Khamis, 10 Mei 2012

Tarikh Exam - Krista Kindergarden


Assalamualaikum,

rasanya semua parents yg ada hantar anak kat Krista Kindergarden nie dah dapat memo kat bawah nie kan...




Kakak asyik tanya berapa hari lagi nak exam ? So far, kami tak nak bagi dia stress. Cuma suruh baca buku bagi lancar sikit skil membacanya. Baba ada beli koleksi buku kisah dari Al-Quran yg penuh warna-warni utk tarik perhatian kakak membaca. Buku latihan math pun kami ada beli utk kakak buat. Cuma, buat latihan & membaca tue bukan la setiap hari Baba ajar kat rumah. Ada masa kakak layan youtube tengok cerita kartun dia. 

Saya dan hubby perasan, kakak bukan x boleh buat apa-apa aktiviti yg melibatkan bacaan mahupun penulisan. Tapi dia cepat hilang fokus. Cepat khayal. Banyak careless kalau jawab soalan. Kalau lebih sejam duduk kat meja study dia...dia mula bosan.

So, tak nak bagi dia tekanan. Asal dia boleh membaca dan mengira sudah. Lagi pun, umur pun baru 6 tahun.   Nanti dia stress & bosan, tak nak pergi sekolah lagi susah. Lagi pun biarlah dia menikmati zaman kanak-kanak dia dengan penuh keriangan dan dia ada kenangan manis masa kanak-kanak bukannya kenangan pahit lagi stress utk diingati bila dewasa kelak.

Apa pun keputusan exam kakak nanti, mama terima. Kalau cemerlang, Alhamdulillah. Kalau kurang cemerlang, nanti kakak berusaha lagi ye. Apa pun mama doakan kakak fokus dan dapat buat terbaik. 

Semua parents inginkan yg terbaik utk anak mereka. Tetapi memaksa anak menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran setiap hari 24 jam 7 hari seminggu pada usia mereka 6 tahun, bukan la tindakan yg bijak.

Apa pun all the best semua anak-anak di Krista Kindergarden...

Wassalam.

* Masa mama umur sebaya kakak dulu, mama cuma tahu pergi sekolah, bermain, makan, main semula. Bunyi loceng, terus berlari keluar pagar balik rumah !

* zaman sekolah Tadika adalah zaman yg paling seronok sekali. Mama pun nak kakak rasa begitu....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan