Selasa, 24 Julai 2012

Pengalaman Pertama Batrisyia Berpuasa




Assalamualaikum,

Hari nie adalah hari ke 4 umat Islam berpuasa. Juga hari ke 4 kakak Batrisyia berpuasa yg pertama kali berpuasa pada tahun ini (kalau hari nie dia x ponteng la).

Dekat nak puasa, saya dan hubby dah rangsang awal-awal kakak batrisyia utk berpuasa. Siap nak bagi reward lagi kalau berpuasa penuh. Memula saya x yakin dia dapat berpuasa penuh. Ye la ini adalah kali pertama dia berpuasa. So, saya cuma tetapkan 15 hari je kalau dia dapat. Tapi dah masuk hari ke 4 nie, saya rasa Insya Allah kakak akan dapat berpuasa penuh tahun nie.

Mlm hari jumaat tue saya dah ingatkan kakak supaya tido awal utk bangun sahur esok. Lepas baba pergi surau utk solat ’isyak & solat sunat terawih, saya bawa semua anak-anak naik bilik utk tido. Tapi pukul 9 mlm buat la macam mana pun, tutup lampu, marah, gertak atau apa saja memang mata diorang x nak tido punya. Last-last, mama & syirah yg lelap dulu.

Lepas baba balik dari surau, bawa kakak batrisyia pergi makan kue tiew kungfu favourite dia pukul 12 mlm. Sebab esok cuti boleh la berembun memalam ye..

Pukul 4 pagi saya dah bangun masak nasi, goreng ikan masak kicap campur kobis & potong cili padi campur kicap. Buat air teh o je. Memula kejutkan kakak dia macam liat skit. Tapi kejap je, terus dia bangun bersahur. Alhamdulillah, mudah je nak kejutkan dia. Tak banyak sangat ragam. Kakak makan pun berselera.

Paginya saya kerja half day. Tinggal la baba jadi superdaddy nak melayan 3 org bebudak tue. Bulan puasa nie taska Cuma buka isnin hingga jumaat sahaja. Waktu operasi juga dipendekkan iaitu sehingga jam 6 ptg sahaja. Tapi ye la, diorang pun nak bersiap juga untuk berbuka macam family yg lain kan. Lagi pun, saya percaya bulan puasa nie kebanyakkan company akan buat waktu kerja anjal macam company saya nie. Sebab waktu rehat memang x keluar makan, jadi waktu tamat bekerja dipendekkan menggantikan waktu rehat tadi.

Masa kat office saya risau juga kot-kot kakak batrisyia x tahan. Tapi, bila balik rumah alhamdulillah kakak masih boleh bertahan puasa lagi. Masa saya masak bubur utk irsyad & baby syirah, kakak rileks je. Tapi kalau saya suapkan irsyad KFC, mahu terliur kot kakak..hahaha

Ptgnya, kakak dah terbaring keletihan. Kesian pulak tengok dia. Suruh tido dia x mau. Tengok tv, main galaxcy tab semua dia dah bosan. Masa tue dah pukul 4 ptg. Dlm 5.30 ptg, baba bawa keluar pergi pasar ramadhan. Baba bagi kakak pilih nak beli apa saja. Dia Cuma minta mee goreng je. Tapi abg irsyad lak yg lelebih. Semua benda dia tunjuk nak beli.

Masuk pukul 6 ptg, kakak dah mula bertanya pukul berapa nak berbuka. Tinggal berapa jam lagi ?. Jenuh la dia duk tatap jarum jam tue bergerak sambil layan kartun upin ipin kat tv.

Pukul 7.35 mlm, masa azan maghrib berkumandang alhamdulillah kakak dapat sempurnakan puasanya pada hari pertama ramadhan tahun ini.

Masa kali pertama kakak menjamah makanan, hati saya rasa sebak sangat menatap wajah kakak. Sungguh kuat semangat kakak berpuasa. Walaupun keletihan, dia langsung x sebut ’mama, kakak x tahan. Kakak nak berbuka’. Langsung tak cakap ’kakak haus’ , ’kakak lapar’ atau ’kakak letih’. Merengek pun tidak. Itu yg buat saya rasa kagum dlm masa yg sama saya sebak & bangga punya anak kuat semangat macam kakak. Mudah je menurut kata.

Mungkin korang akan cakap, eleh anak aku 4 tahun dah puasa penuh. Ye, itu rezeki korang mendapat anak bertuah sebegitu. Alhamdulillah. Tapi ini adalah pengalaman pertama saya bersama anak pertama saya berpuasa. Jadi saya rasa sangat teruja dan ingin catatkan ia sebagai rasa warna-warni pengalaman seorang ibu bersama anaknya. Saya bersyukur punyai pengalaman sebegini. Melihat anak membesar sihat di depan mata, pertama kali bersekolah, berpuasa dan semoga pengalaman pertama kali ini saya akan dapat lihat sehingga dia membesar nanti.

Wassalam.

* Kakak batrisyia, mama catatkan pengalaman pertama kakak berpuasa ini utk kenangan kakak bila besar nanti. Supaya kakak ingat dan kenang selalu kenangan indah ini nanti andai mama tiada lagi....

Jumaat, 20 Julai 2012

Selamat Menjalani Ibadah Puasa


Assalamualaikum,

semalam penyimpan mohor besar raja-raja dah umumkan tarikh permulaan puasa bagi seluruh malaysia adalah pada hari sabtu 21 Julai 2012.

Alhamdulillah, dapat juga saya menjejak kaki pada bulan ramadhan tahun nie. Tahun lepas, hari ke 9 umat islam berpuasa saya ditahan di hospital sehingga la habis bulan syawal. Puasa di hospital, kesedihannya tidak boleh diingat. Tahun lepas memang kami sekeluarga x beraya langsung. Saya x kisah. Cuma kesiankan anak-anak pagi-pagi raya dah dok menunggu kat hospital.

Jadi, sempena ramadhan tahun nie dan sekiranya insha allah saya panjang umur dapat menyambut raya nanti memang saya akan buat persiapan lebih pada anak-anak sebagai ganti mereka tidak beraya tahun lepas. Tahun nie saya rancang nak buat kuih raya sendiri. Baju raya utk anak-anak hubby dah bagi budget. Cuma belum sempat beli lagi. Cuma baru tempah kopiah nama & barnie utk baby je. Kuih pun tempah skit kat kak ju. Lain-lain, masih dlm perancangan. Tunggu budget je.

Bila masuk awal ramadhan, teringat kenangan waktu kecik-kecik dulu. Saya x tahu negeri lain macam mana. Kalau negeri sembilan, awal puasa macam nak sambut raya pun ye. Dua minggu sebelum puasa, mereka akan buat kenduri menyambut ramadhan. Sehari sebelum puasa di panggil hari mantai. Ada hari mantai utk puasa dan ada juga hari mantai utk raya. Sambutan lebih kurang sama.

Kalau balik negeri sembilan nie, memang akan meriah org jual daging & lemang. Biasanya dulu mak-mak, nenek-nenek akan bakar lemang sehari sebelum puasa. Then akan masak rendang juga. Raya dulu sangat meriah kan...kita appreciate segala benda yg ada didepan mata. Tak kira lah benda tue murah ke mahal apatah lagi kan. Nanti saya nak buat entry kenangan puasa zaman bebudak dulu la...kalau saya rajin ye..

Oh, ya..kakak batrisyia balik semalam dah bawa siap-siap niat berpuasa dan berbuka puasa.



Saya dah berjanji kalau kakak batrisyia dapat berpuasa at least 15 hari, saya akan bagi ganjaran sebagai pembakar semangat dia. Tengok la sahur hari pertama nie dia dapat bangun ke tidak. Batrisyia liat skit kalau nak bangun tido nie kecuali kalau ada benda yg dia excited nak buat tue memang kalau kejut je terus melompat bangun la dia.

Jadi, sempena ketibaan bulan ramadhan ini saya ingin memohon segala ampun dan maaf kepada semua yg diluar sana sekiranya terdapat kesilapan dan kekhilafan saya sama ada secara sengaja atau tidak sengaja sepanjang berblog disini. Segala yg baik datangnya dari Allah dan yg buruk itu adalah dari diri saya sendiri sebagai manusia biasa yg x lepas dari dosa.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.

Wassalam.

* sahur utk esok nak masak apa ye ? eh, masak ke bukannya beli ? heheheh selamat berpuasa semua... ; )


Rabu, 18 Julai 2012

@ Krista Sports Day 2012

Assalamualaikum,

Sabtu lepas adalah Krista Sports Day 2012 bertempat di Padang ILSAS, Uniten.

Ini adalah sports day kakak dengan Krista utk umur 6 tahun. Tahun depan dah sekolah rendah suasana mesti dah lain. Saya malas nak taip panjang-panjang. Biar photo yg bercerita ye...


 Krista Sports Day combine Bandar Saujana Putra dgn Bandar Bukit Mahkota

 Persediaan sebelum perbarisan lintas hormat. 

 Nie masa tengah support kengkawan dia main games

 Perbarisan yg bengkang bengkok barisnya...hehehe
Biasala bebudak kan. Kalau nak tengok yg lurus barisnya gie tengok army berbaris

 Sebelum bersukan, aerobic dulu dgn lagu Macarena
Kat belakang tue, mak bapak yg sporting boleh join sama aerobic nie
Mama nak join tapi x leh la nak kena jaga baby syirah 
Lepas aerobic ada bacaan ikrar dari anak-anak Krista nie

 Sports 1 - acara 'Dress up to school'
kakak batrisyia main sumbat je seluar kat budak tue. Kesian budak tue terkial-kial membetulkan seluar

 Yg ni acara 'Waiters & Waiteress balancing
Yg nie group kakak dapat 1st place 

 Baby syirah sebelum ukk ukk
Baby syirah membuang sampai habis baju seluar dia, bukan dia je. Baju baba pun habis sama
Mujur la mama standby bawa baju spare

 Nie Irsyad nak bagi dia diam suruh main galaxcy tab
duduk la dia dendiam kat situ. Org bersorak ke, kakak menang hadiah ke, dia buat derk je
Then, bila dah bosan dia lari-lari sampai muntah kat lantai.
Org bersorak kat depan, kami kat belakang dok sibuk mengelap muntah anak atas lantai...
bak kata iryad...TERRRBAIKK !

 Mama & baby syirah yg dah tukar baju lepas ukk ukk
Waktu nie tengah berusaha menidurkan si kenit nie sebelum dia meragam

 Majlis penyampaian hadiah..

 Kalau sukan bebudak tadika hadiahnya kalau x pencil box, tupperware kan
Tapi bagilah apa-apa hadiah pun, bebudak tetap suka kan ?
Yg penting semangat kesukanan

 Kakak yg dah 'rentung' main panas tengah padang
Ambil gambar pun langsung x nak senyum

Nie dgn kengkawan dia

Selain sukan utk bebudak nie, ada juga sukan utk parents. Sangat happening cuma mama x leh ambil bahagian :( . Baba nak join tarik tali tapi dah cukup korum lak...

Ok, memandangkan ini adalah last year kakak di Krista mama dgn rajinrelahati menaip kembali senikata Krista Song utk kenangan kakak bila besar nanti k...

Krista, Krista, Krista, my school, my pride, my joy
Here's a new beginning for every girl and boy

Colours green and yellow, loving, warm and true,
Purple is for leaders, just like me and you

Krista, Krista, Krista, my school, my pride, my joy
Here's a new beginning for every girl and boy

We have fun in learning, something new to know,
Something to discover, everyday we grow,


Krista, Krista, Krista, my school, my pride, my joy
Here's a new beginning for every girl and boy

Krista kids are special, you just wait and see,
We will make our nation proud as it can be,



Krista, Krista, Krista, my school, my pride, my joy
Here's a new beginning for every girl and boy

Wassalam.

* Saya langsung x ingat memori masa saya sukan TADIKA Kemas dulu. Dah makin tua nie banyak memori dah hilang...

Sabtu, 14 Julai 2012

My first Photobook


Assalamualaikum,

Korang kan snap pict bebanyak korang print x masuk dlm album ? Ke, kalau nak tengok pict tue korang buka pc/ipad/iphone/hp(apa saja jenama sekarang semua ada camera kan ?)/galaxy tab je utk tengok pict tue ?

Saya punya pict dlm pc dah beribu-ribu lemon dah. Sampai penuh hard disk. Hari tue dah print 400 keping. 200 keping dah dapat, lagi 200 on the way. Ada 900 keping lagi saya nak print. Ini yg saya select je, bukan print semua pict dlm simpanan. Kalau nak print semua, fengsann ! ini juga x termasuk pict-pict baru yg diambil setipa minggu

Selain utk kenangan, saya risau gak kalau tetiba pc atau hard disk tue kena virus. Habis la semua pict kenangan tue. Walaupun ada yg di simpan dlm CD, mana la tau CD tue pun rosak sebab lama x buka. Ha...padan muka saya nanti. So, saya print la skit-skit. 100 keping atau 200 keping sekali print. Lepas tue saya pening kepala mana lak nak simpan pict tue. Kalau beli album mahu berpuluh album kena beli utk simpan pict tue nanti kan....ini esok-esok la fikir, malas nak fikir sekarang ! hahahahah 

Ok, atas tue baru intro je. Isinya topik blog hari nie, yg kat bawah nie...(korang mesti cakap dlm hati, minah nie mesti kuat membebel. Intro je dah 3 perenggan. Hakikatnya saya x begitu ye. Eh, en. suami saya kuat membebel tak ?)

Zaman sekarang, selain korang pergi print pict korang (kawan saya kata itu dah ketinggalan zaman) korang juga boleh abadikan pict korang dlm photobook.

Kalau korang masuk Groupon, memang banyak offer utk photobook. Korang just download software yg dibagi, then korang boleh design photobook korang sendiri. Dah siap just tekan enter. Semudah A B C kan. Nanti, diorang akan print out photobook korang sekali dgn hard cover.

Nie, photobook pertama saya. 1st time buat design memang ke laut. Saya main sumbat je apa saja pict. Yg penting ada sudah. Cuma, saya bahagikan pdlm photobook tue 4 section. 1 utk family, lagi 3 setiap satu section utk anak-anak. Offer dari Groupon, 40 page with hard cover include delivery adalah RM 48.00 sahaja. Murah kan...


Nie cover depan

Family section

Batrisyia

Batrisyia lagi

Irsyaduddin

Basyirah

Ok, review dari saya semuanya ok cuma color bila print out tue agak kureng skit. Picture nampak macam suram walaupun kualiti pict tue sebenarnya lagi cerah. Yg tue saya kurang happy skit. Tapi ye la, org buat photobook ratus-ratus, ko buat RM48 je. So, x leh nak expect lelebih la kan.

Tapi saya ada beli lagi voucher Groupon utk second photobook tapi dari company lain lak. Design dah hantar cuma belum dapat je lagi. Nak tengok macam mana hasilnya nanti. 

Eh, tetiba mood menulis saya dah terbang la. Ok la...bye

Wassalam

* intro kemain panjang berjela. Penutup secoit je...

Jumaat, 13 Julai 2012

Kenduri Doa Selamat @ Palong


Assalamualaikum,

Sabtu lepas, 7 Julai mak saya buat kenduri doa selamat utk adik bongsu saya yg sedang hamil 7 bulan. Saya x tahu la negeri lain macam mana sebab kat tempat saya bila wanita tue hamil masuk 7 bulan mesti buat kenduri. Dulu orang panggil lenggang perut. Sekarang cuma buat doa selamat je mohon agar dipermudahkan bersalin dan ibu & baby selamat. Kenduri nie juga sempena menyambut bulan ramadhan lagi 2 minggu.

Hari tue saya kerja half day. So, balik je rumah terus kami gerak balik kg. Mujur mak buat kenduri tue mlm, kalau tengahari kena ambil cuti la jawabnya. Mlm sebelum tue memang kami dah packing barang siap-siap takut lambat lak esok nak packing barang dgn anak kecik bagai.

Batrisyia yg dah lama x jumpa sepupunya bukan main seronok lagi. Turun je kereta, terus pergi main. Punya la seronok dia. Saya pun baru jumpa mak buyung a.k.a adik bongsu saya yg hamil 7 bulan tue sebab dia duduk jauh nun di kedah sana. Jarang balik coz hubbynye keje duk laut sana. Kenduri kali nie angah saya x de sebab dia pun nun duduk pelantar minyak kat terengganu. Ajib & family lak pun x balik gak, diorang sekarang pjj sorang jb sorang seremban. Kalau nak balik kg, berulang alik banyak kali gak. Kesian si fatin tue penat duk dlm keta nanti.


Baby Syirah yg kemain teruja tengok ramai bebudak berlari sana sini. 
Dia pun dok berkejar sama dgn walkernya. Nie walker irsyad dulu, hubby kata bawa balik kg & tinggalkan kat sana je coz rumah kami dah ada walker lain.
Emmm...balik kali nie baby syirah x mo dgn org lain dah...
Kalau org lain pegang, dia sentap, muka chembeng (betul ke ejaan nie ek ?) then, nangis la..


Menu kg hari tue, masak lomak cili api daging, masak lomak putih, timun & ikan masin gorang, kobis goreng, ayam masak merah dan sambal belacan.

Tapi kan, kat kenduri nie punya la banyak kek yg ada. Pada hal bukan nak sambut bezday sesapa pun. Mak saya buat lebih kurang 5 jenis kek. Adik saya yg bongsu tue Ira beli lak kek coklat blueberry, ija lak bawa balik 1 kilo cheese kek dari secret recipe. Kenduri tue memang kitorang x makan nasi. Makan kek je sampai ayah saya dok membebel banyak sangat kek...hahahah. Ayah, saya pun confuse nie kenduri doa selamat ke kenduri kek ? ; )


Irsyad & Syirah dah nak masuk tido. Kakaknya x tahu mana menghilang. Dari sampai kg ptg tadi sampai la nak tido, dia buat x tahu je kat adik-adiknya, mama & baba apatah lagi. Sibuk main. Dia cuma akan cari babanya time nak tido je. Itu pun puas kena marah paksa tido baru dia nak masuk bilik tido. Baik di palong mahupun di kuala rompin, pahang. Macam tue la feel dia tiap kali balik kg kalau jumpa sepupu-sepupu dia. Main x ingat dunia !


Esoknya kami dah kena balik. Ngam-ngam 24 jam je duduk kat kg. Ptg semalam sampai, ptg nie dah nak balik....

Wassalam.






Sabtu, 7 Julai 2012

Basyirah @ 9 bulan



Assalamualaikum,

Hari nie genap umur baby syirah 9 bulan. Alhamdulillah, dia membesar dgn sihat & sangat lasak. Rasanya dia lebih lasak berbanding abg & kakaknya dulu pada umurnya sekarang. Tetapi, baby syirah juga adalah paling senang dijaga. Yang lain-lain pun senang juga Cuma baby syirah nie tak banyak songeh. Balik rumah letak baby syirah dlm play pen atau walker dia, dia akan bermain, berpusing sensorang dia dlm walker tue menjelajah satu rumah. Kekadang dia akan jenguk dapur tengok mama masak & buat kerja kat dapur. Jap lagi dia pergi dekat kakak layan youtube sama-sama kakak kat galaxy tab baba walaupun dia x faham apekebendaalahtue. Bosan kat kakak, dia akan kaco abg irsyad yg kusyuk layan upin ipin kat tv. Kekadang dia akan mengejar baba yg sibuk angkut barang, telefon, nak masukkan kereta dlm car porch guna walkernya. Bila semua org sibuk dgn hal memasing, baby syirah akan bermain sensorang diri dia. Mengerjakan kain dlm bakul, tekan-tekan cpu komputer, ketuk kabinet guna remote astro, masuk bawah meja makan (yg bila dia tersangkut bawah meja x leh nak keluar dia akan menangis), tarik towel kat kerusi, gigit handbag mama, tarik span kat sofa yg dah terkoyak tue then masuk mulut (yg nie memang kena alert !) dan macam-macam lagi aktiviti basyirah kat rumah. Dia sangat independent. Cuma, bila dia dah letih, bosan atau lapar je dia akan merengek kat mama (biasanya) atau kat baba minta dukung. Oh, ya baby syirah sangat pandai marah. Kalau dia marah atau x puas hati dia akan buat bunyi macam menderammm....emmrghhhh..siap buat mimik muka x puas hati lagi. Sangat comel !

So, antara perkembangan baby syirah sekarang :-

  1. Dah pandai sebut ammma (mama) & abba (baba)
  2. Gigi ke-4 dah start tumbuh. Sekarang nie ada 2 gigi bawah & 1 gigi atas yang dah tumbuh.
  3. Kalau nyanyi tepuk amai-amai, baby syirah akan tepuk tangan dia walaupun x berbunyi
  4. Sangat senang bangun pagi. Subuh-subuh dia dah bangun bermain. Kekadang tue mama & baba x bangun lagi, baby syirah dah bangun dulu. Dia macam dah jadi ’jam loceng’ utk mama & baba lak.
  5. Makin kuat menyusu. Kalau dulu sekali buat susu Cuma 2/3 auns. Sekarang nie 4/5 auns sekali hadap je dia dah habis.
  6. Masih menyusu badan lagi walaupun susu badan mama dh mula berkurang. Mama akan berusaha agar dapat menyusukan syirah at least setahun setengah. Aminn.
  7. Merangkak dah laju, dah pandai duduk. Sekarang nie, tengah practice angkat punggung nak berdiri. Bila dia berdiri berpaut kat mana-mana, baby syirah akan lepaskan kedua-dua tangannya dgn selambanya. Then, bila dia jatuh terduduk confirm baby syirah akan gelak sengih-sengih walaupun mama & baba dah cuak masa tue. Lepas tue, dia akan bangun berusaha lagi utk imbangkan badan ketika berdiri. Baby syirah sangat kuat semangat !
  8. Oh, sekarang dia dah semakin manja la. Kalau usik dia sikit, terus lentokkan kepala kat badan mama / baba.
  9. Sangat suka main baa cak atau kejar-kejar dgn abg & kakak dia. Kalau abg & kakak main dgn baby syirah, memang ketawa berdekah-dekah syirah.
  10. Kalau keluar kemana-mana, baby syirah sangat jarang buat hal. Dia akan diam dan suka memerhatikan sekeliling. Berbanding dgn kakak & abg yg dah pandai merengek nak itu dan ini. 
Ok itu je yg mama ingat setakat nie. Kalau ada lagi mama akan blogkan ye sebagai kenangan mama bila syirah besar nanti.

Sekejap je masa berlalu. X puas lagi mama nak ulit baby syirah yg kenit comel nie. Semua kenangan nie akan tersimpan kemas dlm diari hidup mama. Kenangan terindah seorang ibu.

Wassalam

* X sabar nak balik palong, mak buat kenduri hari nie. Nasib baik hari nie kerja, kalau x malam tadi dah pecut balik rumah jumpa mak, ayah yg dah keluar hospital rabu lalu (alhamdulillah), adik beradik, anak saudara & nak makan masakan mak.


Rabu, 4 Julai 2012

@ Kenny Rogers, Jusco Seri Kembangan


Assalamualaikum,

hari tue hubby bawak dinner kat luar sebab mama dah rasa nak pecah kepala tak tahu nak bungkus lauk apa lagi utk dinner. Hari-hari membungkus. Sampai naik jemu nak pilih lauk. Kalau tanya kakak yg jual lauk-pauk tue, lauk apa yg sedap kak ? mestila dia akan jawab, semua lauk akak jual sedap dik ! dushh.....

Nak memasak malas kan. Kalau mama masak alamatnya pukul 9 lebih la baru kita sekeluarga makan malam. Jadi, hari tue hubby bawak makan kat luar sambil teman dia bershopping...

So far, kali nie x de la kelam-kabut sangat masa nak makan sebab baby syirah sangat baik & dah boleh duduk dlm baby chair.


Baby syirah yg tengah usha camera mama. dia geram dgn tali camera tue


kakak batrisyia posing manja ala-ala gedik..hehehe


abg irsyad dgn muffin vanilanya. last-last mama juga yg kena habiskan. dah macam vacumm makanan dah mama nie. dok sedut semua makanan anak yg x habis. nak biarkan membazir. anak makan 2,3 cuit, lepas tue tinggalkan macam tue aje...hishhh.


baba, cantik la lampu kat sini...


mama, bila la makanan syirah nak sampai nie ?
erkk...syirah minum susu je la sayang.......


mama senyum, nampak gigi besar & jarang
kakak x berani senyum sebab gigi susu depan yg patah x tumbuh-tumbuh lagi


kakak gigih nak menelan macaroni & cheese
makan satu mangkuk besar, muak dia..


hidangan set mama...lama gak x pekena kenny rogers nie
asyik mc'd & kfc je bosan gak


anak-anak & air mereka.

Lepas makan, baba shopping baju kerja kat dlm Jaya Jusco. Mama & anak-anak main polis sentri celah-celah kain baju dlm jusco tue. Terbakar balik lemak-lemak makan ayam tadi dok mengejar bebudak nie.

Masa masuk kereta nak balik rumah, irsyad cakap..

"mama, balik nie kita makan nasi ye. Iryad lapar nie belum makan lagi"

Ye, anak bujang saya yg sorang tue memang tekak melayu. Makan lah apa saja, banyak mana pun, end up dia akan minta nasi juga !

Wassalam.

* minggu lepas try nasi arab kat subang jaya, sangat sedap nasinya sampai nak tido pun kakak asyik sebut sedapnya nasi arab. Irsyad pulak, walapun itu adalah nasi tapi dia x makan sebab nasi tue panjang-panjang, berwarna & bukan warna putih macam nasi biasa.. Hai, macam-maca feel bebudak sekarang nie. Kita dulu, mak bapak hidanglah apa saja depan mata semuanya kita telan tanpa banyak songeh kan. Dah dapat makan pun bersyukur !


Selasa, 3 Julai 2012

Baby syirah ajak main pukul 4 pagi !


Assalamualaikum,

hari nie mata dah merah menyala macam zombie.

semua nie gara-gara budak kenit nie...


 hehehehe...jom kita main sama nak ?

Dia boleh bangun pukul 3 pagi. Memula merengek kejap. Lepas menyusu badan dia hek..hek..lagi. Bancuh susu formula lak. Ingatkan lepas tue dia tido la. Sekali boleh lak dia terus cergas aktif bermain. Merangkak sana sini. Masuk bawah selimut, panjat bantal, panjat mama.

Mama geram terus tutup lampu tido. Ingatkan boleh aman, rupanya lagi melasak si budak kenit nie. Dalam gelap tue, meraba-raba dia merangkak. Nampak x nampak belakang kira, yg penting dia nak melasak juga.

Dah sejam baby syirah bermain sorang dia, bawak pulak baby syirah turun bawah kat ruang tamu letak dia dlm playpen. Letak mainan bebanyak dlm tue, mama tido kat sofa.

Tak sampai sepuluh minit, dia bangun berdiri berpaut kat playpen tue merengek panggil mama. Bila baba jenguk kat dlm playpen tue, rupanya baby syirah dah 'membuang' punyala banyak sampai habis playpen tue kena bahan buangan baby syirah. Baju seluar tido dia dah confirm la habis kena semua.

Kena pulak membasuh pukul 4 pagi. Malas nak naik atas guna water heater, mama basuh je guna air paip kat toilet bawah. Ingatkan baby syirah mestilah menangis mandi air sejuk pukul 4 pagi. Menangis ? Nope ! Dia ketawa seronok adalah. Siap melonjak-lonjak lagi main air.

Lepas dah siapkan dia tukar baju semua, masukkan dlm walker, tutup lampu ruang tamu, biar dia main sensorang dlm gelap tue sampai letih. Mama & baba baring atas lantai sambil monitor baby syirah.


 haa...buat apa tue syirah ?


Last-last, dlm pukul 5 pagi juga baru baby syirah tido semula. Bertuahnya anak mama yg sorang nie kan.


ala bukan buat apa pun, nak memain je mama. heheheh........

Dan hari nie, mata mama & baba dah macam zombie dah. Merah menyala. Rasa mengantuk & nak tido je sekarang nie. Huwaaargh...sangat mengantuk nie...

Jangan la baby syirah ajak main lagi tengah malam nie....esok betul-betul ada yg jadi zombie nanti !

Wassalam.