Jumaat, 4 Mei 2012

Majlis Pertunangan Zue & Din @ Port Dickson



Assalamualaikum,

Nie adalah entry tertangguh. Sabtu lepas adalah hari majlis pertunangan adik ipar saya Din & pasangannya a.k.a biras saya Zue.

Mlm jumaat kami dah bertolak ke Port Dickson bermalam kat sana. Family hubby sewa banglo kat sana. Sebab adik hubby keje kat Ancasa Hotel, rate utk sewa banglo tue memang murah yg amat. Dengan 5 bilik tidur dan 3 bilik air serta fasilitinya memang terbaik, mengadap laut kalau tengok dari tingkap atas bilik saya la. Yg paling best siap ada kolam renang. Nie memang anak-anak saya teruja betul.

Kami sampai pun dah lewat mlm. Tengok hampir semua family hubby dah ada kecuali kak jue yg dtg dari johor je belum sampai. Memula saya ingat nak tunggu kak jue & family sampai. Tapi sebab baby syirah & irsyad dan start meragam sebab dah terlajak waktu tido diorang maka naik bilik terus tido. Saya pun x sedar pukul berapa kak jue & family sampai.

Besoknya, bangun pepagi bebudak nie x sempat sarapan dah mandi kolam. Banglo nie ada swimming pool dia sendiri. Memang sakan la diorang mandi.




Dlm pukul 12.00 tue bertolak ke rumah bakal biras saya. Tak jauh pun, dlm setengah jam je dari teluk kemang. Saya ingat akan lalu depan sekolah saya dulu, Sekolah Teknik Port Dikcson. Tapi tak langsung. Bayang pun tak nampak. Jalan memang dah banyak berubah sampai saya dah tak cam langsung jalan kat PD nie. Rindunya kat sekolah, dekat 14 tahun tak jejak kaki kat sana…

Macam biasa, acara meminang, berbincang, bertunang, sarung cincin, bertukar hantaran, ambil gambar, semua tue wajib ada dlm adat melayu kita kan…layan gambar je la ye…acik lotih nak menulih nie haa…


Masa baru sampai

Hantaran pihak lelaki a.k.a adik ipar saya

Bilo nak langsung an majlis tue ?
Insha Allah, ghayo ke limo nanti yo...

Yg pompuan, kito dok dendiam yo dongar yo...

Apalah ertinya majlis pertunangan tanpa acara sarung cincin kan ?

Saya dan bakal biras saya. Nanti bilo jumpo kito speaking nogori yo...

nie la bakal pengantin raya ke lima nanti. Insha Allah

Balasan hantaran dari pihak perempuan. Sangat meriah kan...

Ce teka apa benda nie. Buah limau & lada ? Tak pernah dibuat org bagi hantaran buah limau & lada nie.
Actually saya sendiri hampir tertipu dgn hantaran unik nie. Rupanya dlm tue adalah manisan yg sangat manis. Kulit luar pulak rasanya kenyal macam jeli. Thumb ups pada mak cik yg buat hantaran ini. Salute habis sebab berjaya memperdayakan kami hehehehe...sangat kreatif mak cik tue !

Keje kat tempat yg sama. Kalau gaduh kat umah jgn bawa kat tempat keje ye...


Habis majlis dah ptg juga dlm pukul 3 gitu. Mak saya dah call tanya balik ke palong. X balik la mak, dah petang pun. Tak sempat rasanya..

Ptgnya bebudak nie bersuka ria lagi mandi kolam sampai kecut kulit. Mlmnya semua adik beradik hubby dah nak balik. Tinggal kami & family kak jue stay lagi satu mlm kat banglo tue. Mlm tue kami pergi makan steamboat kat Ancasa Hotel…


Bergossip kat tempat steamboat...

nampak tak permandangan ngeri kat situ ? cer tengok tangan Irsyad selamba je pegang gelas kaca. Nak pitam mama tengok. Kalau pecah...aduyaiii...
ye...baju & tudung tue saya pakai masa pergi klcc aritue. sape gelak saya babap ! haipp !

Besoknya pepagi, kak jue & family bersiap nak ke melaka. Hubby kata dok lepak dulu rilek kat Port Dickson. Tapi last minit suruh hubby suruh berkemas balik terus. Kelam kabut mama....

Kat Tanjung Biru ???. x silap saya nama tempat tue. Tolong bagi pencerahan ye...kami breakfast kat sini

merenung masa depan...jauh kakak mengelamun

baba, boleh mandi laut x ?
lain kali la sayang...

baaaachak !!
hehehehe.....

tengok Irsyad membuli mama...

baba lak kena buli...

Bebudak nie kalau pergi memana mesti nak beli something. Baba layan kan je la. Bawa diorang pergi tempat  pasar berdepan dgn laut tue. Batu berapa ekk ? lupa la...nak memenuhi permintaan anak-anak.

Gitu la kisahnya meminang sambil bercuti di Port Dickson. Nanti bulan lapan raya ke lima kita datang sini lagi utk majlis pernikahan & bersanding lak...Insha Allah.

Wassalam.

* kepada Din & Zue, selamat bertunang. Jaga diri, darah manis nie banyak dugaannya. 


4 ulasan:

  1. as salam, saya bercadang nak buat family day. boleh tak bagi tau kat mana banglo ni dan contat person. tq.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum..

    bolehkah puan kongsikan ctc no banglo ini utk saya pula. Tq

    BalasPadam
  3. Mohd Izzunuddin E-zzuIsnin, 24 November, 2014

    as salam, saya bercadang nak buat family day. boleh tak bagi tau kat mana banglo ni dan contat person. tq.

    BalasPadam
  4. Bole bg contact no.owner banglo ni...tq

    BalasPadam