Ahad, 13 Februari 2011

Insha Allah – Maher Zain versi melayu…

Salam,

Ingat tak entry saya fasal Maher Zain nie

Fenomena betul waktu tue kan….malah kini juga. Maher Zain waktu tue datang buat konsert Save The Soul di Auditorium MBSA, Shah Alam pada 14 dan 15 Oktober 2010. Tiket ketika itu amatlah terhad. Ramai yg gagal sehingga timbul isu pengurusan tiket yg tidak cekap (gossip dlm forum). Then Maher Zain dtg lagi ke Malaysia pada 26, 27 dan 28 Disember untuk show amal Malam Amal Setulus Kaseh yg mana jualan tiket ketika itu antara RM200 hingga RM1,000 sekepala melalui jualan meja. Ramai yg kurang mampu mendapatkan tiket.

Kini, Maher Zain akan dtg lagi ke Malaysia pada 25 dan 26 Februari 2011 untuk menjayakan konsert Maher Zain 2011 bertempat di Stadium Melawati Shah Alam. Yang paling istimewanya nanti, di dalam konsert itu Maher Zain akan menyanyikan lagu Insha Allah versi bahasa melayu.

Korang dengar lagu Insha Allah versi melayu nie….boleh tahan sebutan melayu Maher Zain. Tak kekok langsung sebutan tue. Tahniah Maher Zain atas usaha ini…mungkin mesej lagu Insha Allah tue akan lebih sampai lagi kepada peminat melayu di Malaysia nie.


Wassalam

* irsyad lepas nie boleh la ikut lirik Insha Allah nie ye...kalau bahasa english adik cakap sepatah apa mama tak faham.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan