Jumaat, 13 Julai 2012

Kenduri Doa Selamat @ Palong


Assalamualaikum,

Sabtu lepas, 7 Julai mak saya buat kenduri doa selamat utk adik bongsu saya yg sedang hamil 7 bulan. Saya x tahu la negeri lain macam mana sebab kat tempat saya bila wanita tue hamil masuk 7 bulan mesti buat kenduri. Dulu orang panggil lenggang perut. Sekarang cuma buat doa selamat je mohon agar dipermudahkan bersalin dan ibu & baby selamat. Kenduri nie juga sempena menyambut bulan ramadhan lagi 2 minggu.

Hari tue saya kerja half day. So, balik je rumah terus kami gerak balik kg. Mujur mak buat kenduri tue mlm, kalau tengahari kena ambil cuti la jawabnya. Mlm sebelum tue memang kami dah packing barang siap-siap takut lambat lak esok nak packing barang dgn anak kecik bagai.

Batrisyia yg dah lama x jumpa sepupunya bukan main seronok lagi. Turun je kereta, terus pergi main. Punya la seronok dia. Saya pun baru jumpa mak buyung a.k.a adik bongsu saya yg hamil 7 bulan tue sebab dia duduk jauh nun di kedah sana. Jarang balik coz hubbynye keje duk laut sana. Kenduri kali nie angah saya x de sebab dia pun nun duduk pelantar minyak kat terengganu. Ajib & family lak pun x balik gak, diorang sekarang pjj sorang jb sorang seremban. Kalau nak balik kg, berulang alik banyak kali gak. Kesian si fatin tue penat duk dlm keta nanti.


Baby Syirah yg kemain teruja tengok ramai bebudak berlari sana sini. 
Dia pun dok berkejar sama dgn walkernya. Nie walker irsyad dulu, hubby kata bawa balik kg & tinggalkan kat sana je coz rumah kami dah ada walker lain.
Emmm...balik kali nie baby syirah x mo dgn org lain dah...
Kalau org lain pegang, dia sentap, muka chembeng (betul ke ejaan nie ek ?) then, nangis la..


Menu kg hari tue, masak lomak cili api daging, masak lomak putih, timun & ikan masin gorang, kobis goreng, ayam masak merah dan sambal belacan.

Tapi kan, kat kenduri nie punya la banyak kek yg ada. Pada hal bukan nak sambut bezday sesapa pun. Mak saya buat lebih kurang 5 jenis kek. Adik saya yg bongsu tue Ira beli lak kek coklat blueberry, ija lak bawa balik 1 kilo cheese kek dari secret recipe. Kenduri tue memang kitorang x makan nasi. Makan kek je sampai ayah saya dok membebel banyak sangat kek...hahahah. Ayah, saya pun confuse nie kenduri doa selamat ke kenduri kek ? ; )


Irsyad & Syirah dah nak masuk tido. Kakaknya x tahu mana menghilang. Dari sampai kg ptg tadi sampai la nak tido, dia buat x tahu je kat adik-adiknya, mama & baba apatah lagi. Sibuk main. Dia cuma akan cari babanya time nak tido je. Itu pun puas kena marah paksa tido baru dia nak masuk bilik tido. Baik di palong mahupun di kuala rompin, pahang. Macam tue la feel dia tiap kali balik kg kalau jumpa sepupu-sepupu dia. Main x ingat dunia !


Esoknya kami dah kena balik. Ngam-ngam 24 jam je duduk kat kg. Ptg semalam sampai, ptg nie dah nak balik....

Wassalam.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan