Assalamualaikum,
Saya copy paste utk hebahan semua...
Nama bayi di atas, Iskandar Syahlizan, berusia 10 bulan. Ketika gambar dirakamkan oleh ibunya, Siti Aminah Amir, 28 tahun, mata anaknya itu masih terbuka.
Kini keadaan dilaporkan berbeza.
Saya menghubungi Aminah kira-kira pada jam 4 petang tadi. Guru bahasa Inggeris mengajar di sekolah rendah di Johor Bahru, Johor terbabit berada di Hospital Sultanah Aminah bersama suaminya.
"Atas budi bicara Guru Besar, saya diberikan cuti tanpa gaji untuk menjaga anak tunggal kami. Keadaan Iskandar kini semakin kritikal dan dia terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan. Doktor hanya memberikan bekalan oksigen sahaja. Percubaan kami untuk memindahkan Iskandar ke Hospital Kuala Lumpur, HKL, gagal kerana ketiadaan ambulan dilengkapi peralatan Unit Rawatan Rapi, ICU. Sebelum ini doktor di HKL menyarankan agar anak kami dirawat di Kuala Lumpur," ujar Aminah.
Suaranya kedengaran sebak.
Untuk rekod, suami Aminah, Syahlizan Saimin, 34 tahun, bertugas sebagai Pembantu Perpustakaan di Majlis Bandaraya Johor Bahru.
"Doktor di sini keberatan untuk menghantar Iskandar ke Kuala Lumpur, bimbang pihak HKL enggan menerima anak kami berikutan penemuan jangkitan baru di tubuhnya Adenovirus Phneumonia, sekaligus mengakibatkan paru paru Iskandar menjadi lebih kritikal," sambung ibu itu.
"Adakah puan telah bertanya kepada pihak HKL samada mereka mahu menerima dan merawat Iskandar atau tidak?," soal saya.
"Itu saya kurang periksa," balas Aminah kini menetap di Larkin Perdana bersama suami.
Berikut rayuan dikemukakan suaminya kepada rakan di Facebook untuk mendapatkan bantuan sewajarnya.
'Assalamualaikum.
Iskandar dilahirkan pada 16 Julai 2011. Dia anak comel, sihat dan suka tersenyum.
Pada Disember 2011, dia dimasukkan ke Wad Kanak Kanak di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor kerana jangkitan kuman di paru paru. Pada Mac 2012, Iskandar dimasukkan sekali lagi kerana demam kuat.
pada 3 Mei 2012, sewaktu pemeriksaan mingguan, dia diwadkan sekali lagi kerana pernafasan terlalu laju dan bibirnya menjadi kehitaman. Dia kemudian menjalani pelbagai ujian termasuk ECHO, dan CTScan, hasilnya jantung dan paru paru dia dapati baik. Ujian darah menunjukkan kandungan darah putih agak tinggi,dan ubat sepatutnya diberikan.
Doktor di Hospital Sultanah Aminah tidak dapat mengesahkan penyakit sebenar Iskandar dan meminta Doktor Asiah Kasim dari HKL untuk memeriksa Iskandar. Berikutan itu pada 15 Mei 2012, Iskandar disahkan menghidap ILD, Interstitial Lung Disease. Rawatannya hanya boleh dilakukan di HKL, dan Doktor Asiah telah memberi kami masa untuk berfikir. pada 17hb, saya dan isteri telah bersetuju menghantar Iskandar ke HKL untuk mendapatkan rawatan.
Sejak 15 Mei 2012, ubat dan antibiotik Iskandar telah diberhentikan dan Iskandar hanya diberikan ubat demam dan bantuan Nebulizer setiap 6 jam.
Pada 18 Mei 2012, Iskandar dimasukkan ke ICU kerana paru parunya gagal berfungsi dan bergantung kepada mesin pernafasan. Apabila soalan diajukan, doktor mengatakan keadaannya stabil.
Setiap hari kami bertanya, bilakah mahu menghantar Iskandar ke HKL? Tetapi jawapannya masih tidak tahu kerana memerlukan ambulan dilengkapi katil ICU dan pihak HKL juga perlu menyediakan bilik rawatan ICU untuk Iskandar.
Sehingga ke hari ini, oksigen Iskandar telah dinaikkan ke 70% dan jawapan sama masih lagi dikeluarkan oleh doktor.
"Iskandar tidak stabil dan memerlukan ambulan yang lengkap untuk ke HK"
Kami kecewa dan terus kecewa.
Jadi kami meminta bantuan kalian, rakan rakan supaya dipanjangkan makluman ini kepada pihak bertanggungjawab supaya dapat membantu Iskandar supaya lebih cepat mendapat rawatan.
Panjangkan kepada HKL, KKM, malah kepada PM sendiri kalau boleh.
Dapat dipanjangkan kepada Bro Mazidul atau sesiapa yang boleh mengetengahkan isu ini kepada pihak lebih bertanggungjawab.
Kami sayang anak kami, dan kami mahu dia senyum kembali.
Saya boleh dihubungi di talian 0197419790 dan isteri saya 012-4833462'
Saya percaya, setiap rakyat Malaysia berhak untuk mendapat rawatan kesihatan. Jika tidak, masakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencetus dan melaksanakan projek klinik 1 Malaysia.
Jika benar dakwaan ketiadaan ambulan dilengkapi kemudahan ICU, menjadi penghalang utama untuk Iskandar mendapat rawatan di HKL, saya percaya masalah itu boleh ditangani.
Mohon hebahkan maklumat berhubung kes ini agar mendapat perhatian mereka bertanggungjawab membantu.
Tinggalkan catatan 'SD', 'sudah disebarkan' di ruang komen untuk saya mengetahui pembaca ingin membantu saya menghulurkan sedikit pertolongan kepada keluarga ditimpa bahana ini.
Berikut gambar terkini Iskandar dihantarkan kepada saya sebenar tadi.
Ya Allah! Selamatkan anak ini dan berikan dia peluang untuk hidup seperti anak kami.
Credit to blogger Mazidul Akmal. Sebarang update boleh terus ke blog Mazidul. Link blog tersebut ada diletakkan di sebelah kanan blog saya ini.
Semoga adik Iskandar yg hanya lebih tua 3 bulan dari anak saya yg bongsu dapat diselamatkan. Hari ini hari mereka, esok lusa kita tak tahu bila pula masa kita akan sampai.
Wasssalam.