Isnin, 28 Mei 2012

Akak respek la ko dikk !


Assalamualaikum,

Biasa kat office dlm pukul 10 pagi saya akan turun bawah letak tiker parking MPSJ. Sakit mata tengok saman parking MPSJ yg bersusun tue. 

Masa kat parking tue saya nampak ada sorang adik nie dengan kereta satria dia. Adik nie pompuan bertudung  dan nampak muda lagi dari saya (x tahu la kalau dia dah tua tapi awet muda). Dia cuba hidupkan enjin satria tapi x boleh. Banyak kali dia cuba gak. Saya jadi kesian pulak sebab dia sensorang je. Tambahan pula x de org langsung nak tolong dia. Tolong tengok ada la.

Then, saya pergi tegur adik tue. 'Kereta rosak ke dik ?' Pangg diri sendiri. Dah tau lagi nak tanyakan ?.

'Ha ah kak. Biasa la enjin kereta nie memang selalu buat hal'

Lepas tue adik nie keluar dari kereta, buka bonet enjin depan kereta dia.

'Nak akak tolong apa-apa ke ?' Sekadar tanya pada hal saya apa pun x tau fasal enjin.

'x pe kak. Masalah kecik je nie. Saya boleh repair sendiri' Adik tue terus sentuh-sentuh, seluk tangan kat bahagian enjin dia.

Saya terus terkedu !

Wahh.. akak memang respek kat ko dik. Tabik spring akak tengok adik sensorang relaks je bila kereta rosak. Siap boleh repair enjin sendiri. Ko keje mekanik ke dik ?. Tapi dressing macam perempuan melayu terakhir akak tengok.

Kalau akak la, memang dah nangis dah kat situ. Dulu masa kereta akak x boleh start depan office pun akak dah gabra. Muka dah pucat dah x tau nak buat apa. Siap call hubby suruh dtg office tolong tengokkan. Pada hal bateri kong je. Bengkel kereta pun ada selang 3 kedai je dari office.

Kalau enjin problem lagi la x tahu nak buat apa. Jangan kata nak check enjin, nak buka bonet enjin depan pun akak x tahu nak tekan butang mana ! heheheh...parahhh !

Yes...i'm typical lady driver....

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan