Selasa, 24 Julai 2012

Pengalaman Pertama Batrisyia Berpuasa




Assalamualaikum,

Hari nie adalah hari ke 4 umat Islam berpuasa. Juga hari ke 4 kakak Batrisyia berpuasa yg pertama kali berpuasa pada tahun ini (kalau hari nie dia x ponteng la).

Dekat nak puasa, saya dan hubby dah rangsang awal-awal kakak batrisyia utk berpuasa. Siap nak bagi reward lagi kalau berpuasa penuh. Memula saya x yakin dia dapat berpuasa penuh. Ye la ini adalah kali pertama dia berpuasa. So, saya cuma tetapkan 15 hari je kalau dia dapat. Tapi dah masuk hari ke 4 nie, saya rasa Insya Allah kakak akan dapat berpuasa penuh tahun nie.

Mlm hari jumaat tue saya dah ingatkan kakak supaya tido awal utk bangun sahur esok. Lepas baba pergi surau utk solat ’isyak & solat sunat terawih, saya bawa semua anak-anak naik bilik utk tido. Tapi pukul 9 mlm buat la macam mana pun, tutup lampu, marah, gertak atau apa saja memang mata diorang x nak tido punya. Last-last, mama & syirah yg lelap dulu.

Lepas baba balik dari surau, bawa kakak batrisyia pergi makan kue tiew kungfu favourite dia pukul 12 mlm. Sebab esok cuti boleh la berembun memalam ye..

Pukul 4 pagi saya dah bangun masak nasi, goreng ikan masak kicap campur kobis & potong cili padi campur kicap. Buat air teh o je. Memula kejutkan kakak dia macam liat skit. Tapi kejap je, terus dia bangun bersahur. Alhamdulillah, mudah je nak kejutkan dia. Tak banyak sangat ragam. Kakak makan pun berselera.

Paginya saya kerja half day. Tinggal la baba jadi superdaddy nak melayan 3 org bebudak tue. Bulan puasa nie taska Cuma buka isnin hingga jumaat sahaja. Waktu operasi juga dipendekkan iaitu sehingga jam 6 ptg sahaja. Tapi ye la, diorang pun nak bersiap juga untuk berbuka macam family yg lain kan. Lagi pun, saya percaya bulan puasa nie kebanyakkan company akan buat waktu kerja anjal macam company saya nie. Sebab waktu rehat memang x keluar makan, jadi waktu tamat bekerja dipendekkan menggantikan waktu rehat tadi.

Masa kat office saya risau juga kot-kot kakak batrisyia x tahan. Tapi, bila balik rumah alhamdulillah kakak masih boleh bertahan puasa lagi. Masa saya masak bubur utk irsyad & baby syirah, kakak rileks je. Tapi kalau saya suapkan irsyad KFC, mahu terliur kot kakak..hahaha

Ptgnya, kakak dah terbaring keletihan. Kesian pulak tengok dia. Suruh tido dia x mau. Tengok tv, main galaxcy tab semua dia dah bosan. Masa tue dah pukul 4 ptg. Dlm 5.30 ptg, baba bawa keluar pergi pasar ramadhan. Baba bagi kakak pilih nak beli apa saja. Dia Cuma minta mee goreng je. Tapi abg irsyad lak yg lelebih. Semua benda dia tunjuk nak beli.

Masuk pukul 6 ptg, kakak dah mula bertanya pukul berapa nak berbuka. Tinggal berapa jam lagi ?. Jenuh la dia duk tatap jarum jam tue bergerak sambil layan kartun upin ipin kat tv.

Pukul 7.35 mlm, masa azan maghrib berkumandang alhamdulillah kakak dapat sempurnakan puasanya pada hari pertama ramadhan tahun ini.

Masa kali pertama kakak menjamah makanan, hati saya rasa sebak sangat menatap wajah kakak. Sungguh kuat semangat kakak berpuasa. Walaupun keletihan, dia langsung x sebut ’mama, kakak x tahan. Kakak nak berbuka’. Langsung tak cakap ’kakak haus’ , ’kakak lapar’ atau ’kakak letih’. Merengek pun tidak. Itu yg buat saya rasa kagum dlm masa yg sama saya sebak & bangga punya anak kuat semangat macam kakak. Mudah je menurut kata.

Mungkin korang akan cakap, eleh anak aku 4 tahun dah puasa penuh. Ye, itu rezeki korang mendapat anak bertuah sebegitu. Alhamdulillah. Tapi ini adalah pengalaman pertama saya bersama anak pertama saya berpuasa. Jadi saya rasa sangat teruja dan ingin catatkan ia sebagai rasa warna-warni pengalaman seorang ibu bersama anaknya. Saya bersyukur punyai pengalaman sebegini. Melihat anak membesar sihat di depan mata, pertama kali bersekolah, berpuasa dan semoga pengalaman pertama kali ini saya akan dapat lihat sehingga dia membesar nanti.

Wassalam.

* Kakak batrisyia, mama catatkan pengalaman pertama kakak berpuasa ini utk kenangan kakak bila besar nanti. Supaya kakak ingat dan kenang selalu kenangan indah ini nanti andai mama tiada lagi....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan