Jumaat, 3 Ogos 2012

Acute Otitis Media - Gejala telinga bayi bernanah


Assalamualaikum,

Sape anak dia pernah kena macam nie ?

Satu hari masa korang ulit-ulit baby korang, tetiba nampak lendir hijau keluar dari telinga baby korang. Tapi anak korang x nangis pun. Melasak lagi ada. Saya x pernah ada pengalaman begitu dgn 2 anak saya. Tapi dgn baby syirah macam-macam pengalaman baru yg saya hadapi setiap hari.

Mula-mula, waktu malam masa hubby dukung basyirah saya ternampak lendir hijau keluar dari telinga basyirah. Saya ambil kain & sapukan lendir tue. Terkejut saya tengok lendir tue adalah nanah. Saya dah risau. Baby syirah terjatuh ke ? ada benda masuk dlm telinga ke ? suluh dgn lampu x nampak apa. Ye  la lubang telinga dia kecik sangat kan..

Then, hubby bawa telinga Basyirah ke klinik. Doktor kat klinik tue dok explain memacam kata benda nie sangat serius, kitorang lambat bawa jumpa doktor, boleh kena jangkitan otak. Hah ? JANGKITAN OTAK ? ini memang SERIUS !

Plan nak pergi hospital tapi mama kata hospital ada hantu jadi baba kena temankan mama hantar basyirah pergi hospital baba bz & mama x pandai berdikari. So, mama & baba decide ambil cuti sama-sama hantar basyirah ke KPJ Kajang buat checkup lagi.


Mama & basyirah dlm jammed on the way ke KPJ Kajang

Patut la jammed. Ada excident

Bila check kat KPJ Kajang, doktor masukkan teropong kecil dlm telinga basyirah. Doktor kata gegendang telinga x de masalah. Lendir tue keluar dari hingus kat hidung baby. Doktor tue kata benda nie biasa berlaku pada baby & kanak-kanak kecil. Malah, doktor pun x bekalkan sebarang ubat pun pada kami sebab dia kata telinga basyirah dah kering. Kami jadi confuse ! Doktor nie kata serius, doktor tue kata x de apa. Aiikk, lain universiti lain ilmu & praktikal ke ??

Cuma penyakit yg di maklumkan pada kami tue sama. Otitis Media. Apa itu otitis media, haaa...korang baca nie ye..

Kebanyakan kanak -kanak yang mengeluh sakit telinga menghidap keadaan yang dipanggil ' Acute Otitis Media '. Keadaan ini lebih kerap terdapat di kalangan kanak -kanak dari orang dewasa kerana bentuk tiub eustachian mereka berlainan. Itulah sebabnya ramai Pakar Kanak -kanak dan Pakar Telinga , Hidung dan Tekak tidak menyarankan supaya bayi disusukan dalam keadaan berbaring sebaliknya , dalam keadaan bersandar. Rawatan dengan antibiotik seawal - awalnya yang boleh adalah disarankan supaya komplikasi seperti pekak dan Lebam Tulang Mastoid boleh dihindar. Kanak -kanak yang telah pecah dinding timpanumnya boleh menjejaskan pendengarannya dan mungkin akan memerlukan pembedahan untuk membetulkan bahagian yang pecah itu. Jika pendengarannya kurang , perkembangan bahasanya dan seterusnya pembelajarannya akan turut terjejas. Pengunaan alat pendengaran bagi kanak - kanak yang kurang pendengarannya boleh memberi manfaat sambil menunggukan pembedahan untuk membetulkan dinding  timpanum.

Oh ya, baby basyirah sangat la baik & sopan depan doktor. Doktor check telinga dia, dia diam je. Kalau irsyad atau kakak dah tepis-tepis dah tangan doktor tue.

So, balik rumah hati lega skit. 4 hari lepas tue, lendir nanak keluar lagi. Aduh, kami jadi gelabah balik. Last-last pergi semula KPJ Kajang. Tapi doktor yg kata x de apa tue, x bertugas pulak mlm tue. Jumpa doktor lain. Dia bekalkan ubat & advice kalau seminggu masih keluar lagi cepat-cepat bawa jumpa pakar.


Nie la ubat yg dibekalkan doktor KPJ tue.
Ubat titis dlm telinga, antibiotik dan ubat utk kuman

Saya ada gak tanya kakak ipar saya. Dia kata anak dia pun macam tue juga. Tapi lama-lama lendir nanah tue hilang sendiri bila baby makin besar. 

Nie la baby syirah yg buat hati mama & baba runsing

Saya ada juga tanya pak cik google fasal masalah nie, nie yg pak cik google selaku doktor x bertauliah bagi tau saya...

Info dari sini ye..

Bagaimanakah saya boleh tahu samada bayi saya mendapat jangkitan telinga?
Agak sukar untuk menentukannya, tetapi jika anak anda mempunyai batuk atau hidung meleleh dan tiga atau lima hari kemudiannya menjadi demam, ini mungkin disebabkan jangkitan telinga. Bayi mungkin juga menarik-narik telinga atau kelihatan resah. Jika dia bertatih, dia mungkin mengalami masalah imbangan dan berkelakuan lebih cemerkap daripada biasa.


Menghisap dan menelan juga menyakitkan dia, jadi jika bayi anda menolakkan badannya daripada payudara atau botol setelah mula menyusu, seakan-akan dalam kesakitan, kunjungilah doktor anda.
Pada ketika ini, apa jua bakteria atau virus yang hidup dalam cecair mempunyai persekitaran yang panas dan basah dalam mana boleh membiak; nanah terhasil, dan tekanan ke atas gendang telinga menyebabkan ianya membonjol dan meradang, satu kondisi yang diberi nama otitis media akut. Demam berlaku apabila badan anak anda cuba melawan infeksi itu.

Satu lagi sebab kanak-kanak mudah diserang jangkitan telinga ialah sebab tiub Eustachia mereka adalah pendek dan mendatar. Semasa anak anda membesar, panjang tiub itu akan bertambah tiga kali ganda daripada setengah inci/1.25 sentimeter kepada 1.5 inci/3.8 sentimeter. Ia juga akan menjadi lebih tegak, mengurangkan kebarangkalian mendapat jangkitan.

Rawatan dengan antibiotik, lazimnya Amoxicillin, boleh menghapuskan kuman-kuman, tetapi bendalir itu akan mengambil masa beberapa minggu atau bulan untuk diserapkan kembali ke dalam badan. Kehadiran bendalir mungkin tidak memerlukan rawatan medikal, tetapi, jika anak anda mempunyai simptom jangkitan telinga seperti demam, panggillah doktor keluarga atau pakar pediatrik. Pengumpulan bendalir pekat yang berterusan dalam tiub Eustachia, dikenali sebagai "telinga bergam", juga memerlukan perhatian. Lihat artikel kami tentang merawat jangkitan telinga untuk maklumat lanjut. 


Pada ketika ini, apa jua bakteria atau virus yang hidup dalam cecair mempunyai persekitaran yang panas dan basah dalam mana boleh membiak; nanah terhasil, dan tekanan ke atas gendang telinga menyebabkan ianya membonjol dan meradang, satu kondisi yang diberi nama otitis media akut. Demam berlaku apabila badan anak anda cuba melawan infeksi itu. 


• membiarkan anak anda minum susu botol secara berbaring; - faberet baby syirah nie

• menggunakan susu formula bukan susu ibu; - baby syirah susu campur

• mengguna puting; - oppss...anak saya diharamkan menggunakan puting

• pendedahan kepada asap rokok; - baba sekarang merokok di luar rumah. Kalau merokok luar pagar boleh x ? nak lagi afdal, berhenti merokok terus !

• menghadiri sekolah mainan atau pusat asuhan kanak-kanak pada umur kurang dari satu tahun, sebab terdapat lebih banyak pendedahan kepada batuk dan selesema, yang boleh membawa kepada lebih banyak jangkitan telinga. 

Semasa bayi anda diserang jangkitan telinga, anda mungkin terpaksa berjaga semalaman dengan anak yang meraung, membuat beberapa perjalanan ke doktor dan farmasi untuk ubat, dan bimbang sama jangkitan telinga yang berulang itu akan mendatangkan kehilangan pendengaran. Semua ini akan membawa stres.


Berapa kerapkah jangkitan telinga berlaku?

Jangkitan telinga yang berulang-ulang boleh membawa kepada kehilangan pendengaran, dan walaupun gendang telinga pulih dengan baik, jangkitan yang berulang boleh menyebabkan parut. Ini juga berlaku dalam sebilangan kecil kes, jadi adalah penting dihentikan jangkitan telinga ringan yang berulang-ulang supaya dapat mencegah sebarang kemungkinan kerosakan jangka panjang pendengaran anak anda.

Jangkitan telinga kerap berlaku di kalangan kanak-kanak pra-sekolah, terutama sekali di negeri yang mengalami cuaca dingin untuk beberapa bulan semasa musim sejuk.
Apa yang menyebabkannya?
Masalah bermula dalam tiub Eustachia yang menghubung telinga tengah kepada bahagian belakang hidung dan tekak, dan membawa bakteria dari situ ke telinga tengah, apabila anda menguap atau menelan. Itu tidak menjadi masalah selagi tiub berfungsi dengan baik; tiub Eustachia yang sihat membolehkan bendalir menyalir keluar. Tetapi, jika tiub itu bengkak disebabkan selesema, alergi, atau jangkitan sinus, bendalir itu boleh terperangkap di telinga tengah.
Apakah yang akan menambahkan kebarangkalian anak saya mendapat jangkitan telinga?
Beberapa faktor boleh menambahkan risiko jangkitan telinga, termasuk:
Adakah jangkitan telinga serius?
Memang boleh. Ianya boleh menyebabkan kesakitan yang teruk bagi kanak-kanak, kerisauan bagi ibubapa dan gangguan kepada kehidupan seharian. Jangkitan yang amat teruk atau tidak dirawat boleh menyebabkan gendang telinga pecah dan membanjiri kanal telinga. Walaupun ini jarang berlaku, adalah penting bagi anda meminta pakar pediatrik anda memeriksa telinga anak anda jika anda mengesyaki yang dia mempunyai jangkitan telinga atau jika simptom-simptom tidak reda dalam tiga hari, walaupun sudah dirawat ataupun belum.
Apakah ertinya jika saya ternampak nanah meleleh dari kanal telinga?
Lelehan nanah atau cecair kuning berdarah bermakna sudah terdapat lubang kecil dalam gendang telinga anak anda, yang selalunya pulih dengan sendirinya dalam masa lebih kurang dua minggu. Namun begitu, hubungilah doktor anda.

Lepas ambil ubat yg dibekalkan & titiskan ubat dlm telinga basyirah, lendir tue kering sendiri walaupun dia ada on off nya tapi x la seteruk masa memula keluar tue.

Dan sekarang lendir nanah tue dah tiada lagi. Pada ibu-ibu yg menghadapi situasi begini, cepat-cepat la bawa jumpa doktor ye. Doktor akan bagi ubat. Cuma kalau teruk sangat pasti korang kena cepat-cepat jumpa pakar agar tidak berlaku perkara yg tidak diingini.

Wassalam.


2 ulasan: