Assalamualaikum,
Sabtu lepas adalah hari ambil report card.
Saya x dapat hadir coz keje masa tue. Hubby je yg pergi…
Nie la report card Batrisyia…
Alhamdulillah.
Sebenarnya kami dah tahu markah setiap
subject kakak. Kakak dah tunjukkan kat kami kertas exam yg teacher dah siap
tanda. Kakak kata ada 4 org kawan dia yg dapat full 100% setiap paper &
teacher bagi hadiah.
”Mama, kakak rasa kecewa la…”
Yup, kakak kecewa sebab dia x dapat full
100% bagi 4 paper tersebut. Sebab paper math dia hanya dapat 96% sebab tue x
dapat hadiah. Tapi saya cakap x pe, hujung tahun cuba lagi. Walaupun result dia
ok, tapi feedback dari teacher Rose buat saya risau skit.
Masa exam nie berjalan, Batrisyia pada
mulanya langsung x buat apa-apa. Cuma tengok kengkawan dia jawab soalan.
Last-last teacher Rose kena duduk sebelah Batrisyia utk pastikan dia jawab
soalan exam dan tidak mengelamun. Bagi paper math memang kesilapan yg dibuat
bukan sebab dia x pandai jawab. Sebaliknya careless. Tulis nombor 2 terbalik,
nombor 7 terbalik, tulis nombor 10 tertinggal kosong kat sebelah nombor satu
tue.
Dalam kelas pun macam tue juga. Batrisyia memang
tidak fokus kalau belajar. Cepat bosan, susah nak dengar apa teacher ajar kat
depan. Sebelum nie memang Batrisyia pernah cerita dia kena denda berdiri tepi
pagar sebab x dengar teacher ajar kat depan. Malah, pernah saya pergi sekolah
Batrisyia hantar botol air dia yang tertinggal, saya nampak kakak Batrisyia sedang mengelamun
masa teacher sedang mengajar kat depan.
Pada umur dia 6 tahun sekarang sepatutnya
saya x perlu risau sangat. Tapi saya bimbang bila dia dah masuk darjah satu
tahun depan, sikap tidak fokus dia tidak berubah. Nanti dia akan banyak
ketinggalan berbanding kengkawan sebaya yg lain.
Saya ada juga search kat internet, baca
forum parents yg ada anak kurang/tidak fokus nie. Kebanyakan punca anak kurang
fokus nie sebab mereka x interested dgn apa yg mereka buat. Ramai suggest cara
nak tarik minat mereka, sediakan rewards utk anak ini setiap kali selesai satu
kerja yg mereka buat dgn baik. Selesai satu latihan / pekerjaan yg anak ini
buat, baru diberikan rewards macam permainan/barang-barang yg mereka nak
sangat. Tapi masalahnya anak saya nie boleh kata hari-hari mereka dapat rewards
dari babanya sampai benda tue dah jadi wajib kalau mereka keluar rumah.
Sape yg ada masalah anak begini,
dialu-alukan berkongsi dgn saya ye…
Wassalam.
* Rewards utk
kakak atas result exam yg baik tue, baba bawa pergi bercuti ye…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSalam..Puan... sy mempunyai masalah yang sama. Tahun ni anak saya masuk tahun 1. Saya ada bertanya beberapa orang cikgu dan memang anak saya selalu leka dan banyak bermain dan tak berminat nak menulis. Saya selalu juga memberi rewards untuk anak dan sama seperti puan ckp dah menjadi satu kewajipan pula. Walaupon baru 2 bulan.. tp saya takut perkara ni akan berterusan. Tapi saya sentiasa berharap dan berdoa ianya hanya lah sementara..
BalasPadamAssalamualaikum. .nice sharing :)
BalasPadamJom lawat blog saya http://liyanasonestop.blogspot.com
http://Yanayusuff.blogspot.com
http://vitaminmarvelous.blogspot.com
Happy Sharing :)
Assalamualaikum puan,
BalasPadamMasalah anak saya lebih kurang dgn anak puan..
Beliau seorg bijak.. Alhamdulillah membaca dan mengira senua dh boleh malas tambah dan tolak pun dh boleh.. Masalah nya beliau kurang fokus.. Suka mengelamun.. Kwn2 yg lain semua dh siap kerja yg cikgu beri tapi dia x pernah siap.. Setiap hr ada je kerja sekolah yg dia bawa blk utk di siapkan di rumah.. Di rumah pun mcm tu juga.. Setiap kali suruh buah kerja sekolah.. Mcm2 alasan yg di beri.. Sakit tgn lh, penat lh.. Bukan x pernah tegur, marah dan kdg2 hilang sabar dibuatnya.. Buntu kami x tau nk buat mcmana.. Sekiranya puan ada tips2 yg boleh dikongsikan..
By the way.. Bleh tau mcmana dgn prestasi anak puan sekrg..? Rasanya sekrg dia dh darjah 3 or 4 kan..