Assalamualaikum,
Bila kali terakhir anda menerima atau memberi kad raya pada seseorang.. ?
Ramai yg kata kad raya sudah tidak relevan lagi sekarang. Kalau nak hantar kad ucapan pengganti diri, guna je kad online letak dlm facebook tag semua org. Settle !
Mudahnya org zaman sekarang kan...teringat dulu-dulu, tiap kali menjelang raya jenuhnya cari ranting kayu yg banyak cabang sebab nak letak kat ruang tamu untuk menggantung kad raya. Zaman 80an 90an, boleh kata hampir setiap rumah ada ranting kayu yg digantungkan kad raya.
Bila tetamu dtg, dok intai-intai baca kad raya yg tergantung tue. Kad raya nie juga bukan sahaja diberikan kepada perantau yg jauh dimata. Pendek kata jiran sebelah rumah, kawan yg duduk sebelah kita kat sekolah, cikgu sekolah (cikgu yg kita suka je...) dan juga boyfriend kelas sebelah...hehehe. Kita bagi kad raya kat org lain dgn harapan org balas kad raya kita dan kita dapat banyak kad raya maka secara tak langsung kita adalah fofular....dgn kata lain PERASAN SYOK SENDIRI !
Yng nak lagi best kan bila kita dapat kad raya yg berbunyi dan berlampu. Masa tue riak kat adik beradik & kengkawan riak tahap langit ke tujuh. Kalau malam nak tidur, buka kad tue mengerliplah lampu yg boleh jadi lampu tidur & bunyi lagu raya yg boleh mendodoikan kita. Sebenarnya sengaja nak eksyen kat adik beradik je.
Sebab kita riak kan, adik yg bengang dgn kakak dia pun dendiam ambil kad tue dan biar terbuka. Lepas tue letak bawah bantal takut org dengar bunyi lagu raya kat kad tue. Biarkan kad tue terbuka bawah bantal sampaila habis bateri. Padan muka kakak !
Banyak nostalgia kad raya nie kan...
Actually saya dah hampir melupakan kewujudan kad raya ini sebenarnya. Walaupun selalu nampak kat kedai buku atau pasaraya, tapi buat x tahu je. Masa pergi Tesco hari tue kakak Batrisyia nampak kat raya gambar cartoon. Dia nak beli buat main, saya x bagi.
Tapi, pertengahan puasa hari tue saya menerima bungkusan di bawah,
Surat tulisan KAKI yang amat menyentuh hati...
Ini adalah kad raya yg mana lukisan bagi muka hadapan kad tersebut dilukis menggunakan
kaki atau pun mulut.
Mereka adalah Persatuan Pelukis-Pelukis Mulut & Kaki. Macam pernah saya katakan sebelum ini, Allah kurangkan pada satu bahagian tetapi dilebihkan pada bahagian yg lain pula. Mereka ini telah dianugerahkan kebolehan melukis menggunakan mulut atau kaki. Kad raya yg dihantar, jika berminat boleh dibeli dgn harga RM35 sahaja bagi 8 keping kad yg cantik di atas. Sekiranya tidak berminat boleh lah dikembalikan semula kepada mereka. Mungkin cara itu agak kurang senang bagi sesetengah orang, tapi sekurang-kurangnya mereka berusaha dari meminta-minta.
Selain kad raya, mereka juga menghasilkan pelbagai produk lagi seperti di bawah,
Bagi sesiapa yg berminat utk membeli sekaligus membantu mereka ini bolehlah menghubungi alamat mereka di bawah,
So, bilakah kali terakhir anda menerima atau memberi kad raya pada seseorang.. ?
Kali terakhir saya memberi kad raya pada seseorang adalah pada tahun 2004. Tahun tue adalah tahun pertama saya beraya sebagai isteri org. Kerana terlalu excited beraya bersama hubby, pagi raya itu saya telah menyelitkan sekeping kad raya buat suami dibawah bantal di bilik tidur kami di palong. Ketika hubby duduk di katil dia ternampak kad raya yg diselitkan di bawah bantal tue. Lepas baca kad raya tue dia tersenyum then cakap kat saya, 'Eh, kita duduk satu rumah pun kena bagi kad raya juga ek ???' Ayat yg sangatla menyentap jiwa. Sampai sekarang kad raya tue masih belum dapat balasan lagi. Opppss...saya lupa letak pantun 2 kerat la kat dlm kad tue. Sepatutnya saya kena tulis macam nie,
pecah kaca pecah gelas
sudah baca WAJIB balas..
* kalau boleh balas dgn disertakan duit raya sekali tau....hikss !
Ok, kali terakhir saya menerima kad raya adalah dari sahabat pena saya dulu. Zaman masa saya study lagi dulu. Dapat kad berbunyi siap ada lampu lip-lap lagi. Tapi masa mlm raya ada org buka kad raya tue letak bawah bantal sampai habis bateri !
Kenangan kad raya yg kekal di ingatan...
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan