Jumaat, 25 Mei 2012

Saya Jadi Hantu Sushi !


Assalamualaikum,

Sebelum ini jgn kata nak makan, tengok sushi pun saya dah x de selera. Langsung x teringin pun nak makan. Pernah officemate saya belanja sushi kat office. Punya la banyak dia beli. Saya ambil seketul try rasa & makan utk jaga hati dia. Tapi kat belakang, saya muntahkan semula sebab tekak saya langsung x boleh terima ! sorry chua... : (

Tapi, tetiba semua itu berubah sejak saya keluar hospital. Lepas habis pantang dan mula bekerja, selera makan saya jadi makin pelik. Bila nampak je sushi, nafsu makan saya memang x boleh tahan mesti nak makan time tue juga. Sampai meleleh air liur sebab teringin sangat !. Boleh  katakan setiap 2 minggu saya mesti beli sushi utk sarapan pagi atau makan tengahari. x makan nasi pun x pe. Asalkan dapat makan sushi.

Nie adalah stok sushi utk breakfast saya & juga supper waktu malam kalau time lapar.




Selain tue, lately juga saya sangat suka makan ikan keli. Padahal dulu saya sangat mual dgn ikan tue.

Ermmm....tak tahu la kenapa saya jadi macam nie. Mungkin sebab perubahan hormon atau penderma darah 4 botol yg dah transfer masuk dlm badan saya nie buat selera saya jadi pelik kot. Haishhhh...nak juga salahkan org lain kan. Pada hal nafsu makan yg x boleh control sendiri.

So far, selera pelik saya masih boleh di tunaikan. Buatnya tetiba mengidam hari-hari nak makan daging unta. Pitam !

Wassalam.

* Terima kasih pada En. Penderma Darah yg darahnya dah digunakan dlm tubuh badan saya nie. Minta halal ye...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan