Jumaat, 17 Ogos 2012

Selamat hari raya ........ 2012


Assalamualaikum,

Saya rasa ramai diantara warga kota telah pun bertolak pulang ke kg. Pasar ramadhan yg dulunya meriah pun dah tinggal separuh je. Gerai-gerai lemang, daging segar semakin banyak di tepi jalan. Tapi jln masih juga jammed di sekitar lembah klang nie.

Persediaan raya family syanor kali nie lebih kepada baju-bajan bebudak. Mama balas dendam tahun lepas x beraya. Lagi pun bila shopping dgn bebudak nie, x dan nak memilih. Main ambil, tala kat badan anak-anak. Nampak cantik & padan dgn ukuran anak-anak, terus ambil bayar. Tak kuasa nak memilih dgn org ramai & anak-anak melasak.

Tema raya kali nie adalah purple. Memula beli baju melayu hubby & irsyad kat kompleks PKNS. Sambar sekali baju kurung mama. Kain yg beli nak buat baju raya x sempat nak hantar tukang jahit. Tahun nie beli dah siap je. Tapi costly la juga sebab baju bebudak nie je dah 6 ratts gak habis. Baju budak dah settle baru mama rasa lega. Baru la nak fikir beli keperluan mama lak. Mlm tadi shopping last minute kat IOI utk cari kasut & blouse mama. Cari juga baju utk atuk & tuk ayah di kg. Baju wan mama dah belikan kain seblum puasa lagi hari tue. Mlm tadi sngat jammed di puchong nie.

Kuih raya baba dah beli 3 jenis. Mama dah buat 2 jenis. Beli dgn kak jue ada 2 jenis lagi. Cukup la tue. Nak cari kerepek pulak.

Duit raya dah tukar. Sampul raya tahun, tahun, tahun lepas punya lagi pun x pakai lagi.

Hiasan rumah...rumah sekarang macam tongkang pecah dah. Hubby dah kemas skit belakng dapur. Lepas balik raya nanti la baru kemas. Sekarang x sempat dah sebab mlm nie nak balik kg dah.

Hari nie mama masih lagi keje. Ptg nanti balik rumah packing barang, berbuka puasa then gerak balik. Tahun nie turn beraya di Kuala Rompin Pahang.

Kepada semua pembaca blog ini yg dikenali atau tidak, silent reader dan mereka di luar sana saya ucapkan :-

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAFKAN SEGALA KESILAPAN DAN KEKASARAN BAHASA SEPANJANG SAYA MENULIS DI BLOG INI
PANDU LA BERHATI-HATI DI JALAN RAYA. SEMOGA SELAMAT TIBA KE DESTINASI DGN SELAMAT
OFF KAN TWITTER & FACEBOOK ANDA SEKETIKA
BERTEMULAH DGN SANAK SAUDARA DAN SAHABAT HANDAI. JGN JADI MASYARAKAT YG BISU. APA GUNA MEMANDU BERATUS-RATUS KILOMETER, TEMPUH JAMMED SAMPAI KG BORAK DLM TWITTER JE ??

Akhir kata,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

- Ikhlas dari SyaNor Family-

Wassalam.

* Hubby saya nama dia Syawal sebab dia lahir pada pagi 1 syawal sebelum takbir raya berkumandang...jadi setiap pagi 1 syawal saya akan ucapkan selamat hari lahir pada dia. Selamat hari lahir abg...

* Pada 2 syawal ini Insha Allah, 20 Ogos 2012 adalah hari lahir Irsyaduddin Mohd Syawal yang ke tiga tahun. Selamat hari lahir irsyad.


Nostalgia kad raya


Assalamualaikum,

Bila kali terakhir anda menerima atau memberi kad raya pada seseorang.. ?

Ramai yg kata kad raya sudah tidak relevan lagi sekarang. Kalau nak hantar kad ucapan pengganti diri, guna je kad online letak dlm facebook tag semua org. Settle !

Mudahnya org zaman sekarang kan...teringat dulu-dulu, tiap kali menjelang raya jenuhnya cari ranting kayu yg banyak cabang sebab nak letak kat ruang tamu untuk menggantung kad raya. Zaman 80an 90an, boleh kata hampir setiap rumah ada ranting kayu yg digantungkan kad raya.

Bila tetamu dtg, dok intai-intai baca kad raya yg tergantung tue. Kad raya nie juga bukan sahaja diberikan kepada perantau yg jauh dimata. Pendek kata jiran sebelah rumah, kawan yg duduk sebelah kita kat sekolah, cikgu sekolah (cikgu yg kita suka je...) dan juga boyfriend kelas sebelah...hehehe. Kita bagi kad raya kat org lain dgn harapan org balas kad raya kita dan kita dapat banyak kad raya maka secara tak langsung kita adalah fofular....dgn kata lain PERASAN SYOK SENDIRI !

Yng nak lagi best kan bila kita dapat kad raya yg berbunyi dan berlampu. Masa tue riak kat adik beradik & kengkawan riak tahap langit ke tujuh. Kalau malam nak tidur, buka kad tue mengerliplah lampu yg boleh jadi lampu tidur & bunyi lagu raya yg boleh mendodoikan kita. Sebenarnya sengaja nak eksyen kat adik beradik je.

Sebab kita riak kan, adik yg bengang dgn kakak dia pun dendiam ambil kad tue dan biar terbuka. Lepas tue letak bawah bantal takut org dengar bunyi lagu raya kat kad tue. Biarkan kad tue terbuka bawah bantal sampaila habis bateri. Padan muka kakak !

Banyak nostalgia kad raya nie kan...

Actually saya dah hampir melupakan kewujudan kad raya ini sebenarnya. Walaupun selalu nampak kat kedai buku atau pasaraya, tapi buat x tahu je. Masa pergi Tesco hari tue kakak Batrisyia nampak kat raya gambar cartoon. Dia nak beli buat main, saya x bagi.

Tapi, pertengahan puasa hari tue saya menerima bungkusan di bawah,


 Surat tulisan KAKI yang amat menyentuh hati...


 Ini adalah kad raya yg mana lukisan bagi muka hadapan kad tersebut dilukis menggunakan 
kaki atau pun mulut.


Mereka adalah Persatuan Pelukis-Pelukis Mulut & Kaki. Macam pernah saya katakan sebelum ini, Allah kurangkan pada satu bahagian tetapi dilebihkan pada bahagian yg lain pula. Mereka ini telah dianugerahkan kebolehan melukis menggunakan mulut atau kaki. Kad raya yg dihantar, jika berminat boleh dibeli dgn harga RM35 sahaja bagi 8 keping kad yg cantik di atas. Sekiranya tidak berminat boleh lah dikembalikan semula kepada mereka. Mungkin cara itu agak kurang senang bagi sesetengah orang, tapi sekurang-kurangnya mereka berusaha dari meminta-minta. 

Selain kad raya, mereka juga menghasilkan pelbagai produk lagi seperti di bawah,




Bagi sesiapa yg berminat utk membeli sekaligus membantu mereka ini bolehlah menghubungi alamat mereka di bawah,



So, bilakah kali terakhir anda menerima atau memberi kad raya pada seseorang.. ?

Kali terakhir saya memberi kad raya pada seseorang adalah pada tahun 2004. Tahun tue adalah tahun pertama saya beraya sebagai isteri org. Kerana terlalu excited beraya bersama hubby, pagi raya itu saya telah menyelitkan sekeping kad raya buat suami dibawah bantal di bilik tidur kami di palong. Ketika hubby duduk di katil dia ternampak kad raya yg diselitkan di bawah bantal tue. Lepas baca kad raya tue dia tersenyum then cakap kat saya, 'Eh, kita duduk satu rumah pun kena bagi kad raya juga ek ???' Ayat yg sangatla menyentap jiwa. Sampai sekarang kad raya tue masih belum dapat balasan lagi. Opppss...saya lupa letak pantun 2 kerat la kat dlm kad tue. Sepatutnya saya kena tulis macam nie,

pecah kaca pecah gelas
sudah baca WAJIB balas..
* kalau boleh balas dgn disertakan duit raya sekali tau....hikss !

Ok, kali terakhir saya menerima kad raya adalah dari sahabat pena saya dulu. Zaman masa saya study lagi dulu. Dapat kad berbunyi siap ada lampu lip-lap lagi. Tapi masa mlm raya ada org buka kad raya tue letak bawah bantal sampai habis bateri !

Kenangan kad raya yg kekal di ingatan...

Wassalam.


Khamis, 16 Ogos 2012

Projek Kuih Raya


Assalamulaikum,

Malam semalam, kakak batrisyia x henti-henti merengek suruh mama buat kuih raya. Nie terpengaruh tengok cerita UpinIpin la nie episod kuih raya untuk opah tue.

Tapi, sebenarnya memang saya dah planning awal puasa lagi nak buat kuih raya tahun nie. Tak banyak, dapat buat sikit pun jadilah. tapi sebab tiap-tiap minggu tue bz je plus badan x larat saya ingat plan buat kuih raya tue ke laut la..

Bila kakak merengek nak buat kuih raya, saya pun start la sediakan bahan-bahan walaupun dah pukul 10 mlm dgn badan penat mata mengantuk tunaikan lah juga hasrat kakak batrisyia tue. Lagi pun tahun nie dia berpuasa penuh setakat nie. Mungkin dia nak rasa suasana hari raya yg bakal tiba.

Kekadang kesian lak tengok kakak batrisyia. Suasana hari raya dia macam x de apa je. Mama masa kecik dulu memang banyak kenangan menjelang hari raya. Sibuk pasang langsir baru, tukar sarung kusyen, tolong wan atau lebih tepat lagi tukang sibuk tengok wan buat kuih kat dapur, tengok wan kacau dodol, bakar lemang, pasang pelita kat halaman rumah, main bunga api dgn cucuh bunga api tue dekat pokok bunga kertas wan..macam-macam lagi aktiviti menjelang syawal yg mama buat masa kecik dulu. Tapi kakak, pergi shopping dgn org yg padat macam ikan sardin dlm tin utk beli keperluan raya. Itu je kan. Tak pe la kakak, kita balik kg nanti kakak rasa suasana hari raya kat sana ye...

Atas sebab itu, mulai tahun ini kita akan mulakan tradisi membuat kuih raya sendiri supaya bila kakak dah besar nanti ada kenangan menjelang hari raya. Tolong mama buat kuih dan rumah harum semerbak bau kuih raya di bakar !

Masa nak start buat kuih tue, baba tidokan baby syirah & irsyad dulu. Kalau 2 org nie x tido lagi, lagi pening mama di buatnya. Then, kakak tolong mama buat kuih. Kuih yg kami buat simple je, biskut cornflakes madu & biskut nestum coklat rangup. Tapi sebab mama lupa beli nestum, mama guna nestum baby syirah...hehehe

Jom tengok Batrisyia membuat kuih raya...


 Tugas Batrisyia letak buah ceri kat tengah-tengah biskut cornflakes tue




Nie yg baru keluar oven. 
Berterabur anak dara nie letak ceri.
Tak pe la kakak, yg penting sedap & boleh makan kan...


Biskut kedua adalah biskut nestum coklat rangup. Acuan mama ntah kemana menghilang ntah. Sebab dah ngantuk, mama gentel bulat-bulat, tekan skit kat tengah terus bakar. Kakak bab mengentel nie memang dia seronok macam main tanah liat je kan...Dah nak last-last tue, kakak dah mengantuk dia x nak tolong mama lagi. Mama dah mengantuk & baby syirah bangun nak menyusu...last-last baba yg kena gentel kasi abis & bakar...hehehe

Biskut kedua tue x de sebab mama dah mengantuk nak tido...

Tahun depan kita buat biskut yg lain pulak ye...kalau mama rajin la....hikss !

Wassalam.


Lagu & Iklan raya terbaik sepanjang zaman


Assalamulaikum,

sape dengar hotfm pagi tadi pasti teruja dengan penampilan 2 pelakon iklan raya bernas 'the journey' yang sedang hangat ketika ini. Ahmad dan fizi, sebagaimana mereka di dalam iklan itu begitu lah juga mereka di luar..mereka adalah kanak-kanak istimewa. Yg membezakan cuma di dunia realiti mereka masih mempunyai keluarga sendiri.

Ahmad & fizi menggunakan nama sebenar mereka ketika 
berlakon dlm iklan 'The Journey'

Kalau dulu, setiap tahun kita akan tersentuh dengan iklan hasil tangan Yasmin Ahmad yg penuh dengan sifat kekeluargaan dan kasih sayang. Kalau setiap tahun, dekat nak raya saya pasti akan menonton kembali iklan-iklan raya yg penuh nostalgia sentuhan Yasmin Ahmad. Selepas Yasmin Ahmad dijemput ilahi, tahun-tahun berikutnya iklan-iklan hari raya agar hambar dan 'kurang rasa'. Kata org kurang feel lah. Hinggakan ada iklan yg menjadi kontroversi. Tapi tahun ini kita dihidangkan dgn iklan raya sentuhan anak muda yg penuh berjiwa. Tahniah kerana berjaya menghidangkan rakyat malaysia satu iklan raya yg begitu menyentuh hati.

Untuk lagu raya pula, mungkin sebab saya dah tua nie lagu-lagu raya generasi baru memang x boleh layan kat telinga. Tambah x best lagi kalau ada penyanyi-penyanyi baru menyanyikan semula lagu-lagu raya terdahulu mengikut adunan baru. Itu memang saya tutup atau tukar channel radio lain la jawabnya. X tahu kenapa, tapi memang saya x boleh nak layan. 

Bagi saya, setiap lagu raya itu biarlah seperti yg asalnya atau biarkan originality tidak di usik. Sebab penyanyi asal sudah menyanyikan dgn penuh rasa & jiwa. Jadi x perlulah nak ubah apa-apa. Lagu raya generasi baru yg saya boleh layan pun hanyalah lagu Siti Nurhaliza dan lagu raya Senario. Yg lain-lain tue, maaflah ye...

Oh ya, cakap fasal lagu raya Siti Nurhaliza nie teringat saya ketika mula melaksanakan projek under JKR Alor Gajah tahun 2003 dulu. Masa tue adalah meeting pertama dgn pihak JKR bagi penyerahan tapak projek & kick off meeting. Kiranya masa nie adalah sessi suaikenal jugala antara kontraktor, consultant dan pihak JKR. Meeting nie jatuh pada 2 Ramadan. Masa tengah-tengah meeting tue, tetiba hp boss main contractor berbunyi. Dulu dering tone hp x de la canggih macam sekarang siap keluar lirik lagu bagai. Yang ada cuma tone lagu je. Yg buat org-org dlm bilik meeting tue ketawa bila dengar hp bos nie berbunyi sebab dia pergi set tone lagu Nazam Lebaran - Siti Nurhaliza. Kuat pulak tue. Korang bayangkan tengah meeting senyap sunyi tetiba keluar tone lagu raya dgn kuat sekali pada 2 ramadhan !

