Jumaat, 17 Ogos 2012

Selamat hari raya ........ 2012


Assalamualaikum,

Saya rasa ramai diantara warga kota telah pun bertolak pulang ke kg. Pasar ramadhan yg dulunya meriah pun dah tinggal separuh je. Gerai-gerai lemang, daging segar semakin banyak di tepi jalan. Tapi jln masih juga jammed di sekitar lembah klang nie.

Persediaan raya family syanor kali nie lebih kepada baju-bajan bebudak. Mama balas dendam tahun lepas x beraya. Lagi pun bila shopping dgn bebudak nie, x dan nak memilih. Main ambil, tala kat badan anak-anak. Nampak cantik & padan dgn ukuran anak-anak, terus ambil bayar. Tak kuasa nak memilih dgn org ramai & anak-anak melasak.

Tema raya kali nie adalah purple. Memula beli baju melayu hubby & irsyad kat kompleks PKNS. Sambar sekali baju kurung mama. Kain yg beli nak buat baju raya x sempat nak hantar tukang jahit. Tahun nie beli dah siap je. Tapi costly la juga sebab baju bebudak nie je dah 6 ratts gak habis. Baju budak dah settle baru mama rasa lega. Baru la nak fikir beli keperluan mama lak. Mlm tadi shopping last minute kat IOI utk cari kasut & blouse mama. Cari juga baju utk atuk & tuk ayah di kg. Baju wan mama dah belikan kain seblum puasa lagi hari tue. Mlm tadi sngat jammed di puchong nie.

Kuih raya baba dah beli 3 jenis. Mama dah buat 2 jenis. Beli dgn kak jue ada 2 jenis lagi. Cukup la tue. Nak cari kerepek pulak.

Duit raya dah tukar. Sampul raya tahun, tahun, tahun lepas punya lagi pun x pakai lagi.

Hiasan rumah...rumah sekarang macam tongkang pecah dah. Hubby dah kemas skit belakng dapur. Lepas balik raya nanti la baru kemas. Sekarang x sempat dah sebab mlm nie nak balik kg dah.

Hari nie mama masih lagi keje. Ptg nanti balik rumah packing barang, berbuka puasa then gerak balik. Tahun nie turn beraya di Kuala Rompin Pahang.

Kepada semua pembaca blog ini yg dikenali atau tidak, silent reader dan mereka di luar sana saya ucapkan :-

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAFKAN SEGALA KESILAPAN DAN KEKASARAN BAHASA SEPANJANG SAYA MENULIS DI BLOG INI
PANDU LA BERHATI-HATI DI JALAN RAYA. SEMOGA SELAMAT TIBA KE DESTINASI DGN SELAMAT
OFF KAN TWITTER & FACEBOOK ANDA SEKETIKA
BERTEMULAH DGN SANAK SAUDARA DAN SAHABAT HANDAI. JGN JADI MASYARAKAT YG BISU. APA GUNA MEMANDU BERATUS-RATUS KILOMETER, TEMPUH JAMMED SAMPAI KG BORAK DLM TWITTER JE ??

Akhir kata,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

- Ikhlas dari SyaNor Family-

Wassalam.

* Hubby saya nama dia Syawal sebab dia lahir pada pagi 1 syawal sebelum takbir raya berkumandang...jadi setiap pagi 1 syawal saya akan ucapkan selamat hari lahir pada dia. Selamat hari lahir abg...

* Pada 2 syawal ini Insha Allah, 20 Ogos 2012 adalah hari lahir Irsyaduddin Mohd Syawal yang ke tiga tahun. Selamat hari lahir irsyad.


1 ulasan:

  1. Caesars Casinos & Gaming MapYRO
    Find your nearest casino 바카라 양방 & gaming kiosks in 제천 출장안마 Las Vegas, NV. in 여주 출장마사지 our casino-resort-casino map. in 포항 출장마사지 the casino gaming area at the Caesars casino in Las Vegas, 광주 출장마사지

    BalasPadam