Isnin, 21 Mei 2012

Memoir Tun Dr. Mahathir Mohamad


Assalamualaikum,

Actually sebenarnya dah lama nak beli buku nie. Masa dia launching versi B.I yg kulit keras tue saya memang dah niat nak beli. Tambah pulak hubby dapat voucher free MPH. Memang x lepas peluang la kan. Tapi......bila pergi MPH kat giant shah alam tue buku lain yg saya beli. Off course la novel RAM yg baru launching tue. hehehe

Tapi niat nak beli tue tetap ada. Dari tahun lepas lagi. So, bulan lepas saya dapat tahun MPH launching versi B.M lak. Terus google website MPH dan order online. Siap dapat diskaun lagi 15%. Kalau members dapat less discount lagi. Delivery pun free of charge. MPH punya sistem delivery sangat la efficient. Hari nie beli online, lusanya dah sampai kat tangan kita.

So, inilah buku yg dari tahun lepas nak baca tue...





Kita lupakan dulu fahaman politiknya sebab kalau cakap bab politik nie sampai dunia nak kiamat pun belum tentu habis lagi. 

Saya baca buku nie bukanlah sebab fahaman politik atau apa. Saya memang suka baca biografi org x kisah lah artis ke, pemimpin ke, hartawan ke, para ilmuwan, hatta kisah pengemis pun saya baca. Bagi saya pengalaman hidup adalah guru yg terbaik. Dalam setiap kisah hidup mereka, yg baik dijadikan panduan dan yg buruk dijadikan tauladan. Tiada manusia yg perfect di dunia ini. Tiada juga yg maksum, terlepas dari melakukan dosa.

So, far saya belum baca habis lagi. Banyak isu yg diperkatakan di dalam buku ini. Saya lebih berminat membaca bagaimana tindakan Tun ketika menangani krisis ekonomi tahun 1997 dahulu yg sampai sekarang saya cuma tahu fasal tindakan jahat George Soros memanipulasi nilai matawang negara-negara membangun. Tunggu la bila habis baca nanti saya review kalau saya rajin ok !. Sekarang nie nak habiskan baca buku RAM.

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan