Assalamulaikum,
sape dengar hotfm pagi tadi pasti teruja dengan penampilan 2 pelakon iklan raya bernas 'the journey' yang sedang hangat ketika ini. Ahmad dan fizi, sebagaimana mereka di dalam iklan itu begitu lah juga mereka di luar..mereka adalah kanak-kanak istimewa. Yg membezakan cuma di dunia realiti mereka masih mempunyai keluarga sendiri.
Ahmad & fizi menggunakan nama sebenar mereka ketika
berlakon dlm iklan 'The Journey'
Kalau dulu, setiap tahun kita akan tersentuh dengan iklan hasil tangan Yasmin Ahmad yg penuh dengan sifat kekeluargaan dan kasih sayang. Kalau setiap tahun, dekat nak raya saya pasti akan menonton kembali iklan-iklan raya yg penuh nostalgia sentuhan Yasmin Ahmad. Selepas Yasmin Ahmad dijemput ilahi, tahun-tahun berikutnya iklan-iklan hari raya agar hambar dan 'kurang rasa'. Kata org kurang feel lah. Hinggakan ada iklan yg menjadi kontroversi. Tapi tahun ini kita dihidangkan dgn iklan raya sentuhan anak muda yg penuh berjiwa. Tahniah kerana berjaya menghidangkan rakyat malaysia satu iklan raya yg begitu menyentuh hati.
Untuk lagu raya pula, mungkin sebab saya dah tua nie lagu-lagu raya generasi baru memang x boleh layan kat telinga. Tambah x best lagi kalau ada penyanyi-penyanyi baru menyanyikan semula lagu-lagu raya terdahulu mengikut adunan baru. Itu memang saya tutup atau tukar channel radio lain la jawabnya. X tahu kenapa, tapi memang saya x boleh nak layan.
Bagi saya, setiap lagu raya itu biarlah seperti yg asalnya atau biarkan originality tidak di usik. Sebab penyanyi asal sudah menyanyikan dgn penuh rasa & jiwa. Jadi x perlulah nak ubah apa-apa. Lagu raya generasi baru yg saya boleh layan pun hanyalah lagu Siti Nurhaliza dan lagu raya Senario. Yg lain-lain tue, maaflah ye...
Oh ya, cakap fasal lagu raya Siti Nurhaliza nie teringat saya ketika mula melaksanakan projek under JKR Alor Gajah tahun 2003 dulu. Masa tue adalah meeting pertama dgn pihak JKR bagi penyerahan tapak projek & kick off meeting. Kiranya masa nie adalah sessi suaikenal jugala antara kontraktor, consultant dan pihak JKR. Meeting nie jatuh pada 2 Ramadan. Masa tengah-tengah meeting tue, tetiba hp boss main contractor berbunyi. Dulu dering tone hp x de la canggih macam sekarang siap keluar lirik lagu bagai. Yang ada cuma tone lagu je. Yg buat org-org dlm bilik meeting tue ketawa bila dengar hp bos nie berbunyi sebab dia pergi set tone lagu Nazam Lebaran - Siti Nurhaliza. Kuat pulak tue. Korang bayangkan tengah meeting senyap sunyi tetiba keluar tone lagu raya dgn kuat sekali pada 2 ramadhan !
Sorang staff JKR yg duduk sebelah saya siap cakap lagi pada saya, bos awak tue x sabar nak beraya ke ? saya x sure la niat dia tanya saja ataupun menyindir. Bos tue pulak saya tengok muka dah merah padam dah. Malu kot. Tapi dekat-dekat nak raya tue dia tukar pulak ring tone guna tone lagu raya P.Ramlee. Mood nak beraya dah sedih la tue kot....kenangan sungguh.
Ok la, nie adalah lagu dan iklan terbaik pilihan saya sepanjang zaman...
Lagu - Dari Jauh ku pohon maaf - sudirman, Satu hari di hari raya - M.Nasir, Selamat Hari Raya - Saloma
Iklan - Janda anak tujuh yg cari lembu utk ibu dia, iklan yg dia asingkan tempat makan ayahnya yg uzur, dan iklan bernas kat atas nie.
Wassalam.
* Masa iftar di Kinrara Golf Resort hari tue, kakak Batrisyia terkedu & terpegun tengok penghibur masa sebelum dan selepas berbuka tue adalah org buta. Suara dia sangat sedap semasa menyanyikan lagu Ombak Rindu. Allah Maha Adil kan...Dia kurangkan nikmat bahagian ini tapi di lebihkan nikmat bahagian yg lain. Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hambanya. Selalunya kita lah yg menzalimi diri kita sendiri !
bagaimana saya ingin tahu lebih lanjut lagi tentang kisah kehidupan ahmad dan fizi yang sebenarnya?
BalasPadammaaf saya ye...kurang info kisah kehidupan ahmad & fizi. cuma x silap saya salah seorang dari mereka adalah anak kepada bekas penyanyi nasyid era 80an dulu.
BalasPadam