Hari Guru...Pendidik Di Luar Sana


Assalamualaikum,

Sempena 16 Mei nie saya ingin mengucapkan selamat hari guru buat semua pendidik serta bekan pendidik si luar sana. Terima kasih saya ucapkan kepada semua pendidik yg telah mendidik anak bangsa sehingga berjaya.

Terima kasih ini juga khas buat bekas guru-guru yg saya sanjung tinggi x kira di mana cikgu berada...

1. Sekolah Rendah Kebangsaan Palong Dua - 1987 - 1992

2. Sekolah Menengah Palong Dua - 1993 - 1995

3. Sekolah Menengah Teknik Port Dickson - 1996 - 1997

Terima kasih cikgu atas teguran, tunjuk ajar sehingga saya menjadi 'manusia' hari ini.

Tak lupa juga buat bekas penyarah saya yg dihormati En. Supaidin, Cik Rozita dan Puan Juita Jabatan Kejuruteraan Awam, EDI yg banyak membantu dan menunjukkan lorong hidup yg lebih terang di hadapan saat saya keliru arah tujuan.

Tanpa jasa kalian semua, entah di mana saya pada hari ini. Budi & bakti yg pernah dicurahkan dahulu hanya ucapan terima kasih yg mampu saya hulurkan atas jasa & pengorbanan kalian di dalam mendidik saya. Hanya Allah jua yg akan membalas segala-galanya. Insha Allah.

Selamat Hari Guru buat warga pendidik semua.

Wassalam.

* pernah pergi temuduga sebagai pendidik dulu. Hanya lepas saringan pertama sahaja. Bukan rezeki saya di bidang itu....namun Alhamdulillah. Sudah tertulis rezeki saya lebih di dlam bidang engineering ini.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan