Rabu, 18 Julai 2012

@ Krista Sports Day 2012

Assalamualaikum,

Sabtu lepas adalah Krista Sports Day 2012 bertempat di Padang ILSAS, Uniten.

Ini adalah sports day kakak dengan Krista utk umur 6 tahun. Tahun depan dah sekolah rendah suasana mesti dah lain. Saya malas nak taip panjang-panjang. Biar photo yg bercerita ye...


 Krista Sports Day combine Bandar Saujana Putra dgn Bandar Bukit Mahkota

 Persediaan sebelum perbarisan lintas hormat. 

 Nie masa tengah support kengkawan dia main games

 Perbarisan yg bengkang bengkok barisnya...hehehe
Biasala bebudak kan. Kalau nak tengok yg lurus barisnya gie tengok army berbaris

 Sebelum bersukan, aerobic dulu dgn lagu Macarena
Kat belakang tue, mak bapak yg sporting boleh join sama aerobic nie
Mama nak join tapi x leh la nak kena jaga baby syirah 
Lepas aerobic ada bacaan ikrar dari anak-anak Krista nie

 Sports 1 - acara 'Dress up to school'
kakak batrisyia main sumbat je seluar kat budak tue. Kesian budak tue terkial-kial membetulkan seluar

 Yg ni acara 'Waiters & Waiteress balancing
Yg nie group kakak dapat 1st place 

 Baby syirah sebelum ukk ukk
Baby syirah membuang sampai habis baju seluar dia, bukan dia je. Baju baba pun habis sama
Mujur la mama standby bawa baju spare

 Nie Irsyad nak bagi dia diam suruh main galaxcy tab
duduk la dia dendiam kat situ. Org bersorak ke, kakak menang hadiah ke, dia buat derk je
Then, bila dah bosan dia lari-lari sampai muntah kat lantai.
Org bersorak kat depan, kami kat belakang dok sibuk mengelap muntah anak atas lantai...
bak kata iryad...TERRRBAIKK !

 Mama & baby syirah yg dah tukar baju lepas ukk ukk
Waktu nie tengah berusaha menidurkan si kenit nie sebelum dia meragam

 Majlis penyampaian hadiah..

 Kalau sukan bebudak tadika hadiahnya kalau x pencil box, tupperware kan
Tapi bagilah apa-apa hadiah pun, bebudak tetap suka kan ?
Yg penting semangat kesukanan

 Kakak yg dah 'rentung' main panas tengah padang
Ambil gambar pun langsung x nak senyum

Nie dgn kengkawan dia

Selain sukan utk bebudak nie, ada juga sukan utk parents. Sangat happening cuma mama x leh ambil bahagian :( . Baba nak join tarik tali tapi dah cukup korum lak...

Ok, memandangkan ini adalah last year kakak di Krista mama dgn rajinrelahati menaip kembali senikata Krista Song utk kenangan kakak bila besar nanti k...

Krista, Krista, Krista, my school, my pride, my joy
Here's a new beginning for every girl and boy

Colours green and yellow, loving, warm and true,
Purple is for leaders, just like me and you

Krista, Krista, Krista, my school, my pride, my joy
Here's a new beginning for every girl and boy

We have fun in learning, something new to know,
Something to discover, everyday we grow,


Krista, Krista, Krista, my school, my pride, my joy
Here's a new beginning for every girl and boy

Krista kids are special, you just wait and see,
We will make our nation proud as it can be,



Krista, Krista, Krista, my school, my pride, my joy
Here's a new beginning for every girl and boy

Wassalam.

* Saya langsung x ingat memori masa saya sukan TADIKA Kemas dulu. Dah makin tua nie banyak memori dah hilang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan