Assalamualaikum,
Hari nie
genap umur baby syirah 9 bulan. Alhamdulillah, dia membesar dgn sihat &
sangat lasak. Rasanya dia lebih lasak berbanding abg & kakaknya dulu pada
umurnya sekarang. Tetapi, baby syirah juga adalah paling senang dijaga. Yang
lain-lain pun senang juga Cuma baby syirah nie tak banyak songeh. Balik rumah
letak baby syirah dlm play pen atau walker dia, dia akan bermain, berpusing sensorang
dia dlm walker tue menjelajah satu rumah. Kekadang dia akan jenguk dapur tengok
mama masak & buat kerja kat dapur. Jap lagi dia pergi dekat kakak layan
youtube sama-sama kakak kat galaxy tab baba walaupun dia x faham
apekebendaalahtue. Bosan kat kakak, dia akan kaco abg irsyad yg kusyuk layan
upin ipin kat tv. Kekadang dia akan mengejar baba yg sibuk angkut barang,
telefon, nak masukkan kereta dlm car porch guna walkernya. Bila semua org sibuk
dgn hal memasing, baby syirah akan bermain sensorang diri dia. Mengerjakan kain
dlm bakul, tekan-tekan cpu komputer, ketuk kabinet guna remote astro, masuk
bawah meja makan (yg bila dia tersangkut bawah meja x leh nak keluar dia akan
menangis), tarik towel kat kerusi, gigit handbag mama, tarik span kat sofa yg dah
terkoyak tue then masuk mulut (yg nie memang kena alert !) dan macam-macam lagi
aktiviti basyirah kat rumah. Dia sangat independent. Cuma, bila dia dah letih,
bosan atau lapar je dia akan merengek kat mama (biasanya) atau kat baba minta
dukung. Oh, ya baby syirah sangat pandai marah. Kalau dia marah atau x puas
hati dia akan buat bunyi macam menderammm....emmrghhhh..siap buat mimik muka x
puas hati lagi. Sangat comel !
So, antara
perkembangan baby syirah sekarang :-
- Dah pandai sebut ammma (mama) & abba (baba)
- Gigi ke-4 dah start tumbuh. Sekarang nie ada 2 gigi
bawah & 1 gigi atas yang dah tumbuh.
- Kalau nyanyi tepuk amai-amai, baby syirah akan tepuk
tangan dia walaupun x berbunyi
- Sangat senang bangun pagi. Subuh-subuh dia dah
bangun bermain. Kekadang tue mama & baba x bangun lagi, baby syirah
dah bangun dulu. Dia macam dah jadi ’jam loceng’ utk mama & baba lak.
- Makin kuat menyusu. Kalau dulu sekali buat susu Cuma
2/3 auns. Sekarang nie 4/5 auns sekali hadap je dia dah habis.
- Masih menyusu badan lagi walaupun susu badan mama dh
mula berkurang. Mama akan berusaha agar dapat menyusukan syirah at least
setahun setengah. Aminn.
- Merangkak dah laju, dah pandai duduk. Sekarang nie,
tengah practice angkat punggung nak berdiri. Bila dia berdiri berpaut kat
mana-mana, baby syirah akan lepaskan kedua-dua tangannya dgn selambanya.
Then, bila dia jatuh terduduk confirm baby syirah akan gelak sengih-sengih
walaupun mama & baba dah cuak masa tue. Lepas tue, dia akan bangun
berusaha lagi utk imbangkan badan ketika berdiri. Baby syirah sangat kuat
semangat !
- Oh, sekarang dia dah semakin manja la. Kalau usik
dia sikit, terus lentokkan kepala kat badan mama / baba.
- Sangat suka main baa cak atau kejar-kejar dgn abg
& kakak dia. Kalau abg & kakak main dgn baby syirah, memang ketawa
berdekah-dekah syirah.
- Kalau keluar kemana-mana, baby syirah sangat jarang buat hal. Dia akan diam dan suka memerhatikan sekeliling. Berbanding dgn kakak & abg yg dah pandai merengek nak itu dan ini.
Ok itu je
yg mama ingat setakat nie. Kalau ada lagi mama akan blogkan ye sebagai kenangan
mama bila syirah besar nanti.
Sekejap je
masa berlalu. X puas lagi mama nak ulit baby syirah yg kenit comel nie. Semua
kenangan nie akan tersimpan kemas dlm diari hidup mama. Kenangan terindah
seorang ibu.
Wassalam
* X sabar nak balik palong, mak buat kenduri hari nie.
Nasib baik hari nie kerja, kalau x malam tadi dah pecut balik rumah jumpa
mak, ayah yg dah keluar hospital rabu lalu (alhamdulillah), adik beradik,
anak saudara & nak makan masakan mak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan