Jumaat, 25 Mei 2012

Dua batang saje...


Assalamualaikum,

"Buai laju-laju
sampai cucur atap
belum tumbuh gigi
dah pandai baca kitab"

Baby syirah sekarang dah 7 bulan lebih. Awal bulan hari tue, memang saya perasan dah tumbuh sebatang gigi kat bawah. Sekarang nie pulak dah ada 2 btg. Sangat kuat menggigit. Walau pun giginya 'belum cukup umur', tapi bab menggigit tue memang mantap macam gigi org dewasa. Kalau time dia geram lagi la, boleh menjerit di buatnya !

Nampak x 2 batang gigi syirah ?
Sape kaco syirah kena geget nanti !

Masa kakak dulu, gigi 1st tumbuh sebatang je kat atas. Syirah pulak kat bawah dulu tumbuh. Abg irsyad mama lupa plak. Nak kena selak balik gambar2 masa abg irsyad baby dulu. 

Progress syirah sekarang masih meniarap lagi. Bab meniarap memang laju je dia macam askar komando. Tapi bab merangkak masih slow lagi. Dia dah boleh angkat punggung. Bila nak ke depan je, dia macam teragak-agak. Kekadang tue, bila dah angkat punggung macam posisi nak merangkak dia statik kat situ je. ke depan tidak, ke belakang pun tidak !

Abg irsyad dulu 10 bulan dah berjalan. Kakak batrisyia pun sama gak. Dalam 9 bulan lebih ke 10 bulan dah boleh bertatih. Si bongsu syirah nie x tau lagi. Kalau raya nanti, 10 bulan lebih la dia. 

x pe la syirah, lambat atau cepat yg penting anak mama sihat. Lagi pun mama masih x puas lagi nak jaga & ulit baby nie. Besar cepat sangat pun, nanti mama rindu pulak nak main-main dgn baby.

Wassalam.

* Syukur Alhamdulillah Ya Allah, anak-anak mama semua sihat & membesar dgn sempurna. Melihat ibu-ibu yg memiliki anak istimewa, membuatkan mama sangat-sangat insaf.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan