Jumaat, 20 Julai 2012

Selamat Menjalani Ibadah Puasa


Assalamualaikum,

semalam penyimpan mohor besar raja-raja dah umumkan tarikh permulaan puasa bagi seluruh malaysia adalah pada hari sabtu 21 Julai 2012.

Alhamdulillah, dapat juga saya menjejak kaki pada bulan ramadhan tahun nie. Tahun lepas, hari ke 9 umat islam berpuasa saya ditahan di hospital sehingga la habis bulan syawal. Puasa di hospital, kesedihannya tidak boleh diingat. Tahun lepas memang kami sekeluarga x beraya langsung. Saya x kisah. Cuma kesiankan anak-anak pagi-pagi raya dah dok menunggu kat hospital.

Jadi, sempena ramadhan tahun nie dan sekiranya insha allah saya panjang umur dapat menyambut raya nanti memang saya akan buat persiapan lebih pada anak-anak sebagai ganti mereka tidak beraya tahun lepas. Tahun nie saya rancang nak buat kuih raya sendiri. Baju raya utk anak-anak hubby dah bagi budget. Cuma belum sempat beli lagi. Cuma baru tempah kopiah nama & barnie utk baby je. Kuih pun tempah skit kat kak ju. Lain-lain, masih dlm perancangan. Tunggu budget je.

Bila masuk awal ramadhan, teringat kenangan waktu kecik-kecik dulu. Saya x tahu negeri lain macam mana. Kalau negeri sembilan, awal puasa macam nak sambut raya pun ye. Dua minggu sebelum puasa, mereka akan buat kenduri menyambut ramadhan. Sehari sebelum puasa di panggil hari mantai. Ada hari mantai utk puasa dan ada juga hari mantai utk raya. Sambutan lebih kurang sama.

Kalau balik negeri sembilan nie, memang akan meriah org jual daging & lemang. Biasanya dulu mak-mak, nenek-nenek akan bakar lemang sehari sebelum puasa. Then akan masak rendang juga. Raya dulu sangat meriah kan...kita appreciate segala benda yg ada didepan mata. Tak kira lah benda tue murah ke mahal apatah lagi kan. Nanti saya nak buat entry kenangan puasa zaman bebudak dulu la...kalau saya rajin ye..

Oh, ya..kakak batrisyia balik semalam dah bawa siap-siap niat berpuasa dan berbuka puasa.



Saya dah berjanji kalau kakak batrisyia dapat berpuasa at least 15 hari, saya akan bagi ganjaran sebagai pembakar semangat dia. Tengok la sahur hari pertama nie dia dapat bangun ke tidak. Batrisyia liat skit kalau nak bangun tido nie kecuali kalau ada benda yg dia excited nak buat tue memang kalau kejut je terus melompat bangun la dia.

Jadi, sempena ketibaan bulan ramadhan ini saya ingin memohon segala ampun dan maaf kepada semua yg diluar sana sekiranya terdapat kesilapan dan kekhilafan saya sama ada secara sengaja atau tidak sengaja sepanjang berblog disini. Segala yg baik datangnya dari Allah dan yg buruk itu adalah dari diri saya sendiri sebagai manusia biasa yg x lepas dari dosa.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.

Wassalam.

* sahur utk esok nak masak apa ye ? eh, masak ke bukannya beli ? heheheh selamat berpuasa semua... ; )


Tiada ulasan:

Catat Ulasan