Sorang staff JKR yg duduk sebelah saya siap cakap lagi pada saya, bos awak tue x sabar nak beraya ke ? saya x sure la niat dia tanya saja ataupun menyindir. Bos tue pulak saya tengok muka dah merah padam dah. Malu kot. Tapi dekat-dekat nak raya tue dia tukar pulak ring tone guna tone lagu raya P.Ramlee. Mood nak beraya dah sedih la tue kot....kenangan sungguh. 

Ok la, nie adalah lagu dan iklan terbaik pilihan saya sepanjang zaman...

Lagu - Dari Jauh ku pohon maaf - sudirman, Satu hari di hari raya - M.Nasir, Selamat Hari Raya - Saloma

Iklan - Janda anak tujuh yg cari lembu utk ibu dia, iklan yg dia asingkan tempat makan ayahnya yg uzur, dan iklan bernas kat atas nie.

Wassalam.

* Masa iftar di Kinrara Golf Resort hari tue, kakak Batrisyia terkedu & terpegun tengok penghibur masa sebelum dan selepas berbuka tue adalah org buta. Suara dia sangat sedap semasa menyanyikan lagu Ombak Rindu. Allah Maha Adil kan...Dia kurangkan nikmat bahagian ini tapi di lebihkan nikmat bahagian yg lain. Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hambanya. Selalunya kita lah yg menzalimi diri kita sendiri !
  

Rabu, 15 Ogos 2012

Iftar @ Kinrara Golf Resort


Assalamualaikum,

lamanya x tengok blog. Bz kemas kain, basuh kain, lipat kain, jahit kain....layan citer korea, layan anak-anak, fikir menu apa nak berbuka....hikss...ok, yg sebenarnya saya malas tahap gaban nak update blog !

Lepas balik dari kg hari tue, mood malas dah melekat ketat kat badan nie. x tahu kenapa. Nie mungkin sebab banyak sangat makan ketam masa balik kg hari tue kot. Kat kuala rompin makan ketam. Lepas tue balik palong hubby tapau ketam fresh dari laut 3 kilo utk bawak balik palong. Nie jalan pun ada senget-senget skit macam ketam dah ! hikss

Ok la, terus ke tajuk utama. Wah dah macam baca berita lak kan..

Last week hubby bawa berbuka di Kinrara Golf Resort. Hubby call buat tempahan pun last minute. Nasib baik ada tempat lagi. Keluar rumah, mama ajak pergi survey hadiah buat kakak sebab dia dah capai target 15 hari berpuasakan. Tu la pandang rendah lagi keupayaan anak sendiri. Tengok, sampai la ke hari 26 puasa nie kakak batrisyia masih berpuasa penuh. Alhamdulillah.

Mama dah pun tunaikan janji mama pada kakak batrisyia. Seratus jugak rege permainan tue. Then, kalau kakak beli, abg irsyad mesti nak juga. Beli la juga utk irsyad. Baby syirah x pandai minta lagi. Apa saja mainan yg kita bagi kat dia, semua dia main. Baby lagi kan...Tapi bagi mama cukup-cukup la mainan tue. Stor kat rumah tue dah penuh dgn permainan bebudak nie. Nanti saya buat entry reward utk anak berpuasa penuh yer...

Lepas tue terus ke Kinrara Golf Resort. Ikut jalan tmn equine. Kalau lalu kat office saya, then terus ke IOI Mall, merangkak la jawabnya. Oh ya, Kinrara Golf Resort nie sepelaung je dari projek office saya yg dah siap. Memang dekat sangat.


Baby syirah yg baru bangun tido...nasib baik dia x tanya
mana mainan syirah mama ?




Mainan utk abg irsyad. Actually dia nak yg besar lagi. Ultraman yg size lagi tinggi dari dia.
Mama x bagi. Dekat 3 ratus rege dia. Baik duit tue mama buat beli handbag baru mama...hiks


Macam loving je dua beradik nie kan ?
Tapi time gaduh....nauzubillah


Nie namanya snap gambar gaya bersepah !




Kalau mama tengok peel irsyad nie x tau la...
Nak marah ke nak gelak...


Kakak yg sabar berpuasa...
Syabas kakak...reward dah dapat kan ?


Irsyad memulakan aksi olimpiknya




Baby syirah masa nie dah start meragam nak tido..

Overall, buffet ye ok-ok saja. Kalau nak tengok pic makanan memang bukan di blog saya la ye. Saya sibuk berbuka sesambil melayan anak. Dan seperti biasa pasti akan ada peristiwa irsyad jatuhkan susunan mangkuk mee rebus. Mujur la mangkuk kosong, bertambah mujur mangkuk tue dari plastik. Kalau kaca memang meraung la mama & baba kat situ. Baby syirah muntah selambak kat atas pangku baba. Last-last nak balik, irsyad lak uk--uk...memang kenangan la nie. Anak-anak mama, bila baca nie sila hargai mamababa kamu tau !

Balik dari berbuka kami masuk IOI Mall yg sangat jammed itu. Nak beli baju bebudak nie. Sebab anak-anak start meragam nak tido, mama baba main sebat je baju seluar bebudak nie. Asal muat, nampak cantik skit, tengok ada discount sambar je. Bila bayar...mak oii...tanjat kite tau ! 

Jusco dah nak katup, baru kami keluar. On the way belum sampai rumah, bebudak nie dah pengsan dulu keletihan. Cuma kakak je yg x sabar nak pasang mainan baru dia...

Mama lega baju bebudak nie dah settle. Tinggal mama je nak beli blouse, seluar & kasut raya. Xtahu bila nak pergi...last minit le jawabnya.

Wassalam.


Sabtu, 4 Ogos 2012

Pada 15 Ramadhan ini..


Assalamualaikum,

Pagi-pagi drive ke tempat kerja dah dengar lagu raya. Wahh...seronoknya. Tak silap saya ada garis panduan utk penyiaran lagu-lagu raya di station radio kan ? Biasanya lagu raya akan dikeudarakan pada 15 ramadhan   sehingga 15 syawal sahaja x silap (betulkan saya kalau fakta nie salah ye). Selebihnya korang boleh buka mp3 atau youtube layan lagu raya sorang diri atau dgn family.

Dengar lagu raya nie sangat mengusik jiwa. Ada yg sayu, ada yg gembira, rindu & pelbagai lagi la perasaan bila dengar lagu raya nie. Kadang-kadangkan, dengar lagu raya nie boleh hilang stress tau. Saya dulu kalau lepas kena marah dengan bos, masuk bilik saya pasang earphone kat telinga layan lagu-lagu raya sambil siapkan kerja yg menimbun walaupun waktu tue baru bulan 4 !. Saya x peduli la raya lagi 6 bulan ke, setahun ke, rasa nak layan lagu raya saya layan je sensorang diri. heheh

Sempena 15 ramadhan nie juga mengimbas kenangan puasa saya tahun lepas. Hari nie dah setahun 6 hari kalau ikut kelendar hijrah dari detik kenangan pahit manis saya di hospital. Tahun lepas, pada puasa yg ke 9 saya telah ditahan di wad hospital putrajaya selama lebih 2 bulan. Sedihnya jgn cerita la. Tuhan je yg tahu. Dah la masa tue saya baru je berjanji dgn anak-anak nak shopping baju raya hujung minggunya. Tup tap kena tahan kat hospital lak.

Ingat lagi hari pertama saya di hospital. Dah la bulan puasa, tapi makanan disediakan seperti biasa utk para pesakit. Breakfast, mkn tengahari, minum ptg, makan mlm. Saya yg berpuasa waktu tue cam pelik juga. Ye la saya x pernah duduk hospital masa bulan puasa. Then, esoknya sebelum subuh saya bangun sahur. Puas saya tunggu hidangan sahur di hantar tapi sampai la azan subuh berkumandang langsung x nampak bayang pun. Paginya masa staff yg servis hantar makanan tue hantar breakfast pada saya, saya pun tanya la x de hidangan sahur ke dihantar. Tau staff tue cakap apa ? Kak, kat hospital nie semua org sakit. Mana ada yg puasa kak ! Erkkk...betul juga kan...

Itu cerita tahun lepas. Alhamdulillah, saya masih bernyawa sehingga hari nie. Kalau ikutkan pada operation tue saya dah 50-50 dah. Tuhan panjangkan umur saya utk lihat anak-anak saya membesar.

Oh ya, cabaran saya pada kakak Batrisyia yg kali pertama berpuasa pada tahun nie akan berakhir ptg nie. Saya cabar dia utk berpuasa sekurang-kurangnya 15 hari. Tak sangka kakak sahut cabaran tue dgn mudah je. Nampaknya kena la mama tunaikan janji nak beli barang yg kakak suka tue. Nanti kita sama-sama pergi survey ye sayang...dan kalau boleh puasa penuh la tahun nie & tuntut reward dgn baba pulak.

Ptg nie balik kg. Tak sabar nak berbuka dgn mak & adik beradik yg lain.

Wassalam.

*Ada org pakai kereta baru raya nie la. Rezeki masuk keje gomen ye...


Jumaat, 3 Ogos 2012

Acute Otitis Media - Gejala telinga bayi bernanah


Assalamualaikum,

Sape anak dia pernah kena macam nie ?

Satu hari masa korang ulit-ulit baby korang, tetiba nampak lendir hijau keluar dari telinga baby korang. Tapi anak korang x nangis pun. Melasak lagi ada. Saya x pernah ada pengalaman begitu dgn 2 anak saya. Tapi dgn baby syirah macam-macam pengalaman baru yg saya hadapi setiap hari.

Mula-mula, waktu malam masa hubby dukung basyirah saya ternampak lendir hijau keluar dari telinga basyirah. Saya ambil kain & sapukan lendir tue. Terkejut saya tengok lendir tue adalah nanah. Saya dah risau. Baby syirah terjatuh ke ? ada benda masuk dlm telinga ke ? suluh dgn lampu x nampak apa. Ye  la lubang telinga dia kecik sangat kan..

Then, hubby bawa telinga Basyirah ke klinik. Doktor kat klinik tue dok explain memacam kata benda nie sangat serius, kitorang lambat bawa jumpa doktor, boleh kena jangkitan otak. Hah ? JANGKITAN OTAK ? ini memang SERIUS !

Plan nak pergi hospital tapi mama kata hospital ada hantu jadi baba kena temankan mama hantar basyirah pergi hospital baba bz & mama x pandai berdikari. So, mama & baba decide ambil cuti sama-sama hantar basyirah ke KPJ Kajang buat checkup lagi.


Mama & basyirah dlm jammed on the way ke KPJ Kajang

Patut la jammed. Ada excident

Bila check kat KPJ Kajang, doktor masukkan teropong kecil dlm telinga basyirah. Doktor kata gegendang telinga x de masalah. Lendir tue keluar dari hingus kat hidung baby. Doktor tue kata benda nie biasa berlaku pada baby & kanak-kanak kecil. Malah, doktor pun x bekalkan sebarang ubat pun pada kami sebab dia kata telinga basyirah dah kering. Kami jadi confuse ! Doktor nie kata serius, doktor tue kata x de apa. Aiikk, lain universiti lain ilmu & praktikal ke ??

Cuma penyakit yg di maklumkan pada kami tue sama. Otitis Media. Apa itu otitis media, haaa...korang baca nie ye..

Kebanyakan kanak -kanak yang mengeluh sakit telinga menghidap keadaan yang dipanggil ' Acute Otitis Media '. Keadaan ini lebih kerap terdapat di kalangan kanak -kanak dari orang dewasa kerana bentuk tiub eustachian mereka berlainan. Itulah sebabnya ramai Pakar Kanak -kanak dan Pakar Telinga , Hidung dan Tekak tidak menyarankan supaya bayi disusukan dalam keadaan berbaring sebaliknya , dalam keadaan bersandar. Rawatan dengan antibiotik seawal - awalnya yang boleh adalah disarankan supaya komplikasi seperti pekak dan Lebam Tulang Mastoid boleh dihindar. Kanak -kanak yang telah pecah dinding timpanumnya boleh menjejaskan pendengarannya dan mungkin akan memerlukan pembedahan untuk membetulkan bahagian yang pecah itu. Jika pendengarannya kurang , perkembangan bahasanya dan seterusnya pembelajarannya akan turut terjejas. Pengunaan alat pendengaran bagi kanak - kanak yang kurang pendengarannya boleh memberi manfaat sambil menunggukan pembedahan untuk membetulkan dinding  timpanum.

Oh ya, baby basyirah sangat la baik & sopan depan doktor. Doktor check telinga dia, dia diam je. Kalau irsyad atau kakak dah tepis-tepis dah tangan doktor tue.

So, balik rumah hati lega skit. 4 hari lepas tue, lendir nanak keluar lagi. Aduh, kami jadi gelabah balik. Last-last pergi semula KPJ Kajang. Tapi doktor yg kata x de apa tue, x bertugas pulak mlm tue. Jumpa doktor lain. Dia bekalkan ubat & advice kalau seminggu masih keluar lagi cepat-cepat bawa jumpa pakar.


Nie la ubat yg dibekalkan doktor KPJ tue.
Ubat titis dlm telinga, antibiotik dan ubat utk kuman

Saya ada gak tanya kakak ipar saya. Dia kata anak dia pun macam tue juga. Tapi lama-lama lendir nanah tue hilang sendiri bila baby makin besar. 

Nie la baby syirah yg buat hati mama & baba runsing

Saya ada juga tanya pak cik google fasal masalah nie, nie yg pak cik google selaku doktor x bertauliah bagi tau saya...

Info dari sini ye..

Bagaimanakah saya boleh tahu samada bayi saya mendapat jangkitan telinga?
Agak sukar untuk menentukannya, tetapi jika anak anda mempunyai batuk atau hidung meleleh dan tiga atau lima hari kemudiannya menjadi demam, ini mungkin disebabkan jangkitan telinga. Bayi mungkin juga menarik-narik telinga atau kelihatan resah. Jika dia bertatih, dia mungkin mengalami masalah imbangan dan berkelakuan lebih cemerkap daripada biasa.


Menghisap dan menelan juga menyakitkan dia, jadi jika bayi anda menolakkan badannya daripada payudara atau botol setelah mula menyusu, seakan-akan dalam kesakitan, kunjungilah doktor anda.
Pada ketika ini, apa jua bakteria atau virus yang hidup dalam cecair mempunyai persekitaran yang panas dan basah dalam mana boleh membiak; nanah terhasil, dan tekanan ke atas gendang telinga menyebabkan ianya membonjol dan meradang, satu kondisi yang diberi nama otitis media akut. Demam berlaku apabila badan anak anda cuba melawan infeksi itu.

Satu lagi sebab kanak-kanak mudah diserang jangkitan telinga ialah sebab tiub Eustachia mereka adalah pendek dan mendatar. Semasa anak anda membesar, panjang tiub itu akan bertambah tiga kali ganda daripada setengah inci/1.25 sentimeter kepada 1.5 inci/3.8 sentimeter. Ia juga akan menjadi lebih tegak, mengurangkan kebarangkalian mendapat jangkitan.

Rawatan dengan antibiotik, lazimnya Amoxicillin, boleh menghapuskan kuman-kuman, tetapi bendalir itu akan mengambil masa beberapa minggu atau bulan untuk diserapkan kembali ke dalam badan. Kehadiran bendalir mungkin tidak memerlukan rawatan medikal, tetapi, jika anak anda mempunyai simptom jangkitan telinga seperti demam, panggillah doktor keluarga atau pakar pediatrik. Pengumpulan bendalir pekat yang berterusan dalam tiub Eustachia, dikenali sebagai "telinga bergam", juga memerlukan perhatian. Lihat artikel kami tentang merawat jangkitan telinga untuk maklumat lanjut. 


Pada ketika ini, apa jua bakteria atau virus yang hidup dalam cecair mempunyai persekitaran yang panas dan basah dalam mana boleh membiak; nanah terhasil, dan tekanan ke atas gendang telinga menyebabkan ianya membonjol dan meradang, satu kondisi yang diberi nama otitis media akut. Demam berlaku apabila badan anak anda cuba melawan infeksi itu. 


• membiarkan anak anda minum susu botol secara berbaring; - faberet baby syirah nie

• menggunakan susu formula bukan susu ibu; - baby syirah susu campur

• mengguna puting; - oppss...anak saya diharamkan menggunakan puting

• pendedahan kepada asap rokok; - baba sekarang merokok di luar rumah. Kalau merokok luar pagar boleh x ? nak lagi afdal, berhenti merokok terus !

• menghadiri sekolah mainan atau pusat asuhan kanak-kanak pada umur kurang dari satu tahun, sebab terdapat lebih banyak pendedahan kepada batuk dan selesema, yang boleh membawa kepada lebih banyak jangkitan telinga. 

Semasa bayi anda diserang jangkitan telinga, anda mungkin terpaksa berjaga semalaman dengan anak yang meraung, membuat beberapa perjalanan ke doktor dan farmasi untuk ubat, dan bimbang sama jangkitan telinga yang berulang itu akan mendatangkan kehilangan pendengaran. Semua ini akan membawa stres.


Berapa kerapkah jangkitan telinga berlaku?

Jangkitan telinga yang berulang-ulang boleh membawa kepada kehilangan pendengaran, dan walaupun gendang telinga pulih dengan baik, jangkitan yang berulang boleh menyebabkan parut. Ini juga berlaku dalam sebilangan kecil kes, jadi adalah penting dihentikan jangkitan telinga ringan yang berulang-ulang supaya dapat mencegah sebarang kemungkinan kerosakan jangka panjang pendengaran anak anda.

Jangkitan telinga kerap berlaku di kalangan kanak-kanak pra-sekolah, terutama sekali di negeri yang mengalami cuaca dingin untuk beberapa bulan semasa musim sejuk.
Apa yang menyebabkannya?
Masalah bermula dalam tiub Eustachia yang menghubung telinga tengah kepada bahagian belakang hidung dan tekak, dan membawa bakteria dari situ ke telinga tengah, apabila anda menguap atau menelan. Itu tidak menjadi masalah selagi tiub berfungsi dengan baik; tiub Eustachia yang sihat membolehkan bendalir menyalir keluar. Tetapi, jika tiub itu bengkak disebabkan selesema, alergi, atau jangkitan sinus, bendalir itu boleh terperangkap di telinga tengah.
Apakah yang akan menambahkan kebarangkalian anak saya mendapat jangkitan telinga?
Beberapa faktor boleh menambahkan risiko jangkitan telinga, termasuk:
Adakah jangkitan telinga serius?
Memang boleh. Ianya boleh menyebabkan kesakitan yang teruk bagi kanak-kanak, kerisauan bagi ibubapa dan gangguan kepada kehidupan seharian. Jangkitan yang amat teruk atau tidak dirawat boleh menyebabkan gendang telinga pecah dan membanjiri kanal telinga. Walaupun ini jarang berlaku, adalah penting bagi anda meminta pakar pediatrik anda memeriksa telinga anak anda jika anda mengesyaki yang dia mempunyai jangkitan telinga atau jika simptom-simptom tidak reda dalam tiga hari, walaupun sudah dirawat ataupun belum.
Apakah ertinya jika saya ternampak nanah meleleh dari kanal telinga?
Lelehan nanah atau cecair kuning berdarah bermakna sudah terdapat lubang kecil dalam gendang telinga anak anda, yang selalunya pulih dengan sendirinya dalam masa lebih kurang dua minggu. Namun begitu, hubungilah doktor anda.

Lepas ambil ubat yg dibekalkan & titiskan ubat dlm telinga basyirah, lendir tue kering sendiri walaupun dia ada on off nya tapi x la seteruk masa memula keluar tue.

Dan sekarang lendir nanah tue dah tiada lagi. Pada ibu-ibu yg menghadapi situasi begini, cepat-cepat la bawa jumpa doktor ye. Doktor akan bagi ubat. Cuma kalau teruk sangat pasti korang kena cepat-cepat jumpa pakar agar tidak berlaku perkara yg tidak diingini.

Wassalam.


Rabu, 1 Ogos 2012

Iftar @ Bangi Golf Resort


Assalamualaikum,

Kejap je dah masuk puasa ke 12 hari kan. Yg paling menakjubkan kakak Batrisyia masih berpuasa penuh sehingga hari ini.

Ok la, hari tue iftar yg ke berapa x ingat pulak yg saya ingat ia berlaku lepas saya merajuk..hahahha

Hubby bawa kitorang iftar kat Bangi Golf Resort. Masa memula ajak, saya rasa macam malas nak pergi memikirkan saya kena menjaga atlit-atlit kecik saya nie. Saya ada pelari jarak jauh (batrisyia), atlit pelari pecut lepas tue menyorok kat mana sempat supaya org kelam-kabut cari dia (irsyad) dan atlit termuda ahli gimnastik berirama (baby syirah) yg mana dia akan berpusing, melompat, nak terjun tiruk ke bawah bila org pegang dia atau dlm kata mudahnya x reti duduk diam !

Lagi satu korang pun tahukan kalau buffet nie, bayar mahal makan x seberapa. Tapi last-last saya pergi la juga sampai dok fikir dlm kepala, apalah  nak jadi kat sana. Masa kakak sukan haritue irsyad muntah baby syirah uk..uk. Jgn la dia buat perangai kat sana nanti. Confirm org sebelah meja x de selera nak makan. Palig teruk kami kena halau keluar nanti. Haa....tinggi imaginasi mama korang nie

Masa sampai tue, yg bestnya bila kita parking jauh ada khidmat kereta buggy yg ambil korang dari parking ke dewan iftar tue walaupun kalau korang jln kaki 2 minit dah sampai !

Masuk dewan, hubby ambil makanan utk para atlit comel saya tue terutamanya pelari pecut yg dok teruja dgn kawasan 'padang' yg besar. Lepas tue mama & kakak ambil makanan pulak. Makanannya banyak gak la variety. Macam biasa la kalau buffet ada kambing, seafood, aneka mee, satay, western, dessert. Ala saya rasa mana-mana tempatnya pun sama juga la. Kalau x itu, itu juga la..

Bila balik meja, tengok hubby tengah mengelap meja. Dushhh...meja org lain putih bersih, meja kami dah merah kena air sirap yg irsyad tumpahkan. Ye, para atlit comel saya dah bersedia utk beraksi....Jadi kami kena la makan cepat-cepat.


Time nak balik dah...

Mama kena peluk syirah kekuat supaya dia x buat aksi terjun tiruk dia tue
 Dlm banyak-banyak makanan kat situ, sandwic tuna je yg kakak suka..

 Pelari pecut yg tengah caj bateri...

Sempat bergambar kat depan pintu gerbang dia..
Korang tengok kat tangan Batrisyia. Sempat lagi tapau 2 keping sandwic tuna !

Korang nak gambar makanan...hehehe kurus puasa nanti. Tak de la. Dgn anak 3 org nak jaga, lagi mau pergi snap pict makanan ke ? Itu ibu buang tebiat namanya...hahahah. Masa saya makan pun mujur ada kengkawan hubby yg baik hati dukung syirah & memain dgn irsyad & batrisyia.

Overall ok la. Rate pun murah je. Cuma muzik pemain gamelan ke apakenamantah sangat la kuat. Walaupun duduk jauh dari stage pun dah cukup kuat. Saya x tahu la macam mana meja yg betul-betul depan stage tue makan. Sebelah suap makanan, sebelah tangan  tutup telinga kot. Saya yg bercakap dgn kawan hubby pun antara dengar dgn x dengar je. Last-last saya baca gerak bibir dia je. Kelas ko, bercakap baca gerak bibir je. Sudahnya dia tanya lain saya jawab lain. hikss. Lagi satu pelayan dia sangat la rajinnya. Saya ambil teh tarik, baru minum separuh dia dah angkat pergi. Tue yg korang tengok meja atas saya kosong je. Ambil makanan, makan sikit je korang tinggal sekejap dia dah angkat. Produktif betul pekerja Bangi Golf Resort nie.

Oppsss...Durian mousse cake dia sangat la sedap. Sampai sekarang terasa-rasa lagi kat lidah. Yup, saya memang hantu dessert. Semua dessert saya nak rasa. Bab makan ayam, daging, mee, ikan semua tue saya kureng skit. Apa-apa hal, dessert dulu saya terjah.

Lupa, rate dia RM 48 satu kepala. Bebudak 6 hingga 12 - RM 22 (eh betul ke nie bang, lupa la..). Tapi saya ada nampak promotion kat luar dewan tue. X sempat nak snap. Korang try la call mana tahu promotion tue ada lagi ke idak.

Apa pun tq baba belanja buffet walaupun makannya secoit je....janji kita satu family bahagia ye tak ?

wassalam

* Eh, korang dah beli baju raya ke ?. Dengar cerita sana sini jam org shopping raya ? Betul ke ?