Sabtu, 4 Ogos 2012

Pada 15 Ramadhan ini..


Assalamualaikum,

Pagi-pagi drive ke tempat kerja dah dengar lagu raya. Wahh...seronoknya. Tak silap saya ada garis panduan utk penyiaran lagu-lagu raya di station radio kan ? Biasanya lagu raya akan dikeudarakan pada 15 ramadhan   sehingga 15 syawal sahaja x silap (betulkan saya kalau fakta nie salah ye). Selebihnya korang boleh buka mp3 atau youtube layan lagu raya sorang diri atau dgn family.

Dengar lagu raya nie sangat mengusik jiwa. Ada yg sayu, ada yg gembira, rindu & pelbagai lagi la perasaan bila dengar lagu raya nie. Kadang-kadangkan, dengar lagu raya nie boleh hilang stress tau. Saya dulu kalau lepas kena marah dengan bos, masuk bilik saya pasang earphone kat telinga layan lagu-lagu raya sambil siapkan kerja yg menimbun walaupun waktu tue baru bulan 4 !. Saya x peduli la raya lagi 6 bulan ke, setahun ke, rasa nak layan lagu raya saya layan je sensorang diri. heheh

Sempena 15 ramadhan nie juga mengimbas kenangan puasa saya tahun lepas. Hari nie dah setahun 6 hari kalau ikut kelendar hijrah dari detik kenangan pahit manis saya di hospital. Tahun lepas, pada puasa yg ke 9 saya telah ditahan di wad hospital putrajaya selama lebih 2 bulan. Sedihnya jgn cerita la. Tuhan je yg tahu. Dah la masa tue saya baru je berjanji dgn anak-anak nak shopping baju raya hujung minggunya. Tup tap kena tahan kat hospital lak.

Ingat lagi hari pertama saya di hospital. Dah la bulan puasa, tapi makanan disediakan seperti biasa utk para pesakit. Breakfast, mkn tengahari, minum ptg, makan mlm. Saya yg berpuasa waktu tue cam pelik juga. Ye la saya x pernah duduk hospital masa bulan puasa. Then, esoknya sebelum subuh saya bangun sahur. Puas saya tunggu hidangan sahur di hantar tapi sampai la azan subuh berkumandang langsung x nampak bayang pun. Paginya masa staff yg servis hantar makanan tue hantar breakfast pada saya, saya pun tanya la x de hidangan sahur ke dihantar. Tau staff tue cakap apa ? Kak, kat hospital nie semua org sakit. Mana ada yg puasa kak ! Erkkk...betul juga kan...

Itu cerita tahun lepas. Alhamdulillah, saya masih bernyawa sehingga hari nie. Kalau ikutkan pada operation tue saya dah 50-50 dah. Tuhan panjangkan umur saya utk lihat anak-anak saya membesar.

Oh ya, cabaran saya pada kakak Batrisyia yg kali pertama berpuasa pada tahun nie akan berakhir ptg nie. Saya cabar dia utk berpuasa sekurang-kurangnya 15 hari. Tak sangka kakak sahut cabaran tue dgn mudah je. Nampaknya kena la mama tunaikan janji nak beli barang yg kakak suka tue. Nanti kita sama-sama pergi survey ye sayang...dan kalau boleh puasa penuh la tahun nie & tuntut reward dgn baba pulak.

Ptg nie balik kg. Tak sabar nak berbuka dgn mak & adik beradik yg lain.

Wassalam.

*Ada org pakai kereta baru raya nie la. Rezeki masuk keje gomen ye...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan